Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
897
View
3
Reply

Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Wad Hospital

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-5-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pesakit positif Covid-19 yang dipercayai melarikan diri dari wad Hospital Lama Sungai Petani, di sini, semalam.


Lelaki berusia 39 tahun yang sedang menjalani tempoh kuarantin pada hari keenam selepas disahkan positif Covid-19 itu disedari tiada di wad sebelum pihak hospital menghubungi polis pada jam 9 pagi.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, jururawat di wad B1 hanya menyedari kehilangan lelaki itu pada jam 8.45 pagi semalam selepas mendapati pesakit itu tiada di katilnya.


Beliau berkata, pesakit lain memberitahu lelaki itu membawa beg dan barangan miliknya ketika keluar pada jam 6.30 pagi.






Foto: Awani


"Berdasarkan maklumat, pesakit itu dipercayai mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis lalu untuk melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.


"Namun hasil ujian swab yang dilakukan mendapati dia positif Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin di Hospital Lama Sungai Petani, Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Adzli berkata, susulan daripada itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat mengenal pasti pesakit itu mempunyai kontak rapat dengan sesiapa kerana kes itu masih dalam siasatan.


Beliau berkata, sebuah pasukan khas digerakkan untuk mencari lelaki itu di rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun hasil pemeriksaan mendapati, dia tiada di rumah.


"ihak KKM juga turut dimaklumkan untuk mengesan lelaki berkenaan dan sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut.


"Berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Lari balik raya kejap
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba bagi gambar, kan senang netizen nak kenal & buat laporan kalau jumpa .. ngok betul polis
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen jangan risau,  sebab nanti ada tukang bekup,  Covid bukan membunuh dan swab test tu tak reliable.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list