Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
123Next
Return to list New
4081
View
51
Reply

[Tempatan] Lelaki Sanggup dtg balai utk minta permit Menyamar sebagai ACP bergelar Datuk untuk rentas negeri

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-5-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai kanan polis untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri mengundang padah apabila dia akhirnya ditahan.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek berusia 65 tahun telah datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan mengakui dirinya merupakan pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis bergelar Datuk.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, suspek kemudian bertindak menunjukkan gambar dirinya berpakaian lengkap dengan uniform polis di dalam skrin telefon bimbitnya.

Kata beliau, seorang anggota yang bertugas ketika itu kemudiannya meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen menunjukkan dia adalah pegawai kanan polis namun dia gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, sepasukan polis dari IPD berkenaan bertindak menahan suspek kerana gagak mempamerkan sebarang identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai seorang penjawat awam.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakrudin, kesalahan menyamar sebagai penjawat awam adalah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak cuba menyamar dan memalsukan dokumen bagi permit rentas negeri.

Pihak IPD Petaling Jaya mengingatkan kepada semua lapisan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan supaya penularan Covid-19 dapat diputuskan, tegasnya. C UTUSAN
IMG_20210510_000643.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 10-5-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik tu nk rentas blk mna? Klate ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Up to that extent ha ha ha.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ketuaan pon nak mengencing lagi ke pokcit oi
Setakat gambar dkt phone tu So kalau meols penah pakai baju ala2 Doktor, siap gantung stetoskop dkt leher, ambik gambar, then automatic meols ni Tuan Doktor ke pokcit oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 12:46 AM | Show all posts
Haish, x payah pakai uniform polis.
Pakai apron chatime je.
Confirm lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak menyamar pun x agak-agak jadi pegawai polis, ini memang kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa rakyat malaysia ramai jadi bahlol ni?semata2 takleh merentas habis fius longgar baik muda baik tua bangka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tua pun bodoh..umur 65 logik ke masih berkhidmat jadi polis..

Ntah2 mental kot pokcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Keja bwk lori ar pakcik oiiii...driver lori mmg lepas
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aku kagum dengan pokcik nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik cakap bini kat kg..kja cikgu.kompom lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:20 AM | Show all posts
Pokcik nok kelik kelate ko?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:23 AM | Show all posts
Tekad & nekad betul Atuk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya kalau family penjawat awam hat unit beruniform mmg dapat melepasi sekatan dengan mudah ke?
Rasa tak best laa kalau guna kabel bagai ni, sbb ada je baca kat wassep group member cite makcik dia tak lepas nk rentas negeri sbb nak melawat kematian sudahnya guna kabel baru dapat lepas.

Bukan tu je kawan suami iols ajak lepak kat homestay dia kt sg buloh dia kata kakak dia duk semenyih lepas je nak g sana sbb abang ipar polis yg pi ambil.

Harap takde yg guna kabel juga demi nak beraya umah org raya nnt,sejenis susah nak duk dendiam kat umah walaupun jelas2 kes tgh tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah polis kenapa nk surat pula..rentas jela pki kete polis
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 10-5-2021 05:39 AM
Nak tanya kalau family penjawat awam hat unit beruniform mmg dapat melepasi sekatan dengan mudah ke? ...

X terkejut pun... masyarakat kita mmg banyak yg salah guna kuasa khasnya pemimpin selama ni pun....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mereput la ko pak cik dlm jail. Ingt majoriti polis malaysia ni bodoh ke sng kena tipu?
Cuma minority je polis msia yg bodoh smpi kena blh kena tipu dgn hajah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh habeh bijak la tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 10-5-2021 05:48 AM
X terkejut pun... masyarakat kita mmg banyak yg salah guna kuasa khasnya pemimpin selama ni pun... ...

Kau tahu sekarang betapa MAHA KAYAnya TUHAN tak beri kau utk berkuasa kheunz?

Sedangkan sebagai rakyat marhaen aja kau masih cari ruang utk loloskan diri utk kepentingan diri sendiri...kau bayangkan...


Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2021 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi balik kampung ye...gigih sungguh la
Smlm ank aku nak berbuka ikan bakar kat kuala perlis dgn kwn2,  kedai ke 5 baru on ye
Yg lain semua penuh, penuh dgn org luar dia kata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list