Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sebelum K-Drama, Rakyat Malaysia Terlebih Dahulu Dilanda Demam Telenovela Amerika Latin!

3-9-2018 11:29 AM|Oleh: Ferr_Remy | Dilihat: 4928| Komen: 91

Tahukah anda, sebelum meledaknya drama Korea di kaca televisyen (TV) tempatan, telenovela dari Amerika Latin terlebih dahulu beraja di hati rakyat Malaysia sekitar tahun 2000 sehinggalah tahun 2010? 

Saluran tempatan NTV7 merupakan penyiar telenovela pertama di Malaysia dengan membawa masuk drama bersiri Maria Mercedes pada tahun 2000 yang kemudiannya menjadi ikutan saluran-saluran TV lain. 

Jom kita tengok senarai telenovela di bawah yang pernah ditayangkan di Malaysia!


Maria Mercedes - Mexico 


Related image

Maria Mercedes merupakan telenovela pertama disiarkan di rangkaian televisyen Malaysia melalui saluran NTV7. Dibintangi Ariadna Thalía Sodi Miranda yang merupakan ratu telenovela Amerika Latin ketika itu, ia mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita miskin bernama Maria Mercedes, menempuh ranjau dan liku-liku kehidupan untuk mengejar cinta dan cita-citanya.


Rosalinda - Mexico


Image result for rosalinda

TV3 juga tidak melepaskan peluang untuk merancakkan lagi penayangan telenovela dari negara Amerika Latin dengan menayangkan drama bersiri 80 episod berjudul Rosalinda yang turut dibintangi Thalia sebagai teraju utama bersama pelakon Fernando Carrillo.

Telenovela Rosalinda juga merupakan telenovela terakhir lakonan Thalia yang kemudiannya mengambil keputusan untuk bergerak aktif dalam dunia nyayian selepas berkahwin dengan bekas suami Mariah Carey, Tommy Mottola pada tahun 2000. 


Mis 3 Hermanas - Venezuela


Image result for mis 3 hermanas

Mis 3 Hermanas dibintangi Scarlet Ortiz dan Ricardo Alamo dan disiarkan di saluran NTV7. Mengisahkan tentang hubungan kekeluargaan yang mempunyai pelbagai konflik serta hubungan cinta yang penuh dengan rintangan, telenovela ini juga merupakan detik perkenalan kepada percintaan di antara pelakon Scarlet Ortiz serta pelakon kepada watak antagonis bernama Anibal lakonan Yul Burkle yang membawa mereka ke jinjang pelamin.


Yo Soy Betty La Fea - Colombia


Image result for yo soy betty la fea

Yo Soy Betty La Fea pernah mencetuskan fenomena di seluruh dunia dan boleh dikatakan menjadi antara telenovela yang paling berjaya pernah dihasilkan. 

Disiarkan di saluran NTV7, drama ini dibintangi Ana Maria Orozco sebagai Betty yang digambarkan sebagai wanita hodoh berkerja di sebuah syarikat fesyen terkemuka, Ecomoda. 

Bermula dengan pelbagai rintangan dan cabaran, Betty juga menaruh hati kepada majikannya, Armando Mendoza yang dilakonkan Jorge Enrique Abello sehinggalah Betty berusaha untuk mengubah penampilannya dan cuba untuk menjadi cantik. 
Telenovela ini turut mempunyai sekuel drama berjudul Ecomoda, tetapi tidak pernah ditayangkan di Malaysia. 

Yo Soy Betty La Fea menjadi inspirasi kepada drama-drama di seluruh dunia, di antaranya adalah drama terbitan produksi Hollywood berjudul Ugly Betty. Ia turut menjadi inspirasi kepada drama bersiri terbitan produksi Malaysia, Emil Emilda dan beberapa siri drama lagi di seluruh dunia. 


Mi Gorda Bella - Venezuela


Image result for mi gorda bella

Menggunakan konsep dan jalan cerita yang agak sama seperti Betty La Fea, Mi Gorda Bella pernah ditayangkan di TV3. Ianya turut mendapat perhatian peminat-peminat telenovela Amerika Latin di Malaysia. 

Lakonan Natalia Streignard sebagai Bella, seorang gadis berbadan gempal bersama hero kacak, Juan Pablo Raba - ianya menjadi inspirasi kepada drama Malaysia berjudul Manjalara lakonan Emelda Rosmila dan Jehan Miskin.


Secreto De Amor - Venezuela


Image result for secreto de amor

Secreto de Amor yang menampilkan Scarlet Ortiz dan Jorge Aravena sebagai teraju utama juga pernah disiarkan di saluran NTV7. Siri drama ini turut menampilkan pasangan kepada Scarlet Ortiz iaitu Yul Burkle yang menjadikan drama ini sebagai drama kedua yang menampilkan pasangan suami isteri ini di dalam satu drama. 

Drama ini mengisahkan hubungan cinta di antara Maria Clara dan Carlos Raul yang penuh ranjau dan onak yang berduri.


Juana's Miracle - Venezuela


Image result for juana's miracle

Telenovela Juana La Virgen, atau lebih popular di Malaysia dengan judul Juana's Miracle turut ditayangkan di saluran NTV7 suatu ketika dahulu. 

Mengisahkan tentang seorang pelajar cemerlang bernama Juana yang dilakonkan Daniela Alvarado, hidup Juana mula berserabut dan huru hara apabila disahkan hamil akibat kesilapan teknikal dari pihak hospital. 

Daniela digandingkan bersama Ricardo Alamo sebagai Mauricio de la Vega, bintang utama Mis 3 Hermanas yang turut disiarkan di saluran sama. 

Juana La Virgen turut diadaptasi ke drama bersiri terbitan produksi Hollywood yang menggunakan judul Jane The Virgin yang masih ditayangkan sehingga ke hari ini.


La Usurpadora - Mexico


Related image

Siapa yang boleh melupakan lakonan cemerlang Gabriella Spanic sebagai Paola Bracho dan Paulina Martinez, iaitu pasangan kembar di dalam drama ini? Tetapi tahukah anda, Gabriella sebenarnya mempunyai pasangan kembar yang sebenar bernama Daniela Spanic yang turut muncul di dalam telenovela ini? 

Namun, jangan salah sangka! Daniela hanya melakonkan watak tersebut sekiranya adegan di dalam drama ini memerlukan Paola dan Paulina muncul bersama di dalam satu babak. Terutamanya untuk adegan bergaduh di antara kedua-dua watak tersebut! 


La Intrusa - Mexico


Image result for La Intrusa

Turut menampilkan Gabriela Spanic sekali lagi di dalam dua watak sebagai Virginia dan Vanessa Martinez, telenovela ini ditayangkan di saluran TV3 pada tahun 2003. 

La Intrusa yang bermaksud Orang Asing dalam bahasa Malaysia, mengisahkan tentang penderitaan Virginia Martinez yang merupakan pekerja di rumah milik majikannya, kemudian berkahwin dengannya selepas kematian isterinya.


El Amor No Es Como Lo Pintan - Mexico


Image result for El Amor No Es Como Lo Pintan

TV1 juga tidah mahu ketinggalan untuk menyiarkan telenovela Amerika Latin yang berjudul El Amor No Es Como Lo Pintan. Turut mempunyai jalan cerita yang agak sama dengan telenovela Yo Soy Betty La Fea, ia mengisahkan gadis hodoh bernama Alicia lakonan Vanessa Acosta yang akhirnya terjatuh cinta kepada lelaki kacak dan popular lakonan Hector Soberon. 


Ahhh, rindunya nak menonton kembali telenovela-telenovela di atas. Mujurlah sebahagian drama di atas ada yang masih disiarkan di saluran berbayar tempatan di Malaysia. Sangat menggamit memori zaman muda remaja kita dahulu! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 90
Komen

Previous : 10 Filem Seram Terbaik Malaysia Yang Anda Wajib Tonton!

Next       : Meremang Bulu Roma! Patutlah Banyak Kejadian Aneh, Rupanya Filem-Filem Ini Disumpah

Komen Terbaru

Quote r_innalif 1-10-2018 09:50 AM
matchstick replied at 3-9-2018 01:19 PM
Aku tgk por tu amor zaman sekolah dulu.. Hero dia ada iras George Clooney sikit2. Tgk citer tu sbb n ...

Ya Allah samala kita. arwah opah dulu rajin nengok citer cmni tp yang TV1 punya pkl 2-3. Dubbing sbbdia x reti bc subtitle . i balik sekolah x boleh tukar channel ok..

Lain-lain Komen

Quote KILL_NANCY 3-9-2018 11:42 AM
María Mercedes pa' servirle a usted
un buen día mi son cambió
compró un cachito y me conoció
y al morir un montón me heredó

Quote sehirkedi 3-9-2018 12:03 PM
Rindu nak tengok telenovela latin.. Best..dahla pelakon cecantik..menarik je nak tengok walaupun beratus episod. Sekarang iols layan drama turki. Ala2 drama latino gak. Pemandangan cantik..segalanya cantik...
Quote BedahBedul 3-9-2018 12:29 PM
La Mujer en el Espejo

Ni pun best gak ni, tt tak include ke?
Quote Nonones 3-9-2018 12:33 PM
Cerita diatas semua iolss tengok
Quote AbukRokok 3-9-2018 12:38 PM
wahhh thanx dah lama aku cari tajuk citer el amor no es loco pintan ni
sbb nk tgk Alejandra Lazcano ..... nti nak cari kot boleh download mana2


Quote safieyah1984 3-9-2018 12:54 PM
@AKtelenovella jenuh request kat astro tayang cite baru asyik remake sajokk
Quote Ferr_Remy 3-9-2018 12:57 PM
BedahBedul replied at 3-9-2018 12:29 PM
La Mujer en el Espejo

Ni pun best gak ni, tt tak include ke?

Iols nak include aritu, tp klu include kena masukkan Ruby skali. Ahahaha. So iols includekan yg mana yg patut jah.
Quote dauswq 3-9-2018 12:57 PM
wah TT dah jd wartawan cari erk... tahniah
Quote Ferr_Remy 3-9-2018 12:58 PM
AbukRokok replied at 3-9-2018 12:38 PM
wahhh thanx dah lama aku cari tajuk citer el amor no es loco pintan ni
sbb nk tgk Alejandra Lazcano ...

Cite ni dlu siap dubbing bahasa Malaysia hokeys hahaha.
Quote Ferr_Remy 3-9-2018 01:01 PM
dauswq replied at 3-9-2018 12:57 PM
wah TT dah jd wartawan cari erk... tahniah

Mana ade wartawan.. Penulis part time je kikiki. Cari duit skit.
Quote ra5101 3-9-2018 01:03 PM
Telenovela latin yang first aku tengok adalah zaman-zaman filem Oshin iaitu JULIA (1984). Waktu tu lagu OST dia lagu suratan atau kebetulan - kenny remy martin
Quote AbukRokok 3-9-2018 01:11 PM
Ferr_Remy replied at 3-9-2018 12:58 PM
Cite ni dlu siap dubbing bahasa Malaysia hokeys hahaha.

best ok dubbing dia ...sampai arwah din beramboi buat troll dulu.

Quote Ferr_Remy 3-9-2018 01:17 PM
KILL_NANCY replied at 3-9-2018 11:42 AM
María Mercedes pa' servirle a usted
un buen día mi son cambió
compró un cachito y me conoció
...

Chuols igt x ade satu watak dlm Maria Mercedes yg slalu pakai baju sama kaler hitam glove warna merah jambu ari2?
Quote matchstick 3-9-2018 01:19 PM
Aku tgk por tu amor zaman sekolah dulu.. Hero dia ada iras George Clooney sikit2. Tgk citer tu sbb nenek aku conquer TV waktu tayangan citer Venezuela ni.. Citer dubbing ke b.melayu terus suka lah dia tgk
Quote fishcracker 3-9-2018 01:57 PM
Rubi was my favorito! Siap donlod ost buat teman time study
Quote ZaraPalarae 3-9-2018 02:05 PM
Edited by ZaraPalarae at 3-9-2018 06:06 AM

Mmg menggila yach telenovela mexico bagai ni dulu. Zaman sekolah. Me terrrpaling suka La Intrusa. Pefeeling virginia martinez sgt. Satu lagi Cuando Seas Mia, dan watak yg me suka si antagonis; fabian sanchez serrano. Siap me tulis nama dia atas alas meja kt sekolah sbb me rasa dia hensem gils (sekolah me dulu setiap pelajar kena bawa alas meja sendiri, so kalau nk conteng2 pun gasak la, kira bukan vandalisme meja sekolah
Mengimbas kenangan sgt
Quote saladin780 3-9-2018 02:11 PM
sebelum dilanda demam telenovela latin..drama2 jepun terlebih dulu mendonia ya di malaysia..teringat citer maero attack
Quote ZaraPalarae 3-9-2018 02:16 PM
Juana's miracle tu pun layannn. Me suka tgk body juana tu. Mcm sedap2 chubby2 gitu.
Quote syue86 3-9-2018 02:20 PM
mak ai terkenan maria Mercedes ke adik
panjang bulu mata dia wpn dia lelaki
pastu kuat nages

Lihat semua komen(91)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049548s Gzip On
To Top