Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Henry Cavill Lepaskan Watak Superman, Ini 7 Calon Pengganti Pilihan Ramai

19-9-2018 11:20 AM|Oleh: Sang_Pencinta | Dilihat: 1997| Komen: 45

Berita paling menggemparkan peminat filem adiwira minggu ini ialah gosip mengatakan Henry Cavill akan melepaskan watak Superman berikutan kegagalan rundingan antara pihaknya dengan penerbit filem itu, DC Comics Inc.


Henry Cavill Lepaskan Watak Superman, Ini 7 Calon Pengganti Pilihan Ramai

Kredit Foto: Consequence of Sound 

Memetik laporan The Hollywood Report, kegagalan rundingan itu berpunca daripada keengganan Cavill untuk muncul sebagai watak kecil dalam filem Shazam!, juga terbitan DC. Sebagai balasan, DC mengugut untuk memutuskan kontrak Cavill untuk filem Superman yang akan datang. Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berkaitan perkara ini.



Belum sempat kerusi panas Superman dikosongkan, peminat-peminat filem itu telah membuat pelbagai spekulasi dan cadangan tentang pengganti Cavill. Menurut People Magazine, antara calon-calon yang mendapat perhatian adalah;


1.       Michael B. Jordan, 31

 

Kredit Foto: Getty Images

Menurut laman Deadline, Michael B Jordan adalah calon utama DC untuk menggantikan Cavill. Pelakon ini mempunyai banyak pengalaman dalam filem aksi, antaranya sebagai watak Killmonger dalam filem Black Panther terbitan Marvel.

 

2.       Gerrett Hedlund, 34

 

Kredit Foto: Getty Images

Pelakon yang baru-baru ini membintangi filem pecah panggung Tron:Legacy juga disebut-sebut sebagai calon utama watak Superman berikutan punya potensi memukau peminat dengan karismanya.

 

3.       Armie Hammer, 32

 

Kredit Foto: Getty Images

Armie pernah bekerja dengan Cavill dalam filemm The Man from U.N.C.L.E dan menjadi sebutan ramai berikutan lakonan berkualitinya dalam filem Call Me By Your Name tahun lalu. Kelebihan utamanya dikatakan kerana tubuh badannya yang ideal untuk watak Superman.

 

4.       Taron Edgerton, 28

 

Kredit Foto: Getty Images

Pelakon dari United Kingdom ini mula menyinar dalam filem Kingsman. Baru menyelesaikan penggambaran untuk filem Robin Hood yang dijangka akan melonjakkan lagi popularitinya.

 

5.       Oscar Isaac, 39

 

Kredit Foto: Getty Images

Dipuji kerana mutu lakonan dan sentiasa memecah panggung, Isaac dipilih peminat kerana wajahnya yang kacak jika memakai kacamata khas Superman. Walau bagaimanapun, pelakon ini terikat dengan siri filem Star Wars yang akan menganggu komitmennya dalam filem Superman jika terpilih nanti.

 

6.       Matt Bomer, 40

 

Kredit Foto: Getty Images

Percayakah anda bahawa sebelum Cavill, Mat Bomer sebenarnya pelakon yang ditawarkan lebih dahulu untuk memegang watak Superman?. Pengarah Superman, Brett Ratner dikatakan telah memuktamadkan pemilihan Matt Bomer tetapi selepas perbincangan dengan penerbit, nama beliau digantikan. Adakah kali ini nasib akan menyebelahi beliau?

 

7.       Henry Golding, 31

Kredit Foto: Getty Images

Masih panas dengan filem pecah panggung Crazy Rich Asian, Henry muncul lagi dalam filem A Simple Favor bersama Blake Lively. Henry menjadi sebutan peminat kerana wajah dan senyumannya yang mirip salah seorang pelakon asal Superman, Dean Cain.

 

Anda pula bagaimana? Setuju dengan salah satu calon di atas atau ada cadangan lain? - CARI 

 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 45
Komen

Previous : 10 Filem Seram Terbaik Malaysia Yang Anda Wajib Tonton!

Next       : Meremang Bulu Roma! Patutlah Banyak Kejadian Aneh, Rupanya Filem-Filem Ini Disumpah

Komen Terbaru

Quote ohnoLia 23-9-2018 04:15 PM
cassriena replied at 19-9-2018 12:03 PM
motif si Eggsy pun masok. dahla pendek superman apa kalau tinggi cam gitu

Ai agree.. rasanya si egsy tu cuma 180cm jha.. bersepah org melayu yg rendah mcm tu..

Superman kena tinggi 190 ke atas.. kna tinggi mcm pelakon thor tu

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 19-9-2018 11:29 AM
Matt bomer or henry golding.
Quote Skuau 19-9-2018 11:33 AM
dato aliff syukri???????
Quote lovelytouch 19-9-2018 11:35 AM
Gerrett Hedlund atau Matt Boomer lahh sbb ada aura Superman. Akaq pencinta Taron tp dia agak baby face. M. B Jordan tooooo sexxy for this charactor gitttteww
Quote Artemesiaa 19-9-2018 11:39 AM
Harap2 Matt Bomer jadi pilihan mereka kali ni rasanya paling sesuai dengan character
Quote cassriena 19-9-2018 12:03 PM
motif si Eggsy pun masok. dahla pendek superman apa kalau tinggi cam gitu
Quote buapakperut 19-9-2018 12:06 PM
pilih no 3, very guy next door rupa nya tapi tak kenal
Quote myakayina 19-9-2018 12:12 PM
sayangnya lahai..aku prefer henry cavill sbb mmg nampak aura superman gituh..
klu ganti aku pilih..no.3 la kot..walaupun tak kenal..
Quote BoLapciOus 19-9-2018 12:27 PM
gerrett hedlund my wishlist..emmm yummy!
Quote ahmad_dhani91 19-9-2018 12:34 PM
Cancel je lah dc universe tu. haukkkk memanjang. Wonderwomen jah yang kebabom
Quote aijinmisaki 19-9-2018 12:51 PM
Rasanya henry cavil jah yang sesuai
Semua list atas tu langsung takde aura superman.
Matt bomer okay la skit tapi macam too kertoo
Quote Foxey 19-9-2018 01:04 PM
Eggsy macam kurang sesuai. Hmmm... Matt Bomer kot.
Quote Sang_Pencinta 19-9-2018 01:06 PM
Chris Evans pun OK, Hemsworth (sp) pun OK

The Rock? Mcm mana?
Quote buragazz 19-9-2018 01:14 PM
aku memang dari dulu sokong matt boomer sebab satu muka dia cross between Christopher reeve and henry cavil  atau Armie Hammer dia tinggi dan ada supermanish..

Tapi klu Mat Boomer kang terus terkinja2 la geng2 LGBT nanti...
Quote matkpop 19-9-2018 01:24 PM
matt bomer or oscar isaac
Quote lkick2113 19-9-2018 01:28 PM
Michael B. Jordan ni tak sesuai sebab dia ni afro american......dia ni sesuai watak green lantern, john steward..
Quote puccafan 19-9-2018 01:33 PM
buragazz replied at 19-9-2018 01:14 PM
aku memang dari dulu sokong matt boomer sebab satu muka dia cross between Christopher reeve and henr ...

Confirm gayah la ye? I is sedih. Sebab sekarang tengok drama white collar. Dia berlakon... Suka sangat watak dia dalam tu... Dah hensem, gayah plak. Benci la. Kenapa dunia tak adil... Huarghhhh...
Quote borrow 19-9-2018 01:39 PM
Henry golding . Jgn lupa cast Raja Ilya skali

Ai prefer muka baru. Tada siapa kenal.
Quote borrow 19-9-2018 01:42 PM
puccafan replied at 19-9-2018 01:33 PM
Confirm gayah la ye? I is sedih. Sebab sekarang tengok drama white collar. Dia berlakon... Suka sa ...

Dah 7 tahun kawin n ada amik anak angkat lagik.

matt-bomer-shares-family-photo.jpg

Quote buragazz 19-9-2018 01:44 PM
puccafan replied at 19-9-2018 01:33 PM
Confirm gayah la ye? I is sedih. Sebab sekarang tengok drama white collar. Dia berlakon... Suka sa ...

Tau takpe.. kuciwa...

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044706s Gzip On
To Top