Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Meremang Bulu Roma! Patutlah Banyak Kejadian Aneh, Rupanya Filem-Filem Ini Disumpah

18-9-2018 11:36 AM|Oleh: Ferr_Remy | Komen: 81

Menghasilkan karya seni boleh menjadi proses yang agak berbahaya walaupun hasilnya nanti membuatkan ramai yang terpesona. Mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat pelakon dan kru telah meninggal dunia semasa filem kegemaran anda masih di dalam proses penggambaran. Dan berikut merupakan beberapa peristiwa yang sangat mengerikan berlaku sewaktu proses penggambaran sedang dijalankan. Jom kita baca!


The Crow
Foto: Carian Internet
Semasa penggambaran filem The Crow, pelakon Brandon Lee telah ditembak mati secara tiba-tiba apabila prop senapang yang digunakan di dalam filem itu dengan tidak sengajanya melepaskan serpihan peluru yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa peristiwa ini telah diramalkan oleh Brandon sendiri sebelum ini, yang pernah membuat kenyataan bahawa dia akan mati secara mengejut. Ada juga yang mengatakan bahawa Lee telah disumpah kerana bapanya, Bruce Lee sebelum ini telah menimbulkan kemarahan "semangat nenek moyang" mereka apabila membawa seni pertahanan diri dari timur ke barat.


The Exorcist
Foto: Carian Internet
Berdasarkan kisah benar, sumpahan yang menyelubungi filem ini mungkin sahaja kerana syaitan tidak mahu urusan mereka didedahkan kepada khalayak ramai. Pelbagai kes kematian, kebakaran, kecederaan dan sebagainya dilaporkan sepanjang berlangsungnya penggambaran filem tersebut. Krew filem juga percaya bahawa syaitanlah yang bertanggungjawab di atas segala ketegangan yang berlaku di kawasan set penggambaran, tetapi dia nampaknya tidak dapat menghentikan filem ini daripada menjadi filem kesembilan kutipan tertinggi sepanjang masa.


Rosemary's Baby
Foto: Carian Internet
Filem arahan pengarah kontroversi (juga pernah disabitkan sebagai pesalah pedofil) Roman Polanski, Rosemary's Baby telah mencetuskan kecelakaan berterusan yang dikaitkan dengan filem itu. Isteri Polanski yang hamil pada ketika itu, Sharon Tate, telah dibunuh oleh kumpulan ajaran sesat Charlie Manson setahun selepas filem itu ditayangkan. Penerbit filemnya, William Castle pula secara tiba-tiba mengalami kegagalan buah pinggang selepas menerima surat yang penuh kebencian mengenai filem itu. Manakala komposer untuk filem seram itu pula mati akibat pembekuan darah - sama seperti satu watak di dalam filem tersebut - secara tiba-tiba. Kejadian-kejadian aneh tersebut menjadikan Rosemary's Baby sebagai antara salah sebuah filem yang menerima sumpahan paling dasyat. Mungkin itulah akibatnya apabila mereka mengganggu kumpulan ajarat sesat yang menjadi plot utama untuk filem ini sehingga mereka bertindak menghantar syaitan untuk menghuru-harakan hidup mereka yang terlibat di dalam filem tersebut.


The Poltergeist
Foto: Carian Internet 
Terdapat beberapa kejadian aneh dan menyeramkan yang berlaku semasa dan selepas filem ini ditayangkan. Salah satu perkara yang paling diingati ramai adalah sewaktu penerbit filem The Poltergeist, Steven Spielberg, memutuskan untuk menggunakan rangka sebenar untuk penggambaran di dalam kolam yang berlumpur kerana pada mereka, ia lebih menjimatkan dari segi kos daripada menggunakan rangka plastik. Ia berlaku tanpa pengetahuan para pelakon. Pelakon JoBeth Williams (yang memainkan watak Diane Freeling) mengesahkan kejadian terbabit. Sejak peristiwa itu, pelbagai insiden kemalangan aneh dan kematian dicatatkan. Kematian pelakon utamanya, Heather O' Rourke yang meninggal dunia pada usia 12 tahun sewaktu penggambaran filem ketiga untuk siri ini, juga dikatakan mempunyai kaitan dengan sumpahan dari filem pertama The Exorcist. Malah, beberapa pelakon utamanya juga dilaporkan kematian mereka turut dikaitkan dengan sumpahan filem ini.


The Omen
Foto: Carian Internet
The Omen mungkin merupakan salah satu filem yang paling banyak dibincangkan orang ramai, hanya kerana terlalu banyak kejadian misteri yang menyelubungi filem ini. Beberapa minggu sebelum penggambaran filem ini dimulakan, anak lelaki kepada pelakon utama, Gregory Peck, membunuh diri dengan menembak dirinya di kepala. Pada hari pertama penggambaran pula, beberapa krew filem telah mengalami kemalangan kereta. Nasib baik, tiada siapa yang maut di dalam kejadian ini. Filem ini juga dikatakan berkali-kali ditunda tarikh tayangannya akibat beberapa siri kejadian ngeri. Antaranya, pesawat yang dinaiki David Seltzer, penulis untuk filem ini telah disambar kilat dan mengakibatkan kecelakaan besar. Nasib yang sama juga dikatakan berjaya dielakkan oleh pelakon Gregory Peck, yang memainkan watak Duta Besar Amerika bernama Robert Thorn, iaitu bapa kepada Damien. Peck telah membatalkan tempahannya untuk penerbangan itu sebelum pesawat itu berlepas. Dan nasibnya begitu baik kerana pesawat itu telah terhempas dan membunuh semua penumpangnya. Hari ini, The Omen bukan sahaja popular sebagai salah sebuah filem seram terbaik, malahan untuk kejadian-kejadian seram yang menghantui filem itu yang juga dikenali sebagai "Sumpahan Omen".


Terdapat banyak lagi filem yang dikatakan telah disumpah di seluruh dunia. Mungkin pada masa akan datang, penulis akan membuat senarai filem yang mungkin mempunyai sumpahan edisi Malaysia atau Asia pula! Nantikan! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
4
Terkejut
12
Sedih
8
Lawak
5
Bosan
6
Komen: 81
Komen

Previous : Henry Cavill Lepaskan Watak Superman, Ini 7 Calon Pengganti Pilihan Ramai

Next       : Dirasuk, Nampak Kelibat Hantu. Ramai Yang Belum Tahu Misteri Yang Dihadapi Pelakon Dan Kru Filem Malaysia

Komen Terbaru

Quote 234126 16-10-2018 06:16 AM
Spicymami replied at 23-9-2018 01:40 AM
Thats what the doc said lah..  Tp byk saksi skrg.. Another cast pun cakap benda sama Heather was p ...

Kejamnya diorang!! Comel tau budak tu.

Lain-lain Komen

Quote Orix 18-9-2018 12:40 PM
Brp CARI bayar chuols utk jd journalist eh?

Anyway, I loikeeee tiap kali chuols bukak benang baru lately. Informative n interesting
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 12:50 PM
Orix replied at 18-9-2018 12:40 PM
Brp CARI bayar chuols utk jd journalist eh?

Anyway, I loikeeee tiap kali chuols bukak benang b ...

Ikut page views. Tq hehehe. Support smua thread iols k. I suka tulis benda2 list cmni. Tmbah2 lg klu bab misteri.
Quote borrow 18-9-2018 01:48 PM
Huhu ai mmg x berani la tengok filem2 tu. Level paling seram ai layan -  filem mcm The Others

Berani giler deyols wat filem camni.
Quote tikusmontok 18-9-2018 01:56 PM
apa pulak sumpahan hantu kak limah?
Quote shernazz 18-9-2018 02:06 PM
Iols.x.tgk.lagi rosemary baby tu
Nnt.nak.tgk.lah
Cite the exorcist tu iols.tgk masa.kecik...adoi la..berpusing kepala tu..sampai.ke sudah iols.takut patung yang boleh pusing kepala
Quote shernazz 18-9-2018 02:08 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 12:50 PM
Ikut page views. Tq hehehe. Support smua thread iols k. I suka tulis benda2 list cmni. Tmbah2 lg k ...

Iols akan support okeh...
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 02:19 PM
shernazz replied at 18-9-2018 02:08 PM
Iols akan support okeh...

Ur so sweet. TQ kaka
Quote shernazz 18-9-2018 02:19 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 02:19 PM
Ur so sweet. TQ kaka

Ur wc dek..hihi
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 02:19 PM
tikusmontok replied at 18-9-2018 01:56 PM
apa pulak sumpahan hantu kak limah?

Pasal pelakon die kebanyakan smua da xde. Agaknye. Sob3.
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 02:20 PM
borrow replied at 18-9-2018 01:48 PM
Huhu ai mmg x berani la tengok filem2 tu. Level paling seram ai layan -  filem mcm The Others

...

The Others tu yg nicole Kidman berlakon ke
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 02:54 PM
Alamak, typo. The Poltergeist tu Heather O Rourke dikaitkan dgn the Poltergeist, bkn Exorcist. Maaf ya.
Quote chinta89 18-9-2018 03:03 PM
nice info! tetiba rse nk tgk semua filem2 ni
Quote melodikasih 18-9-2018 03:13 PM
wah seronok baca..xpernah tau pun ada misteri2 pasal filem2 ni n pernah tgk the crow je..huhu
Quote borrow 18-9-2018 03:30 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 02:20 PM
The Others tu yg nicole Kidman berlakon ke

Yup. Ai ske filem tu coz endingnya plot twist sgt .

Filem mcm Ju on , baru tgk sket ai dah katup tv Dulu ai pnh alami kejadian mistik . Waktu tu ai sensorang gi asrama skolah. Pastu dengar bunyi seram. Trus ai lari lintang pukang



Quote Ferr_Remy 18-9-2018 03:42 PM
chinta89 replied at 18-9-2018 03:03 PM
nice info! tetiba rse nk tgk semua filem2 ni

Tq chinta huhuhu. Jgn lupa tgk nanti k
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 03:43 PM
melodikasih replied at 18-9-2018 03:13 PM
wah seronok baca..xpernah tau pun ada misteri2 pasal filem2 ni n pernah tgk the crow je..huhu

The Crow yg scene last tu. Klu x silap, diorg truskan gak tp guna teknologi ape ntah sbb si hero tu da mati. Nasib baik dah nak habes.
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 03:43 PM
borrow replied at 18-9-2018 03:30 PM
Yup. Ai ske filem tu coz endingnya plot twist sgt .

Filem mcm Ju on , baru tgk sket ai dah katu ...

Seram gak pengalaman u tu yer... XD Seb baik lari.. Klu x jeng3x.
Quote melodikasih 18-9-2018 03:50 PM
Ferr_Remy replied at 18-9-2018 03:43 PM
The Crow yg scene last tu. Klu x silap, diorg truskan gak tp guna teknologi ape ntah sbb si hero t ...

oh mati time shooting ke??ingat lps tu baru mati..tp pandai la production buat muka main cast sama..kiranya x tersengaja bunuh la kan??ke khianat??sorry bnyk tnya
Quote Ferr_Remy 18-9-2018 03:56 PM
melodikasih replied at 18-9-2018 03:50 PM
oh mati time shooting ke??ingat lps tu baru mati..tp pandai la production buat muka main cast sama ...

Aah time shooting. Tp babak tu dgr citer x masuk dlm filem. Diorg wat babak lain. Ade yg ckp kena khianat, ade yg ckp makhluk halus. Wallahualam. Gitu.

Lihat semua komen(81)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046402s Gzip On
To Top