Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bill Cosby Didapati Bersalah Merogol, Dihukum Penjara Tiga Hingga Sepuluh Tahun

27-9-2018 10:26 AM|Oleh: Sang_Pencinta | Dilihat: 2368| Komen: 23

Hakim Mahkamah Montgomery hari ini menjatuhkan hukuman penjara antara 3-10 tahun ke atas pelakon komedi lagenda, Bill Cosby setelah didapati bersalah memberikan dadah dan kemudian merogol Andrea Constand pada tahun 2004 di rumahnya yang terletak di Philadelphia. 


Bill Cosby menjadi selebriti pertama yang dipenjarakan dalam era anti-keganasan wanita #MeToo.


Kredit Foto: The Guardian


'Sudah sampainya keadilan ditegakkan' kata Hakim Steven O'Neill ketika menjatuhkan hukuman. Cosby didapati bersalah dalam perbicaraan awal tahun ini tetapi hukumannya dijatuhkan hari ini. 


Bill Cosby selama ini mendapat jolokan 'America's Dad' berikutan kepopularitian wataknya dalam siri Cosby Show sekitar 1980 dan 1990an.


 

Kredit Foto: VOA News

Sejurus selepas dijatuhkan hukuman, Cosby, 81 digari dan diarahkan ke tahanan. Hakim menolak untuk membenarkan beliau diikat jamin. Sebelum penghakimannya dijatuhkan, Cosby menolak untuk bercakap walaupun diberi peluang. 


Beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi kemudian dilihat tersenyum, ketawa dan berbual-bual dengan barisan peguamnya. Isterinya, Camille Cosby 54 yang selama ini setia menemaninya tidak kelihatan di mahkamah. 

 

Kredit Foto: The Irish Sun


Peguam kepada mangsa, Gloria Allred berkata 'ini satu keadilan untuk semua mangsa walaupun terpaksa menempuh jalan yang panjang'. Seramai lebih 60 mangsa Cosby tampil tetapi hanya 4 yang dibicarakan kerana kebanyakan kejadian sudah berlaku lama dahulu. 


'Saya menunggu selama 32 tahun untuk mimpi ngeri ini tamat, saya berdoa setiap hari supaya Cosby dipenjarakan' kata Chelan Lansa, salah seorang mangsa Cosby yang menjadi saksi pendakwaan.


 

Kredit Foto: CNN

Lise-Lotte Lublin, juga seorang mangsa berkata ' Saya sangat emosional, akhiranya keadilan dicapai, Halleluyah!' . Berikutan penghakiman ini Cosby akan disenaraikan dalam Sex Offender List dan tidak akan dibenarkan mendekati perumahan, sekolah dan mangsa-mangsanya. 

Cosby menafikan semua tuduhan dan mendakwa hubungan seks mereka adalah atas dasar suka sama suka. Jurucakap Cosby Andrwe Wyatt berkata Cosby dalam keadaan baik dan tahu 'Tuhan melindunginya, sama seperti Jesus yang difitnah dan didakwa, inilah harga seorang lelaki warga kulit hitam di Amerika Syarikat' katanya lagi. -CARI

 

Kredit Sumber: The Guardian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 23
Komen

Previous : Henry Golding Bakal Bergandingan Dengan Emilia Clarke Untuk Filem Baru!

Next       : Ada 'Love Bite' Di Leher Kendall Jenner Lepas Berparti, Anwar Hadid Yang Buat Ke Tu?

Komen Terbaru

Quote sue_liah 28-9-2018 04:46 PM
unsangkarable betul. ..sila la mereput dlm penjara

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 27-9-2018 10:33 AM
unbeliveable..
Quote borrow 27-9-2018 10:35 AM
Janice Dickinson pun victim jugak.
Quote Orix 27-9-2018 10:45 AM
borrow replied at 27-9-2018 10:35 AM
Janice Dickinson pun victim jugak.

Janice yg model tu ke? Aiyoh! Dia bukan garang n mulut celupar ke?
Quote Orix 27-9-2018 10:45 AM
Kadg2 x paham diorg ni, kaya kannn bayar jela GRO pstu main jela pepuas...
Quote borrow 27-9-2018 10:48 AM
Orix replied at 27-9-2018 10:45 AM
Janice yg model tu ke? Aiyoh! Dia bukan garang n mulut celupar ke?

yup dialah. Silicon valley Mulut hansuang , tak sangka sheols pun victim jugak.

Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 10:51 AM
Orix replied at 27-9-2018 10:45 AM
Janice yg model tu ke? Aiyoh! Dia bukan garang n mulut celupar ke?

Dia jadi victim masa muda remaja belasan tahun awal 20an kot

Masa tu dia bukan siapa2 baru mula bertapak
Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 10:55 AM
Dickinson, now 63, was a supermodel in 1982 and said Cosby flew her out to Lake Tahoe, a resort area on the California-Nevada border, to meet her.

At dinner with him and another man, she mentioned she had menstrual cramps, she testified. Cosby said he had something for that and she said she was given a blue pill.

They went to a room, and she began to feel lightheaded and couldn't get the right words out, she testified. Cosby then got on top her, she testified.

"He smelled like cigars and espresso and his body odor," she said. "I couldn't move, I felt like I was rendered motionless."

"Here was America's dad on top of me, happily married man with five children and how very wrong it was," she said.

She recalled feeling vaginal pain.


"I passed out after he entered me. It was gross," she testified.
Quote umbut 27-9-2018 10:55 AM
Edited by umbut at 27-9-2018 10:57 AM

Eeee.. dulu kecik2 selalu tgk cosby show.. dlm lawak kelakar lupanya ganas...

Dah 80 baru dpt tangkap.. tak lama nak goll
Quote MissVixen 27-9-2018 11:06 AM
Sang_Pencinta replied at 27-9-2018 10:55 AM
Dickinson, now 63, was a supermodel in 1982 and said Cosby flew her out to Lake Tahoe, a resort area ...

Eeuwww. Dah la rogol. Rogol masa tengah datang bulan pulak tu. Syaitan.
Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 11:16 AM
Quote pai.kacang 27-9-2018 11:16 AM
sexual predator rupanya dia ni
Quote Orgkgdukobesi 27-9-2018 11:31 AM
Rupa dan imej yg baik tak menjamin akhlak yg baik.
Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 11:43 AM
1. Louisa Moritz

Date of Alleged Assault – 1969

Date of Accusation – Nov. 13, 2015

Actress Louisa Moritz — whose credits include “One Flew Over the Cuckoo’s Nest” and the Cheech and Chong film “Up in Smoke” — claims that she was in a backstage waiting room prior to appearing on “The Tonight Show” in 1969 when Cosby showed up at the door.

Cosby “implied that Plaintiff Moritz would become a major star through his direction,” after which he exposed himself, placed his hands behind her head, and “forced his penis into Plaintiff Moritz’s mouth over her resistance,” according to a lawsuit filed in federal court in Massachusetts. “Defendant Cosby said to Plaintiff Moritz, ‘Have a taste of this. It will do you good in so many ways,'” the lawsuit reads. “Defendant Cosby added, ‘I am going to make you something incredible.'”
Quote chauky314 27-9-2018 11:53 AM
dah tua baru nak kena tgkp...................
Quote Artemesiaa 27-9-2018 01:00 PM
Dah lama dan banyak juga kesnya bagus ler akhirnya beliau dikenakan hukuman
Quote Sang_Pencinta 27-9-2018 01:11 PM

Lepas ni giliran mangsa Harvey Weinstein dapatkan keadilan
Quote borrow 27-9-2018 01:36 PM
Orix replied at 27-9-2018 10:45 AM
Kadg2 x paham diorg ni, kaya kannn bayar jela GRO pstu main jela pepuas...

My opinion , mebi pd deyols normal sex camtu boring

Deyols dpt kepuasan max bila dpt buli victim. Bila tgk keadaan victim yg helpless , deyol rasa powerful giteww. Kemungkinan deyols ni ada insecurity. Tgk jurucakap Pacit cosby dok main isu warna kulit plak.




Quote syue86 27-9-2018 02:22 PM
suke tgk rngn die dulu sbb rasa best
eiuuuu tak sgka die segiler ini
Quote tikusmontok 27-9-2018 03:20 PM
borrow replied at 27-9-2018 10:35 AM
Janice Dickinson pun victim jugak.

janice ni ms muda cantik. now...


Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044455s Gzip On
To Top