Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Takut Saingan, Peminat Lady Gaga Cuba Sabotaj Filem Venom?

15-11-2018 10:55 AM|Sang_Pencinta| Komen: 11

Kumpulan peminat tegar bintang terkenal Lady Gaga, yang dikenali sebagai The Little Monsters telah melancarkan serangan halus ke atas filem Venom lakonan Tom Hardy kerana tayangannya bertembung dengan filem A Star Is Born lakonan diva itu.


Kredit Foto: Jornal Hoje em Dia



Kredit Foto: Popcorn

Antara tindakan peminat untuk cuba mensabotaj filem Venom termasuklah memuatnaikkan ulasan negatif filem itu di media seperti Twitter dan Instagram, menulis ulasan dan penarafan yang rendah di laman sesawang ulasan terkenal rottentomatoes.com dan video memburuk-burukkan filem itu di Youtube. Ini semua berikutan persaingan antara dua filem itu untuk mengungguli tangga box office minggu ini.


Kredit Foto: Twitter


Takut Saingan, Peminat Lady Gaga Cuba Sabotaj Filem Venom Kerana Bertembung Tayangan Dengan A Star Is Born

Kredit Foto: Rottentomateos


Pada masa yang sama, kumpulan peminat ini juga memuatnaik pujian melambung-lambung untuk filem  A Star Is Born di semua media social termasuklah memberi rating setinggi 95% untuk filem berkenaan di rottentomateos.com.


Kredit Foto: Twitter


Ini bukan kali pertama peminat fanatik Lady Gaga bertindak sedemikian. Menurut laporan Buzzfeed, The Little Monsters juga pernah menyerang penyanyi Ed Sheeeren di twitter dan sering berbalah dengan kumpulan peminat artis lain. Mereka juga sering bergabung dengan akaun 'troll' untuk melakukan pembulian berunsur racist dan sexist.


Kredit Foto: Twitter


Lady Gaga sendiri khabarnya pernah merayu peminatnya untuk menukar tindak-tanduk dan perangai keji mereka tetapi budaya yang sudah berakar itu tidak berubah. Salah seorang ahli The Little Monsters dari Argentina menyatakan mereka hanyalah bergurau (trolling).



Kredit Foto: Rottentomateos


Walau bagaimanapun, salah seorang peminat Lady Gaga yang menggelar dirinya @LGMOnster95 berkata, dia merasa perbuatan itu sudah melampau. 'Terdapat usaha dalaman untuk mengkordinasi serangan ini, peminat mencipta ID baru untuk menyerang Venom supaya A Star Is Born dapat lebih banyak penonton' katanya lagi. Beliau turut memberi contoh beberapa akaun Twitter palsu yang baru muncul milik warga emas yang menyokong Lady Gaga.


Kredit Foto: Twitter


Tindakan peminat fanatik Lady Gaga ini membuat peminat filem Venom marah. Mereka membalas serangan itu dengan berkongsi ulasan positif sebagai tanda sokongan mereka terhadap filem Venom. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 11
Komen

Previous : Tan Sri Michelle Yeoh Bakal Terbit Filem Kisah Sensasi Jho Low

Next       : Chris Evans Ucap Selamat Tinggal Kepada Watak Captain America, Peminat Emosional

Komen Terbaru

Quote jula7 16-11-2018 02:08 PM
benak everywhere

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 15-11-2018 11:16 AM
lofak gaga
Quote Orgkgdukobesi 15-11-2018 11:25 AM
Pergi tengok  kedua  dua  filem lepas tu baru lah tau bagus atau tidak sebab penilaian dan review ini adalah subjektif dan ada kemungkinan berat sebelah bila ada agenda tertentu.
Quote Sang_Pencinta 15-11-2018 11:29 AM
Peminat Gaga memang aggresif kan?
Quote marchikobonzo 15-11-2018 03:53 PM
Kat malaysia ada benak
Quote Sang_Pencinta 15-11-2018 04:49 PM
marchikobonzo: Kat malaysia ada benak


Benak? Fanclub siapa ni?
Quote ms.mango 15-11-2018 06:27 PM
Best je cite venom ni {:hooray
Quote ms.mango 15-11-2018 06:28 PM
Best je cite venom ni {:hooray
Quote ms.mango 15-11-2018 06:29 PM
Sorry terdouble post
Quote NekNgah 16-11-2018 10:24 AM

LoBenak...
Quote mieymiey 16-11-2018 11:31 AM
HAHAHAHAHA. Tak sangka kat Hollywood pun ada spesies benak
Quote jula7 16-11-2018 02:08 PM
benak everywhere

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042611s Gzip On
To Top