Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Netizen 'Sekolahkan' Zahirah Macwilson, Diminta Untuk Berpakaian Sopan

4-10-2018 02:55 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 10678| Komen: 139

Pelakon Zahirah MacWilson, 23 yang kini sedang bercuti sambil berkerja di Tokyo, Jepun menarik perhatian netizen kerana pakaiannya yang dianggap kurang sopan.


Zahirah atau lebih mesra dipanggil Ira, memuat naik beberapa keping foto serta video di akaun Instagram miliknya di mana dia mengenakan skirt singkat sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan netizen yang menganggapnya sebagai tidak sopan walaupun dia berada di luar negara


Sungguhpun ramai yang memuji Zahirah nampak comel dan kelihatan seperti gadis Jepun dan Korea, namun ramai yang menegurnya untuk tidak terlalu mendedahkan auratnya.

"Tolong tutup sikit aurat tu," tulis salah seorang pengikutnya di laman sosial itu.

Foto : Instagram Zahirah MacWilson

Bagaimanapun, ada juga yang terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Zahirah dimana seorang lelaki dilihat terlalu asyik memandang Zahirah sehinggakan dia tidak sengaja terlanggar orang lain. 

Foto : Instagram Zahirah MacWilson

Foto : Instagram Zahirah MacWilson

Apa pun, Zahirah memang nampak comel sangat. Mungkin selepas ni Zahirah boleh mengambil teguran netizen secara positif. Rasanya lagi manis kalau sekurang-kurangnya memakai 'legging' agar tidak menampakkan bahagian kakinya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 139
Komen

Previous : "Selamatkan Penyu" - Yuna Sedih Dengan Penganiayaan Binatang

Next       : Stesen TV Asyik Tayang Iklan Produk, Mana Program Cerita Kami?

Komen Terbaru

Quote leyassi 10-10-2018 11:08 AM
Suke tgk dia sb dia comel. And suka tgk dia berlakon jugak.

Lain-lain Komen

Quote kikiharris 4-10-2018 02:58 PM
Mcm gigi Ronaldinho plak first pic sebelah kiri..
Quote Redhead 4-10-2018 03:02 PM
Zahirah lawoo.. dia pun masih muda pe ok la bunny sexy drpd jd yoda.. Zulpin pe khabar ye?
Quote chicozinn 4-10-2018 03:08 PM
lainnye si zahirah ni..hampir2 xkenal meollss..
Quote chazey 4-10-2018 03:10 PM
Tak cantiknya sheol.
Quote Badigol 4-10-2018 03:10 PM
ok je nak seksi pun..nm pn artis..lagipn dia dr dlu mcm ni kn..xde pn dia acah suci ke apa...biar la dia..huhu
Quote BoongaKertas 4-10-2018 03:12 PM
weh lainnya rupa! comel lah plak dgn rambut camtu
Quote bedahmenjuyah 4-10-2018 03:18 PM
biasa la artis. what do you expect. dah la membesar di luar negara
Quote umbut 4-10-2018 03:24 PM
Sibuk betul netizen acik kepam gundu berkerak andartu..
Quote Teru2Bozu 4-10-2018 03:25 PM
aku teringat kisah diawal kemunculan beliau. buat sesi fotografi tonggek2 atas alasan photographer suruh. masa tu mula2 nak marketkan diri.  pastu porumer membawang. sheolls pun ada dalam forum dan gigih mereply satu2 komen2 & hencapan forumer.
Quote kucingitam 4-10-2018 03:26 PM
biasa je..lainlah kalau ct nurhaliza yg mmg sopan2 dr dulu pakai skirt pendek..memang harus lah kena kecam..
Quote mieymiey 4-10-2018 03:28 PM
Sheols nampak pelik kat gambar paling atas.
Quote mieymiey 4-10-2018 03:28 PM
Sheols nampak pelik kat gambar paling atas.
Quote Nenasketum 4-10-2018 03:30 PM
She pretty hokkay, skipping London pun sedap didengar.. Nak tanya, yang dia duk tulih dia mengaji degree bagai tu betui ka, atau sekadar fantasi.
Quote babyLON. 4-10-2018 03:31 PM
adoi la gigi ronaldinho pun bole
Quote chesfa 4-10-2018 03:34 PM
Sibuk betul netizen jadi pengawas aurat. Macam dah confirm kubur diorang dok sebelah kubur zahirah nanti
Quote Idgaf 4-10-2018 03:38 PM
Alaa biar la dia. Muda lagi kot. Plus cantik kot. Kalau x cantik rengsa jugak nengoknya.

Tapi iols x suka ok bajet2 cantik ni walaupon hakikatnya mmg cantik pom. Jealous. Hahaha
Quote lina21 4-10-2018 03:38 PM
nyebok je netizen ni ngan zahira...jeles zahira gorjes la tuu...
Quote MeghanK 4-10-2018 03:42 PM
bodoh nya lahai netizen pon..sibuk kira aurat dosa pahal orang
Quote mrseller 4-10-2018 03:46 PM
Boring tul org mesia, kalau aku bogel terus sisturrr

Lihat semua komen(139)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042800s Gzip On
To Top