Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Senarai Filem Malaysia Paling Gagal Sepanjang Tahun 2018, Ada Yang Langsung Tak Pernah Dengar

9-11-2018 11:32 AM|Oleh: Intan| Komen: 94

Tahun demi tahun,dilihat semakin pengarah pengarah tempatan semakin aktif membikin filem yang berkualiti dan berbaloi untuk ditonton rakyat Malaysia. Kini ramai rakyat Malaysia sudi melaburkan duit untuk menonton filem filem tempatan, yang ternyata suatu perubahan positif.

Filem yang bagus sudah tentu dapat memberi kesan dan impak kepada penonton sama ada keluar wayang mata merah kerana menangis teresak - esak, ataupun terdapat banyak review mengenai filem tersebut di laman sosial. Cara pengiklanan dan promosi juga mempengaruhi jumlah kutipan filem samada membuahkan hasil ataupun 'flop'.

Ini antara senarai filem yang boleh dikatakan 'flop' dalam industri perfileman Malaysia sepanjang tahun 2018.

1. Bidong the Boat People

Kredit foto: Google
Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini dibintangi oleh Taufik Hanafi dan Irene Wong. Filem seperti projek tahun akhir ini hanya mengutip kutipan tiket sebanyak RM3,536.00, setaraf gaji fresh graduate lepasan kos Jurutera di Malaysia.

2. Qhaliq

Kredit foto: Google
Filem terbitan Ahmad Idham dan diarahkan oleh ROsli Mohd. Taib ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Azza Elite serta Ahmad Idham. Penulis rasa filem ini patutnya diubah menjadi drama sahaja. Dengan kutipan sebanyak RM 4,196.50, Qhaliq jatuh tempat kedua dalam carta filem paling flop tahun 2018.

3. Enjin No 9
Kredit foto: Google
Dibintangi oleh artis yang menyanyikan lagu Sedalam-dalam Rindu, Tajul dan pelakon lawak terkenal Kaza, sejujurnya ramai yang tidak pernah tahu mengenai kewujudan filem ini. Namun begitu, filem ini berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM7,566.17. Okaylah tu kan?

4. 33 KM from KL

Kredit foto: Google
Boleh tahan juga kutipan, mungkin cukup untuk bayar kos produksi. Hasil jualan tiket sebanyak RM 18,779.00.

5. This Is Pilah
Kredit foto: Google
This is Pilah dibintangi bintang hip hop Malaysia iaitu Waghih dan Juzthin. Ternyata ketika nama meningkat naik belum tentu orang nak pergi tengok filem anda di panggung wayang. Kutipan? RM 45,843.90, boleh tahan juga ya.

6. Surf This Love
Kredit foto: Google
Filem ini agak menarik dan lain dari yang lain. Tapi sayangnya rakyat belum menerima kelainan dalam genre filem yang baru mungkin. Hasil kutipan ialah sebanyak RM47,724.30.

7.Rise
Kredit foto: Google
Banyak juga komen memberansangkan daripada penonton. Filem sempena pilihan raya baru baru ini yang memberi tema Malaysia baru hanya mengutip kutipan sebanyak RM58,411.50.

8. Hantu Wangan
Kredit foto: Google
Tak mahu komen lebih, yang pernah menonton boleh komen di ruangan komen. Hasil kutipan sebanyak RM 89,420.70 berjaya diperolehi sepanjang tayangan.

9. Busker

Kredit foto: Google 
Filem ini menarik ditonton di hujung minggu untuk melepaskan tekanan. Filem ala ala 'indie' ini juga mempunyai jalan cerita yang agak menarik. Hasil kutipan? RM 96,925.75.

10. Badang
Kredit foto: Google
Memakai tagline Adiwira Sepanjang Zaman, filem Badang ini dikatakan mewakili adiwira Malaysia selepas Cicak-man. Betul ke? terdapat banyak juga kontroversi semasa tayangan filem ini berlangsung seperti pelajar universiti dipaksa beli tiket untuk menonton dan sebagainya. Hasil kutipan yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM 93,496.54. 

Terdapat dua filem sedang ditayangkan iaitu Operasi X dan Gol & Gincu Vol 2. Harap - harapnya filem tersebut berjaya memperoleh kutipan memberansangkan. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
12
Bosan
9
Komen: 94
Komen

Previous : Drama Bersiri I Have A Lover Papar Kisah Curang Penuh Emosi

Next       : 5 Kisah Benar Yang Perlu Diangkat Ke Layar Filem, Pasti Pecah Panggung!

Komen Terbaru

Quote adeqo 14-12-2018 10:04 AM
Gil & gincu yg terbaru tu berapa jumlah kutipan uols??  Aritu sempat tgok kat utubee jaaa..

Lain-lain Komen

Quote mixed 9-11-2018 11:40 AM
ni kategori filem sampah ke
filem tangkap muat

mmg penah dgr badang je BADANG Sotong
Quote SuriNate 9-11-2018 11:42 AM
Rugi nyer pasha sendot dulu potong rambut semata untuk filem badang{:laugh
Quote mieymiey 9-11-2018 11:47 AM
Filem yang kutip 3k tu weyh. Sedehhhhh
Quote cicicumel 9-11-2018 11:47 AM
Ini Kalilah tu film propaganda PH ke?
Quote fixit 9-11-2018 11:49 AM
nice thread
Quote fixit 9-11-2018 11:52 AM
cicicumel replied at 9-11-2018 11:47 AM
Ini Kalilah tu film propaganda PH ke?

lps PH menang terus bedesup keluar cite Rise Ini Kalilah tu.


Quote makton 9-11-2018 11:54 AM
flop teruk klu dpt 3-4k je
Quote taji2906 9-11-2018 11:55 AM
poster no 8 tu rasa nak lempang jek mukanya.. hahaha.. rasa je la..
tp kesian tul kutipan tak balik modal.. mohon berenti je la..
terutama amat ilam tu.. sudah2 la...
Quote mieymiey 9-11-2018 12:01 PM
taji2906 replied at 9-11-2018 11:55 AM
poster no 8 tu rasa nak lempang jek mukanya.. hahaha.. rasa je la..
tp kesian tul kutipan tak balik ...

Kagum betul iols dengan Mat Deham tu. Semua filem dia flop, tapi masih gigih nak buat filem baru. Bila dah flop, gigih pula dia salahkan pihak lain



Quote LadyDiddy 9-11-2018 12:04 PM
Filed badang lagi ramai orang tengok dari busker..hmm
Quote jin_lampu 9-11-2018 12:04 PM
ini kalilah filem paling tahi merangkap jamban.

filem busker mcm best byk lagu2...tp pelakon who r yus
Quote cikanggun 9-11-2018 12:17 PM
Sia2 pengorbanan potong rambut bagai tp filem sampah... ehhh tp pelakon dibayar jer..cuma takdelah bonus ke hapa sbb kutipan sendu khennnnn....

Filem asal boleh jek.. kualiti my ass
Quote akuMNdia 9-11-2018 12:36 PM
LadyDiddy replied at 9-11-2018 12:04 PM
Filed badang lagi ramai orang tengok dari busker..hmm

filem badang tu sesuai utk org2 yg stress & tension dgn boss masing2 tp tak boleh nak luahkan..
tgk citer badang boleh la sumpah seranah bagai.


Quote soretos 9-11-2018 01:13 PM
File surf the love tuh kalau pajurah ngan patah berlakon mungkin ramai yg dtg tengok
Quote duri_durians 9-11-2018 01:16 PM
dan kebanyakannya poster buruk huduh...

Quote pavlovachoc 9-11-2018 01:24 PM
kurang promosi kut semua filem ...
Quote BebeQ 9-11-2018 01:31 PM
Ramai juga yang tonton filem badang rupanya. Mushkil.
Quote mieymiey 9-11-2018 01:40 PM
BebeQ replied at 9-11-2018 01:31 PM
Ramai juga yang tonton filem badang rupanya. Mushkil.

Bukan ker ada yang kata student UiTM 'dipaksa' tengok cerita tu?
Quote alien88 9-11-2018 01:42 PM
iolls teringin nak tgk rise ini kalilah dgn busker.. this is pilah pernah baca ada positive review

Lihat semua komen(94)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.613880s Gzip On
To Top