Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kenalkah Anda Pada 2 Artis Yang Baru Berhijab Ini?

27-11-2018 12:48 PM|Oleh: Azza| Komen: 75





Dunia seni ada pasang surutnya. Penyanyi baru dan lama akan bersilih ganti mengikut peredaran zaman. Sesungguhnya mengekalkan nama di kemuncak adalah lebih sukar daripada mencipta nama. Begitu lah yang terjadi kepada dua artis yang baru berhijab ini.

Biarpun mereka bergiat dalam industri seni yang berbeza iaitu sebagai penyanyi dan seorang lagi sebagai pelakon, namun persamaan antara mereka berdua ialah kedua-duanya kurang menyerlah walaupun agak lama dalam bidang ini. Nita Hamzah yang memulakan karier seni sejak menjadi naib juara Malaysia Idol ke2 pada 2005 manakala Tunku Hanis pula berkecimpung sejak tahun 2007 lagi dilihat tidak begitu memberi impak. Namun, apabila mereka mengambil keputusan untuk berhijab, adakah ia bermakna mereka akan meninggalkan dunia seni ini?


Kredit foto: IG
Kredit foto: IG

Nita Hamzah menyatakan yang dia sebenarnya sudah lama memasang niat untuk bertudung dan akan memakainya untuk majlis-majlis tertentu.

"Sehari sebelum ulang tahun kelahiran saya pada 3 November lalu, saya mula bertudung sepenuh masa. Hati ini terdetik begitu sahaja dan rasanya sudah tiba masa untuk berubah."

Menurut Nita lagi, dia merasa tidak lengkap jika keluar tanpa memakai tudung. Malahan tudung bukanlah alasan untuk terus meninggalkan dunia nyanyian yang disukainya dan mengharapkan penghasilan 'single' baru tahun hadapan akan mendapat sambutan ramai pihak.

Kredit foto: IG

Sementara itu Tunku Hanis yang turut berlakon dalam Memori Cinta Suraya dan Papa Ricky pula menyatakan yang dia tidak berjanji tetapi ianya satu kepastian menandakan dia nekad untuk bertudung. Menjelaskan bahawa dia akan membiarkan kata-kata negatif bagaikan angin lalu membuktikan yang Hanis tidak peduli dengan prasangka buruk orang kepadanya.

Berbeza dengan Nita, Hanis tidak menjelaskan sebab dia bertudung namun dari komennya kepada seorang Ustaz yang dipercayai berada di Mekah menjelaskan yang Hanis mahu istiqamah dengan jalannya.


Dan ianya sudah cukup menggembirakan para peminatnya yang memuji kecantikan pelakon dalam kalangan kerabat Negeri Sembilan Itu.
Kredit foto: IG


Biarpun kedua-duanya dilihat belum memadam gambar sebelum ini, pastinya ia mengambil masa sebelum mereka benar-benar bersedia melepaskannya atau memuat turunnya sebagai koleksi peribadi sahaja. Semoga netizen tidak terlalu menghakimi mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan ini. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 75
Komen

Previous : Netizen Pesan Elfira Loy Jangan Terlalu Menunjuk Gambar Tunang, Takut Terjadi Kali Kedua!

Next       : "Nampak Muda Sangat, Macam Budak Sekolah" - Peminat Rindu Zaman Uqasha Bertudung

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-12-2018 09:32 AM
seriuslah ak x kenal.. maaf ye. aduh..

Lain-lain Komen

Quote allysumc 27-11-2018 12:51 PM
dah kawen dh nita hamzah ni..suami lbh muda usia dri dia
Quote damian_lee 27-11-2018 12:53 PM
Xsangka Nita .. she's very "urban" ... yach dulu

And selamba badak menyeksi kesana kemari

.....
Quote one_aiman 27-11-2018 12:58 PM
wow nita hamzah ke tu
Quote amiekz86 27-11-2018 12:59 PM
nita oiam...knai la
Quote K_Lily 27-11-2018 01:00 PM
cantik Nita pakai tudung ..
Quote Redvelvet3 27-11-2018 01:01 PM
Cantiknya bila bertudung...Alhamdulillah
Quote Redvelvet3 27-11-2018 01:02 PM
Alhamdulillah....cantiknya
Quote putribatrisya 27-11-2018 01:04 PM
cantik je bertudung dua2 pun
Quote ChelalDuman 27-11-2018 01:13 PM
Alhamdulillah. Cantikkk dua2
Quote jusperia 27-11-2018 01:15 PM

saya pun kenai nita je
Quote tobobon 27-11-2018 01:16 PM
gitulah kitaran retis malaysia

muda2 haruslah seksi supaya bila dah tua x menyesal kemudian hari..nanti jadi mcm nek joyah plak hari tu..dah tua2 pakai skirt seksi..nasib skrg mcm dah insaf
Quote selyusi 27-11-2018 01:18 PM
mak aih kening
Quote nonymous 27-11-2018 01:29 PM
tukarlah style dgn warna eyebrow tu, x sesuai sis
Quote sideqsegaraga 27-11-2018 01:29 PM
Tahniah pada Nita dan Tunku Hanis. Semoga istiqomah dengan perubahan yang sgt2 baik nih. ameen.
Quote bambimbom 27-11-2018 01:30 PM
ohh kerabat n9 rupenye  tunku hanis ni...
tinngi, cantik tp mungkin jodoh lmbt smpi kot..
Quote Sham143 27-11-2018 01:31 PM
Mata aku rabun ke apa ni..Nampak berubah tk kenal aku..Lebih cantik dan lebih angun..
Quote unguaurora 27-11-2018 01:34 PM
Nita ex zahid baharudin kah???
Quote ladyone 27-11-2018 01:35 PM
klo x tgk nama ig,mesti x ingat tu sapa..
Quote biozipstar 27-11-2018 01:35 PM
tunku hanis tu kan seksi jugak.. wah dah pakai tudung.. alhamdulillah...

Lihat semua komen(75)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052753s Gzip On
To Top