Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Wow! The Rock Kejutkan Ibu Dengan Hadiah Sebuah Rumah

3-1-2019 05:05 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 14

Kalau ada anugerah Anak Terbaik Tahun 2018, pelakon Dwayne 'The Rock' Johnson, 46, pasti antara calon akhirnya. Pelakon dan ahli gusti itu mengejutkan ibunya, Ata,  sekali lagi dengan hadiah sebuah rumah sempena sambutan Krismas tahun ini.



Kredit foto: Sky News



Momen kejutan yang mengharukan itu dimuatkan The Rock dalam Instagramnya Sabtu lalu dengan kapsyen 'Saya selalu tekankan, jika kamu punya ibu yang baik, pasti hidup kamu akan berjaya' katanya. 'Saya rasa sangat bertuah kerana dapat memberikan hadiah kejutan ini kepada ibu saya' tambahnya.



The Rock selalu menceritakan segala pengorbanan yang dilakukan ibunya untuk dia dan keluarga mereka. Semasa berumur 14 tahun, The Rock menyaksikan ibunya dihalau daripada rumah sewa mereka dan keretanya ditarik kerana gagal membayar hutang.



Kredit foto: wgntv.com



"Hati saya sangat sedih melihat ibu saya menangis dan berkata di mana lagi kita akan tinggal," katanya. Sejak itu The Rock bertekad dari kecil untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk ibunya.



Kredit foto: LaViv Sport



Ini bukanlah kali pertama The Rock mengejutkan ibunya. Sebelum ini beliau turut memberikan kejutan sebuah kereta untuk ibunya dan seorang sepupunya yang banyak membantu dalam kerjayanya.


Patutlah rezeki The Rock tak putus-putus, rupanya kerana beliau tak pernah lupakan jasa ibunya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Disebabkan Seekor Monyet, Chris Brown Bakal Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan

Next       : Katie Holmes, Jamie Foxx Bakal Kahwin Tahun 2019. Apa Agaknya Perasaan Tom Cruise?

Komen Terbaru

Quote mamaida28 1-3-2019 08:49 AM
lasagna replied at 27-2-2019 12:54 PM
yg official @ therock (sebelah tu ada verified tick) sbb yg IG fan2 dia buat trlalu byk, jgn kelir ...

tq adik...

Lain-lain Komen

Quote Spicymami 3-1-2019 05:32 PM
Bestnya dpt kete dpt umah.. Maknya pun still nmpk muda dan cantik.
Quote Artemesiaa 3-1-2019 05:58 PM
Syabas buat beliau
Quote umbut 3-1-2019 05:59 PM
The rock muka sentiasa senyum.. cam nak kiss kiss
Quote makbedah 3-1-2019 10:21 PM
I suka dia even dah tua pun I rasa dia handsome in his own way.
Quote gummiebear 3-1-2019 11:33 PM
Sweet nye heols
Quote dua_chzy 4-1-2019 02:34 AM
Dwayne ni memang pure gentleman.
Quote buragazz 4-1-2019 11:31 AM
Dalam youtube pun ada kluar most humble and down to earth Hollywood star dia tersenarai.. termasuk Chris Prat, dan beberapa lagi..
Quote unoryah 4-1-2019 04:43 PM
wow...

bertuahnya mama dia
Quote miu84 4-1-2019 11:40 PM
Muda nampak mama Rock.
Quote lasagna 9-1-2019 03:37 PM
bgus dia ni.. ada folo dia kat IG gak..
ramai org igt dia dr keturunan org2 kaya, tapi ada skali tu iols trbaca dia reply semula nitizen dia bg tau apa yg trjadi.. tak semua indah rupanya perjalanan hidup as The Rock. huhu..
Quote ninja boy 10-1-2019 09:22 PM
Wah wah     
Quote mamaida28 27-2-2019 12:49 PM
lasagna replied at 9-1-2019 03:37 PM
bgus dia ni.. ada folo dia kat IG gak..
ramai org igt dia dr keturunan org2 kaya, tapi ada skali tu ...

apa IG dia ye
Quote lasagna 27-2-2019 12:54 PM

yg official @ therock (sebelah tu ada verified tick) sbb yg IG fan2 dia buat trlalu byk, jgn keliru plak..
tp kalau nk baca kena back log lama2 post tu, sbb dia kalau ada masa jer dia akn reply komen fans.
Quote mamaida28 1-3-2019 08:49 AM
lasagna replied at 27-2-2019 12:54 PM
yg official @ therock (sebelah tu ada verified tick) sbb yg IG fan2 dia buat trlalu byk, jgn kelir ...

tq adik...

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102663s Gzip On
To Top