Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Rambut Afro Miss Congo Disambar Bunga Api Ketika Dinobatkan Ratu Afrika

3-1-2019 02:28 PM|Oleh: LilRose| Komen: 11

Setiap selebriti terutama penggiat seni hiburan, model, mahupun peserta ratu cantik yang memerlukan mereka membuat persembahan di hadapan khalayak perlu berdepan risiko luar jangka.

Ada kalanya, kita melihat sesetengah model tersandung ketika memperagakan busana, mahupun berlaku kemalangan kecil seperti pakaian dikenakan mereka rosak seperti terkoyak dan sebagainya.

Namun, apa yang berlaku kepada pemenang pertandingan ratu cantik ini sangat luar biasa!



Keterujaan ketika mendengar namanya diumumkan sebagai pemenang pertandingan Miss Afrika 2018 nyaris berakhir dengan kedukaan apabila rambutnya disambar percikan bunga api di atas pentas.

Lapor Indian Express, tular sebuah video di mana rambut Dorcas Kasinde terbakar sebaik bunga api dilancarkan bagi meraikan kemenangannya di pertandingan ratu cantik yang dilangsungkan di Cross River, Nigeria.

Ketika itu, Dorcas yang sedang teruja memeluk seorang lagi peserta tidak menyedari rambutnya terbakar.



Namun, Miss Congo terbabit bernasib baik apabila seorang lelaki menyedari situasi mencemaskan itu dan berlari mendapatkannya untuk membantu memadamkannya.

Ratu cantik itu kemudian memuat naik sebuah video di laman sosialnya bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan peminatnya selain memaklumkan dirinya baik-baik saja.

"Saya baik-baik saja. Rambut saya rosak, tetapi tidak mengapa. Terima kasih," katanya di Instagram. - CARI





Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Disebabkan Seekor Monyet, Chris Brown Bakal Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan

Next       : Belanja Gambar Bogel Untuk Publisiti, Lindsay Lohan Dikecam

Komen Terbaru

Quote jfq 3-1-2019 06:10 PM
Apa ke bodohnya stage design pasang bunga api atas kepala

Lain-lain Komen

Quote MisXoXo 3-1-2019 02:48 PM
awwwww.... sadis..ptt salon cecepat ambil dia utk rawat rambut rosak dia..mesti meletops salon tuh
Quote moonbug 3-1-2019 02:51 PM
Alaa kesiannya. Historical moment spoiled
Quote buapakperut 3-1-2019 02:57 PM
banyak sgt sembur spray tu. tu yang rambut jadi flammable gila
Quote Orgkgdukobesi 3-1-2019 02:57 PM
Too much hair spray kah???
Quote niena90 3-1-2019 03:25 PM
Dekat sgt bunga api tu, pentas pun cinonet je
Quote RatuDunia94 3-1-2019 03:51 PM
Cantik juga sheols.. dah pama x tgok miss2 africa exotic mcm sheols masuk Top 10 or Top 5!
Quote safieyah1984 3-1-2019 03:57 PM
negro ni mmg sume montot mantap2 ke?
Quote nazzse 3-1-2019 04:14 PM
Her body too die for especially bump tu..perfect sangat ok{:love
Quote sapeka 3-1-2019 04:28 PM
kelam jugak tiak sheols
Quote Artemesiaa 3-1-2019 05:56 PM
Scary tak pasal2 nak kena gi repair rambut
Quote jfq 3-1-2019 06:10 PM
Apa ke bodohnya stage design pasang bunga api atas kepala

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049093s Gzip On
To Top