Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Juita Milik Azar Azmi - Bakal Menggoncang Rumah Tangga Nur & Ustaz Adam?

7-1-2019 11:51 AM|Oleh Azza| Komen: 89



Drama bersiri yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2018, Nur kini kembali ke lokasi untuk musim kedua. Biarpun penamat drama ini menunjukkan Ustaz Adam dan Nur kembali bersama, namun bagi musim kedua, ia menjanjikan debaran yang lebih hebat dengan satu watak antagonis wanita dimunculkan. Namun, yang menjadi masalahnya, siapakah yang layak memegang watak jahat ini?

Menurut Pengarah Nur, Shahrulezad, watak Juita digambarkan sebagai 'daring' dan 'sociopath'. Setelah Nelydia menolak tawarannya serta Nabila Huda terlalu sibuk, maka pihak produksi membuat pencarian serta uji bakat. Seramai empat artis yang datang untuk 'audition' ini dan akhirnya Juita menjadi rezeki pelakon yang semakin menyinar, Azar Azmi.

Kredit foto:

Kredit foto: IG

Menurut Shahrulezad lagi, watak wanita perampas yang berselindung di sebalik kata-kata manis ini sememangnya ada di sekeliling kita. Bukan calang-calang pelakon yang boleh membawa watak ini sebab lakonannya berlapis-lapis dan mengelirukan.

"Abam tak terperanjat sebenarnya bila Nely sendiri terpaksa tarik diri selepas membaca beberapa episod Nur2 ni. Abam faham. So siapa siapa yang dapat menggalas watak ini itu adalah rezeki dia dan sememangnya dia kena berkerja keras untuk menvisualkan watak sehitam Juita. Abil is one of the best. Issuenya sekarag jadual dia tu lah. Bila last last minute macam ni abam tak nak harap apa apa pun."

Dengan pemilihan Azar, ramai netizen nampaknya bersetuju kerana Azar sendiri pernah memegang watak sebagai perempuan jahat dan lakonannya juga cukup terkesan di hati penonton.




Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Malahan netizen turut mengharapkan Juita dapat menaikkan nama Azar Azmi yang tidak begitu popular walaupun sebenarnya  sudah banyak drama yang dilakonkannya ditayangkan di kaca televisyen.


Kredit foto: IG

Dengan rating Nur yang tinggi ini, apakah kehadiran Juita akan memberi lebih impak kepada drama bersiri yang pernah membuatkan ramai penonton bergegas dari solat terawih semata-mata untuk mengetahui kesudahan drama ini? Sama-sama kita nantikan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 89
Komen

Previous : "Ada Orang Membawang Pasal Kita" - Siapa Dengki Sangat Dengan Jasmin Hamid Dan Anak?

Next       : "Hiba Rasa Hati Ini, Jangan Tegur Macam Tu Kalau Nampak Orang Tengah Makan" - Elizad

Komen Terbaru

Quote innocentsangat 14-1-2019 10:12 AM
whadda replied at 7-1-2019 01:09 PM
ok jugak amik azar ni.. takde la keras.. tertengok dia belakon jadi perampas dengan zara zya tu.. se ...

Bukan. Yg iklan susu tu model avon dulu.

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 7-1-2019 11:57 AM
@Cari-Azza more photos pls
Quote inspiro92 7-1-2019 12:05 PM
Yeay! Iolls puas dengan pemilihan azar azmi sbg juita walaupun iols x letak high expectation utk nur 2. Hope the sequel will not flop.asalkan watak2 penting yg lama mcm ustaz hamadi masih ada actually bazar is better than nelly.
Quote ninierusli 7-1-2019 12:13 PM
Setuju..suka tgk dia blakon since Red Velvet..its about time
Quote shania88 7-1-2019 12:17 PM
taaakkk saabbbarrrrrrrrrrrrr
Quote gummiebear 7-1-2019 12:17 PM
Iols suka Azar ni. Sempoi jah tengok sheols blakon. Harap2 orang makin acknowledge bakat sheols.
Quote budakmanentah 7-1-2019 12:21 PM
citer pujaan hati kanda pon ppuan ni kan? jadi fatimah. mak baby iqy. watak dia dh nk keluar tu
Quote mesmerize 7-1-2019 12:22 PM
oklah dia ni. kalau nely tu terlalu cantik untuk watak psycho jahat segala.
Quote AshkieLa 7-1-2019 12:27 PM
macam akan flop je ni..
lemas dengan cerita yg mesti ade watak asyik dok perlekeh pempuan yang tak reti bahasa, tak reti malu yg terkejar kejarkan laki orang. Kalau Nur 2 pun ikut rentak yg sama... huhuhuhu jelaaa...

takde konflik lain ke yg boleh di buat? asyik2 konflik rebut cinta manusia...
Quote imanda 7-1-2019 12:42 PM
abil?
boring laa, syukur bukan abil.
azar ok la tp hrp2 bestla nur2 ni smp last episod.
jgn mcm nur1 mula2 episod best tp ujung2 haus je.
Quote umbut 7-1-2019 12:46 PM
imanda replied at 7-1-2019 12:42 PM
abil?
boring laa, syukur bukan abil.
azar ok la tp hrp2 bestla nur2 ni smp last episod.

Abil memang best lakonan. Real gitu
Tapi kalau watak.abil caras laki amyra. Cam x kena. Amyra bertiang cantik lagi abil. Haha
Quote imanda 7-1-2019 12:54 PM
umbut replied at 7-1-2019 12:46 PM
Abil memang best lakonan. Real gitu
Tapi kalau watak.abil caras laki amyra. Cam x kena. Amyra ber ...

abil dah gemok dgn leher blapis expression muka jd jahat ok tp body out. nak goda2 harusla body solid apatah lagi nk challenge amyra yg sedia slim n cantik itu ekeke
Quote Leeanne88 7-1-2019 01:05 PM
Iols suka k dia ni berlakon. Best
Quote whadda 7-1-2019 01:09 PM
ok jugak amik azar ni.. takde la keras.. tertengok dia belakon jadi perampas dengan zara zya tu.. sesuai ngan muka dia.. menjadi watak jahatnye

off topic jap.. azar ni ke yg dalam iklan susu marygold yg terbaru ni.. macam muka dia.. kalau dia memang cantik bodynye
Quote jusperia 7-1-2019 01:15 PM
saya ada dengar radio nelly tolak tawan ni sebab family tak bagi pegang watak begini jd  ada  3 nama yang dicadangkan iaitu nad zainal, nabila dan azar.
Quote grouper 7-1-2019 01:17 PM
Geli plak ngan status budakijat tu..
Quote kembarsiti 7-1-2019 01:26 PM
imanda replied at 7-1-2019 12:42 PM
abil?
boring laa, syukur bukan abil.
azar ok la tp hrp2 bestla nur2 ni smp last episod.

Jgn abil... Die mcm kepam sgt skrg. Lakonan abil mmg best.... Tp bg la org lain yg bole bwk vibes yg lebih segar
Quote kembarsiti 7-1-2019 01:28 PM
whadda replied at 7-1-2019 01:09 PM
ok jugak amik azar ni.. takde la keras.. tertengok dia belakon jadi perampas dengan zara zya tu.. se ...

Bukan rasenya. Yg tu model yach....
Quote ItisDD 7-1-2019 01:34 PM
Sesuai rasanya si azar ni bwk watak antagonis tergedik2
Quote goss79 7-1-2019 01:35 PM
belum start lg iols dah mula pecah hati and jiwa nak nonton... takut geram sgt. x elok utk kesihatan ahhahaha

Lihat semua komen(89)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047715s Gzip On
To Top