Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bekas Pengurus Saman Mariah Carey Selalu Berbogel, Sebabkan Trauma

8-1-2019 10:37 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 21

Penyanyi Mariah Carey dan bekas pengurusnya, Stella Bulochnikov bersetuju untuk menyelesaikan masalah perundangan di antara mereka. 

Sebelumnya, penyanyi berusia 48 tahun itu disaman Stella kerana kerap berbogel dihadapannya yang dianggap satu gangguan seksual. Beliau juga menuntut ASD100 juta (RM411 juta) atas tugasnya sebagai pengurus.


Kredit foto: nme.com

Konflik antara Mariah dan Stella bermula pada November 2017 dan ketika itu, mereka mengeluarkan kenyataan berpisah secara aman kerana masih terikat dengan beberapa lagi urusan perniagaan. 

Bagaimanapun pada April 2018, Stella telah memfailkan saman ke atas Mariah, mendakwa penyanyi itu telah melanggar kontrak. Menurut sumber The Blast, Stella juga mendakwa Mariah sering berbogel di hadapannya dan menyebabkan dia trauma. 


Kredit foto: hollywoodstreetking.com

Stella mendakwa, dia ditamatkan perkhidmatan sebelum tempoh kontrak habis, jadi dia berhak mendapatkan bayaran sepenuhnya. Manakala, Mariah pula mendakwa penamatan Stella sebagai pengurusnya disebabkan tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan efektif. 

"Stella juga tidak pernah menandatangani kontrak secara rasmi," kata jurucakap Mariah.


Kredit foto: YouTube

Susulan penamatan kontraknya, jurucakap Mariah berkata, Stella telah menyebarkan banyak khabar angin dan cerita palsu kepada media. Stella yang sebelum ini merupakan penerbit eksekutif siri realiti T.I & Tiny dan Paris Hilton adalah orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan siri Mariah's World yang gagal mendapat sambutan.


Kredit foto: Carian Google

"Mariah sebenarnya tidak mahu siri realiti itu, tetapi Stella mendesaknya kerana Stella sendiri mahu muncul dalam rancangan berkenaan dan menjadi popular," tambahnya.

Nampaknya, buku bertemu ruas kerana Mariah Carey sendiri sering dilaporkan berlagak diva. Apa pula kata peminat Mariah? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 21
Komen

Previous : Wah! Bintang-Bintang Korea Yang Bakal Tamat Khidmat Tentera Tahun Ini

Next       : Dokumentari Surviving R.Kelly Cetus Persoalan Lama, Adakah Mendiang Aaliyah Mangsa Rogol?

Komen Terbaru

Quote watachiwa 11-1-2019 09:51 PM
aku tgk muke MC ni kadang2 mcm iras bekas bini Nash tu arwah Sosila

Lain-lain Komen

Quote Mina2215 8-1-2019 10:40 AM
Kalau aku pun trauma jgk tengok benda melayut selamba jer depan mata.
Quote Sang_Pencinta 8-1-2019 10:47 AM
Nasib ex Manager dia perempuan, kalau lelaki untung kena belanja hari2
Quote manehnya 8-1-2019 10:55 AM
nikmati je lah... heheh

Quote chauky314 8-1-2019 11:11 AM
tak lalu kut tgk melayut je.............
Quote myakayina 8-1-2019 11:13 AM
saiko gak acik mariah ni..suka berbogel..
Quote nisako 8-1-2019 11:24 AM
wow byk betul dia minta……..
Quote saviour_09 8-1-2019 11:29 AM
tengok vogel ke trauma ke?
oh ye la sama pompuan
kalo laki mau dia vogel sekali ye dak
Quote ainie_1008 8-1-2019 12:09 PM
saviour_09 replied at 8-1-2019 11:29 AM
tengok vogel ke trauma ke?
oh ye la sama pompuan
kalo laki mau dia vogel sekali ye dak

kalau laki tak de makna nak trauma.
lagi suka adalah.

Quote hanie_z 8-1-2019 12:52 PM
Kalo photoshoot ke concert ke tgok la mcm mane mariah ni pakai. Bogel ape tah lg. Xpelik pun..
Tp sian plak smpai trauma
Quote Sang_Pencinta 8-1-2019 01:08 PM
Quote buapakperut 8-1-2019 01:22 PM
trauma ke, tengok sepesen je body theyols.
Quote AbukRokok 8-1-2019 01:37 PM
Mina2215 replied at 8-1-2019 10:40 AM
Kalau aku pun trauma jgk tengok benda melayut selamba jer depan mata.

melayut cantik xpe...jgn melayut buruk
Quote sheqim 8-1-2019 01:47 PM
Kalu manager laki xde trauma asenyaaa hahahaha adoi kelakarlahh
Quote acikbajuhijau 8-1-2019 02:52 PM
ahahahaha. kesian pengurus dia. i cant brain this. kalau acik pun acik terkejut juga kalau dah nengok setiap hari.
Quote alesandra 8-1-2019 04:48 PM
kakyah neh pompuan  takde class.birah semacam je
Quote Orix 8-1-2019 06:05 PM
ex dia yg dancer ke hapa tu yg herlokkk putih2 nama mcm asian tu dah clash ker???
Quote Sang_Pencinta 8-1-2019 07:45 PM
Orix replied at 8-1-2019 06:05 PM
ex dia yg dancer ke hapa tu yg herlokkk putih2 nama mcm asian tu dah clash ker???

Dengan Bryan Tanaka tu ke? masih lagi dgn Mariah

Tp Bryan tu macam opportunist sahaja  
Quote Orix 8-1-2019 07:56 PM
Sang_Pencinta replied at 8-1-2019 07:45 PM
Dengan Bryan Tanaka tu ke? masih lagi dgn Mariah

Tp Bryan tu macam opportunist sahaja

Oh yesss bryan tanaka. Oh masih ya. Igt dh jd ex. Herlok sgat bryan tu cuma ad nmpk gayah sikit. Tp sbb ensem iols ok jah hahaha
Quote onexox97 11-1-2019 05:42 PM
Napa Stella je xjadi artis

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041991s Gzip On
To Top