Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Dokumentari Surviving R.Kelly Cetus Persoalan Lama, Adakah Mendiang Aaliyah Mangsa Rogol?

9-1-2019 11:53 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 30

Tindak-tanduk penyanyi R&B, R.Kelly, 52, kembali menjadi persoalan hangat dengan penayangan siri dokumentari 5 episod ‘Surviving R.Kelly’ di rangkaian Lifetime minggu ini yang menampilkan temubual dengan beberapa orang bekas rakan, teman wanita, isteri dan  mangsa-mangsa seksnya.


Kredit foto: Capital XTRA
Antara isu yang dibincangkan dalam filem itu adalah hubungan dan perkahwinan tidak sahnya dengan mendiang penyanyi Aaliyah, yang kemudiannya mati dalam sebuah tragedi kapal terhempas pada tahun 2011. 

Dalam episod pertama siri itu, bekas penyanyi latar Jovante Cunningham mendakwa dia pernah ternampak R.Kelly mengadakan hubungan seks dengan Aaliyah yang masih kanak-kanak pada ketika itu.


Kredit foto: complex
Sambil menangis, Cunningham berkata kejadian berlaku dalam katil tour bus yang hanya dipisahkan langsir. ‘Kami sedang berbual dan bergurau kemudian langsir salah satu katil terselak dan nampak R.Kelly sedang menindih Aaliyah,’ katanya.


Kredit foto: YouTube
Anehnya, ibu Aaliyah, Diane Haughton, menafikan perkara itu dan mengatakan dia ada di mana sahaja Aaliyah mengadakan persembahan kerana penyanyi itu masih di bawah umur. 

‘Saya tidak kenal Jovante Cunningham, dan saya tidak pernah nampak beliau dalam tour bus.’ katanya lagi.


Kredit foto: The Source
Aaliyah mula berguru dengan R.Kelly pada tahun 1992 ketika berumur 12 tahun apabila diperkenalkan oleh bapa saudaranya Barry Hankerson, yang juga pengurus R.Kelly pada masa itu. Mereka kemudiannya bekerja bersama untuk album pertama Aaliyah pada tahun 1994 menampilkan lagu kontroversi Age Ain't Nothing But A Number.

Walaupun sering berduaan sehingga ditegur oleh pengurusan Jive Records kerana perbezaan umur 15 dan 27, Aaliyah dan R.Kelly menafikan mereka berdua adalah pasangan kekasih. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka diberitakan berkahwin pada 31 Ogos 1994 di sebuah hotel di Illinois. Sijil perkahwinan yang didakwa palsu merekodkan umur Aaliyah 18 tahun.


Kredit foto: Carian Google
Pengurus tour R.Kelly ketika itu Demetrius Smith mengakui membantu R.Kelly memalsukan dokumen. ‘Aaliyah kelihatan takut semasa upacara perkahwinan, semuanya serba ringkas tanpa pakaian pengantin hanya seorang Father,’ kata Smith. ‘Saya rasa sangat bersalah tetapi R.Kelly mengatakan mungkin Aaliyah mengandung jadi upacara mesti diteruskan,’ kata Smith lagi.



Kredit foto: E!News
Peguam R.Kelly telah menfailkan saman kepada saluran TV, Lifetime untuk menarik balik penayangannya tetapi mereka tetap meneruskan. Ramai selebriti seperti John Legend tampil menyokong Lifetime.


Semoga R.Kelly dibawa ke muka pengadilan dan kerjaya nyanyiannya ditamatkan dalam era #meetoo. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 30
Komen

Previous : Disebabkan Seekor Monyet, Chris Brown Bakal Berdepan Hukuman Penjara 6 Bulan

Next       : Mengidam Tahap Melampau, Keluarga Risau Berat Jessica Simpson Naik Mendadak

Komen Terbaru

Quote talia 19-1-2019 03:02 PM
Aaliyah berganda talented & cantik dari yonce

Lain-lain Komen

Quote meiya_loya 9-1-2019 12:29 PM
Xsangka betul R.kelly ni pedo gak.
Quote mieymiey 9-1-2019 12:32 PM
Cantik Aaliyah ni.
Quote HujanBatuTiga 9-1-2019 12:36 PM
Kesiannya Aaliyah... {:cryrun
Quote Sang_Pencinta 9-1-2019 12:37 PM
Dah banyak kes bakat baru dia kurung jadi hamba seks kan?

Bila dia nak masuk jail??
Quote epis 9-1-2019 01:27 PM
Aaliyah ni penyanyi rupanya? Saya kenal sebab berlakon dgn jet li dulu.. ke salah orang?
Quote Sang_Pencinta 9-1-2019 01:34 PM
epis replied at 9-1-2019 01:27 PM
Aaliyah ni penyanyi rupanya? Saya kenal sebab berlakon dgn jet li dulu.. ke salah orang?

Ya dialah tu, memang penyanyi

Tapi ada berlakon sekali dgn Jet Li
Quote chicozinn 9-1-2019 01:45 PM
epis replied at 9-1-2019 01:27 PM
Aaliyah ni penyanyi rupanya? Saya kenal sebab berlakon dgn jet li dulu.. ke salah orang?

haah, citer romeo must die kalu xsilap
Quote epis 9-1-2019 01:51 PM
chicozinn replied at 9-1-2019 01:45 PM
haah, citer romeo must die kalu xsilap

Yaa romeo must die... cantik betul aaliyah dlm movie tu...
Quote epis 9-1-2019 01:51 PM
Sang_Pencinta replied at 9-1-2019 01:34 PM
Ya dialah tu, memang penyanyi

Tapi ada berlakon sekali dgn Jet Li

Baru tau die penyanyi hehe..
Quote kucingitam 9-1-2019 04:46 PM
terkejut masa dpt berita Aaliyah mati dlm kapal terbang terhempas tu..sebab hari2 dgr lagu dia, 'Are you That Somebody'  masa kat u..
Quote EvieWanKenobi 9-1-2019 04:50 PM
tak sangkanya..
Quote mas79 9-1-2019 06:40 PM
Pernah tengok Aaliyah berlakon cerita vampire tp tak ingat cerita apa
Quote liyamariska 9-1-2019 08:10 PM
mas79 replied at 9-1-2019 06:40 PM
Pernah tengok Aaliyah berlakon cerita vampire tp tak ingat cerita apa

tajuk citer tu ialah Queen Of The Damned...

bab cite perkahwinan Aaliyah dgn R.Kelly ni yg wat ai terpikir nape laa Aaliyah boleh kawen dgn R.Kelly semata karier atau sbb lain... ai ada terbaca rumor yg perkahwinan depa ni tak sah...

sayang Aaliyah meninggal dlm trajedi nahas kapal terbang...
Quote mas79 9-1-2019 08:25 PM
liyamariska replied at 9-1-2019 08:10 PM
tajuk citer tu ialah Queen Of The Damned...

bab cite perkahwinan Aaliyah dgn R.Kelly ni yg wat  ...

Yes...queen of the damned.
Mmg tak sah kan, sebab bwh umur
Quote r_innalif 9-1-2019 08:37 PM
Diorg tpaksa sbb turutkan nk jd pnyanyi. Producer mentor salu amik ksemparan. Sama mcm kes Russell Simmons skrg. Ex kimora tu. Pun pedo... dh tue ni br la brani mgsa mgsa buka cter. Aaliyah ni mmg lawa..
Quote danieladam 9-1-2019 09:52 PM
Dalam artikel kata aaliyah mati tahun 2011. Kenapa iols mcm ingat2 masa aaliyah mati tu,iols mcm kecik lg? Ada sesapa bole huraikan kematian aaliyah and masa tu aaliyah ni umo berapa?
Quote Sang_Pencinta 9-1-2019 10:28 PM
danieladam replied at 9-1-2019 09:52 PM
Dalam artikel kata aaliyah mati tahun 2011. Kenapa iols mcm ingat2 masa aaliyah mati tu,iols mcm kec ...

Typo tu, plane crash tu 2001 bukan 2011
Quote dani-rox 10-1-2019 04:17 AM
R Kelly pegang rahsia powerful ppl dlm hollywood dan police dept. sbb tu dia aman2 adja memedo.

acik2 bwg US kata kalau Aaliyah panjang umur, Beyonce takda can nak jd superstar

anyhoo my fave song


RIP Aaliyah Haughton. She'd be 40y/o this month.
Quote azwanaliori 10-1-2019 09:36 AM
Klu aaliyah ni idup lg mesti Beyonce takleh cari makan

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047606s Gzip On
To Top