Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

5 Series Marvel Yang Bakal Ditayangkan Menjelang 2019

22-1-2019 12:14 PM|Oleh: imranpower| Komen: 18

Siapa kat sini peminat filem-filem superhero dari Marvel? Mesti korang semua tak sabar nak tunggu filem Captain Marvel dan Avengers: Endgame, kan? Tapi tunggu kejap, korang tahu tak Marvel sebenarnya ada projek besar yang lain, selain daripada bikin filem blokbuster? Dengan kerjasama Disney dalam streaming channel mereka sendiri iaitu Disney+, produser dan presiden kepada Marvel Studios iaitu Kevin Feige memaklumkan yang mereka mempunyai projek untuk melaksanakan cerita bersiri bagi beberapa superhero mereka. 


Apa yang bakal ditayangkan di Disney+ ialah superhero yang kita sudah sedia maklum akan kewujudannya, cuma kali ini kita akan disajikan dengan cerita spin-off daripada mereka, yang tidak terlalu berteraskan apa yang kita lihat di pawagam sebelum ini. Kevin Feige turut mengesahkan bahawa siri-siri baru ini akan membawa impak besar kepada perjalanan Marvel Cinematic Universe (MCU). Antara cerita bersiri yang bakal kita saksikan termasuklah..


1. Loki


Kredit Foto: Europosters.com

Jika korang belum jelas tentang siapa Loki, dia merupakan adik kepada salah satu superhero utama Marvel iaitu Thor Odinson. Dikenali sebagai God of Mischief, Loki sebelum ini lebih dikenali sebagai penjahat berbanding hero memandangkan dia merupakan antagonis utama bagi filem Thor dan The Avengers. Namun selepas kejadian dalam filem ketiga Thor iaitu Ragnarok, Loki lebih cenderung kepada seorang hero dan berjuang bersama-sama abangnya. CEO kepada Disney iaitu Bob Iger mengesahkan bahawa siri spin-off bagi watak Loki, dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Tom Hiddleston kini dalam perusahaan mereka.

 

2. Winter Soldier and Falcon


Kredit foto: Engadgetment.com


Kedua-dua rakan karib kepada superhero terkemuka iaitu Captain Amerika ini bakal dipasangkan dalam satu siri pendek. Kita jarang sekali melihat kombinasi kedua-dua hero ini kecuali ketika mereka menentang Spiderman dalam filem Captain America: Civil War. Setakat ini, dikhabarkan bahawa siri ini akan ditulis oleh Malcolm Spellman dan dibintangi oleh pelakon yang sama iaitu Anthony Mackie sebagai Falcon dan Sebastian Stan sebagai Winter Soldier. Siri ini bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.

 

3. The Vision and Scarlet Witch


Kredit foto: Screenrant.com


Chemistry antara kedua-dua watak ini tidak dapat kita nafikan lagi, seperti yang kita dapat lihat melalui filem Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War. The Vision (lakonan Paul Bethany) dan Scarlet Witch (lakonan Elizabeth Olsen) merupakan antara pasangan superhero yang terkenal dalam dunia komik Marvel, selain Reed Richards dan Sue Storm dalam Fantastic Four. Menurut sumber The Hollywood Reporter, Disney telah melantik Jac Schaeffer sebagai produser eksekutif bagi siri ini. Jac Schaeffer juga sama-sama terlibat dalam menulis filem Captain Marvel yang bakal ditayangkan di pawagam pada Mac ini.

 

4. Rocket and Groot


Kredit foto: revengeofthefans.com


Peminat tegar MCU pastinya mengenali duo dari filem Guardians of The Galaxy ini. Melalui siri ini, kita mungkin dapat tahu dengan lebih jelas di mana sebenarnya duo ini boleh bertemu antara satu sama lain dan bagaimana persahabatan mereka bermula sebelum mereka bertemu ahli Guardians yang lain. Menurut sumber The Hashtag Show, siri ini sedang dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak Marvel dan Disney dan menjadi antara pilihan utama presiden kepada MCU, Kevin Peige untuk dilaksanakan.

 

5. Lady Sif


Kredit foto: spotern.com


Sif merupakan seorang handal pahlawan dari Asgard, juga merupakan sahabat karib bagi superhero Thor. Melalui filem Thor dan Thor: The Dark World, kita dapat lihat jelas tentang kekuatan Sif ketika berperang namun Sif tidak dapat dikesan sepanjang filem ketiga Thor, iaitu Ragnarok. Menurut sumber Discussing Film, Marvel sedang mengusahakan siri pendek Lady Sif yang akan dilakonkan oleh Jamie Alexander, namun tidak ada khabar angin yang mengatakan bahawa garis masa kepada siri itu berlaku sebelum atau selepas Ragnarok, iaitu kehancuran tanah Asgard.

 

Jadi antara kelima-lima cerita siri ni, mana satu yang paling korang semua nantikan? Sama-sama kita tunggu pengumuman seterusnya daripada Marvel dan Disney, orait? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Aduh! Jason Momoa Dedah Kostum Aquaman Sebabkan Kesakitan Di Bahagian Sensitif

Next       : Comel Sungguh Bayi Dalam Drama Pujaan Hati Kanda! Anak Selebriti Ke?

Komen Terbaru

Quote SweetShera 23-1-2019 12:07 PM
Loki ???maigaddddd

Lain-lain Komen

Quote emptybotol 22-1-2019 01:30 PM
Tak sabarnyeeeee {:hooray{:hooray
Quote MadameOnion 22-1-2019 03:24 PM
adakah avengers juga akan kena reboot macam xmen? tak patut..tak patut..
Quote LavaUollss 22-1-2019 07:03 PM
meols suka siri gifted. spin off dari cerita x men. sekarang dah masuk musim ke2
Quote hajimex 22-1-2019 07:08 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 03:24 PM
adakah avengers juga akan kena reboot macam xmen? tak patut..tak patut..

diorang kate takkan reboot... diorang kate la... buat masa ni... n btw... xmen tak reboot kan?
Quote MadameOnion 22-1-2019 07:12 PM
hajimex replied at 22-1-2019 07:08 PM
diorang kate takkan reboot... diorang kate la... buat masa ni... n btw... xmen tak reboot kan?

Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu
Quote MadameOnion 22-1-2019 07:12 PM
hajimex replied at 22-1-2019 07:08 PM
diorang kate takkan reboot... diorang kate la... buat masa ni... n btw... xmen tak reboot kan?

Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu
Quote hajimex 22-1-2019 07:16 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 07:12 PM
Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu

x-men bukan reboot... tu mmg stroyline dia... dia still guna karakter yg sama... biasenye reboot2 ni... dia akan tunjuk balik dr awal dpt power camane... pastu biasanya pelakon lain... tp ade yg guna pelakon lain tp bukan reboot... continuous... cam hulk...

macam fantastic four... reboot... aku respect x-men ni pasal tu la... main sebat je sambung... takde pikir2 nak reboot2 ni... siap deadpool menganjing deadpool x-men...
Quote kroit92 22-1-2019 08:01 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 03:24 PM
adakah avengers juga akan kena reboot macam xmen? tak patut..tak patut..

oh, nak bagitau, takut spoiler..

jawapannya tak. tidak reboot. jangan risau, timeline marvel superheroes ni panjang, kita ni baru prologue sebenarnya. percayalah baru start, perkenalan dengan asal-usul. lepas ni lagi melarat-larat superheroes, superpowers, drama dengan tragedy.
lepas ni, senior-senior veteran dah tak larat atau mati, so diorang bersama SHIELD, akan train apprentices.

Young Avengers! tadaa~
watak Spiderman penting, lama lagi dia kena pegang watak tu.

nak spill the tea lagi ke ?
nanti tak syiok
Quote kroit92 22-1-2019 08:07 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 07:12 PM
Xmen dah reboot pun masa Days Of Future Past tu

macam Hajimex dah cakap, itu memang timeline X-men. bukan reboot
X-men yang kita tengok, kita kenal ni, macam flashback sebenarnya
timeline berbeza

hakikatnya, takdir X-men, memang akan kalah, terpisah, berpecah
buat la macam manapun, patah balik masa ke, tukar masa lampau ke, kuat macam manapun,
ending dia, memang X-men akan kalah.

dekat channel Fox HD, ASTRO ada cerita The Gifted. dari dunia X-men jugak, timeline berbeza, lepas X-men bubar

Quote MadameOnion 22-1-2019 08:15 PM
hajimex replied at 22-1-2019 07:16 PM
x-men bukan reboot... tu mmg stroyline dia... dia still guna karakter yg sama... biasenye reboot2  ...

Ooo tak reboot ye..ingatkan reboot..tapi honestly saya prefer xmen after days of future past tu..director execute lagi kemas story dia
Quote MadameOnion 22-1-2019 08:16 PM
kroit92 replied at 22-1-2019 08:01 PM
oh, nak bagitau, takut spoiler..

jawapannya tak. tidak reboot. jangan risau, timeline marvel su ...

Tapi mcu tak ambik story bulat2 from komik kan? Mcm ambik sikit2 je..boleh speku tapi lain yg jadik dlm movie
Quote kroit92 22-1-2019 08:27 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:15 PM
Ooo tak reboot ye..ingatkan reboot..tapi honestly saya prefer xmen after days of future past tu..d ...

agreed. setuju, movie X-men yang baru ni kemas sikit.
kalau nak dibandingkan dengan xmen movie 1,2,3 punye, teknologi makin mantap kan. penulisan skrip pun berubah seiring dengan zaman.
plot thickens, instead of nak sumbat penonton dengan superpowers.
Quote kroit92 22-1-2019 08:33 PM
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:16 PM
Tapi mcu tak ambik story bulat2 from komik kan? Mcm ambik sikit2 je..boleh speku tapi lain yg jadi ...

a'ah, diorang tweak, ubah sikit-sikit je. supaya sesuai dengan plot, untuk scene, CGI lagi. future movies lagitapi tu la, lepas kematian Stan Lee ni, tak tau la diorang ubah ke tahap mana. so far masih kekalkan originality, tapi tak tau la lepas ni macam mana
Quote MadameOnion 22-1-2019 08:40 PM
kroit92 replied at 22-1-2019 08:33 PM
a'ah, diorang tweak, ubah sikit-sikit je. supaya sesuai dengan plot, untuk scene, CGI lagi. future ...

Tu lah kalau baca komik infinity gaunlet tu mcm similar to infinity war juga tapi mcm tak puas hati la sapa yg undo thanos punya snap..walaupun tau thanos ni mmg asal gotg punya villain..
Quote hajimex 23-1-2019 10:16 AM
MadameOnion replied at 22-1-2019 08:15 PM
Ooo tak reboot ye..ingatkan reboot..tapi honestly saya prefer xmen after days of future past tu..d ...

benar... yg dia start amik storyline x-men 1st class kalau tak silap... akan datang dark pheonix... dalam tv series ade 'legion'... tu anak prof x... kalau dlm komik... dia patah balik masa nak kill magneto... tp terkill bapak sendiri... then magneto jadik baik... tp aku tak tgk tv series tu...
Quote hajimex 23-1-2019 10:17 AM
kroit92 replied at 22-1-2019 08:01 PM
oh, nak bagitau, takut spoiler..

jawapannya tak. tidak reboot. jangan risau, timeline marvel su ...

selambe tuang satu baldi teh... lol

btw... aku lagi prefer terms dia avengers initiative... young avengers rasenye semua anak2 diorang... just rumors anak scott lang je yg jadik giant woman ke nama dia aku lupa...
Quote MadameOnion 23-1-2019 10:23 AM
hajimex replied at 23-1-2019 10:17 AM
selambe tuang satu baldi teh... lol

btw... aku lagi prefer terms dia avengers initiative... you ...

ada jugak baca komik antman cassie lang pun jadi antwoman ke apa ntah sbb nak selamatkan scott lang yg tersangkut kat dalam time vortex..tapi masa tu cassie dah besar..tapi antman dgn black panther ni tak baca sgt komik dia..
Quote SweetShera 23-1-2019 12:07 PM
Loki ???maigaddddd

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045363s Gzip On
To Top