Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

David Beckham Dikecam Kerana Selimut Anjing Bernilai RM26 Ribu. Tak Membazir Ke?

25-1-2019 12:34 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 33

Ramai peminat Victoria Beckham yang terpesona apabila selebriti itu memuat naik sekeping gambar suaminya, bekas pemanin bola terkenal, David Beckham sedang memeluk anjing kesayangan mereka bernama Olive di atas sofa.

Kredit foto: Mirror
Bagaimanapun, ramai juga pengikut Beckham mengecam pasangan itu kerana berbelanja keterlaluan apabila mengetahui selimut merah berjenama Louis Vuitton yang menyelimuti Olive rupanya berharga 4,600 pounds sterlings (RM26 ribu)!


Kredit foto: Mirror
'Harga selimut itu setara dengan deposit sebuah rumah' kata seorang netizen. Seorang lagi berkata beliau juga suka memanjakan binatang kesayangannya tetapi selimut LV adalah melampau untuk seekor anjing. 'Anjing itu hidup lebih kaya daripada 99% manusia' kata seorang lagi.

.
Perbincangan menjadi hangat apabile beberapa orang pengikut Victoria berpendapat anjing mereka pastinya akan membazirkan selimut semahal itu. 'Anjing pasti akan mengoyakkan selimut itu, walau berapa pun nilainya,' kata mereka.


Kredit foto: The Sun
Kisah kemewahan hidup Olive memang tidak rahsia lagi. Anjing itu mempunyai akaun Instagramnya sendiri dengan 70,000 pengikut. Malahan anjing mereka juga mempunyai jurulatih khas yang dibayar mahal. 

Profil Olive dimulakan sekitar tahun 2015 dengan hanya 6 gambar termasuk sekeping gambar dengan anak David, Brooklyn. Beberapa keping gambar lagi menunjukkan Olive bermain bola dan berlari lari di padang. 


Kredit foto: Instagram
Sebenarnya tidak kisah pun kerana ini adalah duit mereka tapi rasanya kemewahan berlebihan untuk seekor anjing peliharaan adalah melampau. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 33
Komen

Previous : Bakal Perang Besar, Lady Gaga Mahu Caras Watak Cleopatra Daripada Angelina Jolie

Next       : Mengaku Peminat 'Milf', Liam Payne Cuba Goda Noami Campbell Pula

Komen Terbaru

Quote paz 29-1-2019 03:23 PM
biarlah dia mampu. Anjing pun dia hargai.

Lain-lain Komen

Quote moonbug 25-1-2019 12:35 PM
Dia mampu, biarlah
Quote noraidil_06 25-1-2019 12:45 PM
Pprt n acik bawang di mana jua berada.
Quote prettyuglybabe 25-1-2019 12:53 PM
bestnya dapat bela anjing..
Quote opie5662 25-1-2019 12:54 PM
Hek elleh...26k je kot. Skrg ni bkn byk mane pon 26k tu. Tu pon celah gigi die je. Sibuk sgt netizen ni
Quote weezerfan 25-1-2019 12:55 PM
Ramai dh contoh retis yg berbelanja mewah alih bila dh x popular jatuh bengkrap. Contoh paling mudah arwah micheal ler. Masa nk mati tu pon byk masalah keewangan yg buat dia terpaksa kekonon buat konsert demi nk bayar segala hutang hasil gaya hidup lavish dia.
Quote sinalegna 25-1-2019 01:07 PM
Untong jadik anjing
Quote mzzenma 25-1-2019 01:30 PM
johnny depp pun dah bangkrap..padan muka beliau

anyways the beckhams ni sah2 mampu so wht bother..
Quote namieamuro 25-1-2019 01:54 PM
die lebeh dr mampu kot..lantak die la
Quote namieamuro 25-1-2019 01:55 PM
mzzenma replied at 25-1-2019 01:30 PM
johnny depp pun dah bangkrap..padan muka beliau

anyways the beckhams ni sah2 mampu so wht bother. ...

i ingatkn bang johny kayer rayer yg amat..
Quote namieamuro 25-1-2019 01:55 PM
mzzenma replied at 25-1-2019 01:30 PM
johnny depp pun dah bangkrap..padan muka beliau

anyways the beckhams ni sah2 mampu so wht bother. ...

i ingatkn bang johny kayer rayer yg amat..
Quote nisako 25-1-2019 02:08 PM
la dah duit dia ikut suka la dia anak beli ape utk anjing dia
Quote samasam90 25-1-2019 02:43 PM
eh helo 26k tu mcm 26 ringgut je bagi dia.. over nau2 mcm dia pakai duit rakyat
Quote buapakperut 25-1-2019 02:57 PM
anjing tu dah macam family dorang, biaq la dia mampu. duit dia jugak
Quote fizamn 25-1-2019 03:01 PM
jgn compare la pendapatan RM10k dengan juta juta.. kalo yg juta juta tue rm26k tu mcm rm 26 ajeee..
Quote esteryen 25-1-2019 03:17 PM
ntah2 tu gifts from LV
.
my fren yg instafamous je pun dpt gifts, bag from latest collection from coach, siap dpt free travel all inclusive from airasia gi goldcoast and miami.
.
ni pula beckhammmm..david n victoria youuu!!
.
Quote giyomi 25-1-2019 03:26 PM
lor nak kecam napa lak, dah duit dia, yg mengecam tu sibuk apa hal, bukan dia pakai duit diaorg pon...rubbish tul story2 camne
Quote ais_kosong 25-1-2019 03:38 PM
untung anjing tu
Quote Artemesiaa 25-1-2019 03:41 PM
Suka hati dialah duit dia bukan mintak orang lain tolong bayarkan pun
Quote JDT 25-1-2019 03:52 PM
Biarkan je la...dah dia anggap sebahagian dari keluarga dia dan terlebih mampu..

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049531s Gzip On
To Top