Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kontroversi Diet Keto, Perang Tercetus Antara Selebriti Hollywood

31-1-2019 03:01 PM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 4

Diet kontroversi Keto adalah pilihan utama ramai selebriti Hollywood. Bagaimanapun, diet rendah karbohidrat ini ditentang oleh pengamal kesihatan dan jurulatih kecergasan seperti Jillian Michaels.


Kredit foto: US Weekly


Debat antara kedua pihak memanas lagi minggu ini apabila Jillian Michaels, jutulatih kecergasan dalam siri The Biggest Loser membuat kenyataan dalam majalah Women's Health bahawa Diet Keto adalah diet yang buruk dan bakal mendatangkan beribu masalah. 


Kredit foto: Twitter


‘Saya tidak faham, kenapa ramai yang fikir diet jenis inis sesuatu yang baik?’ katanya. ‘Lebih baik kembali ke diet seimbang daripada diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dan berlapar’ tambahnya sambil menyeru pembaca supaya menggunakan akal.


Kredit foto: Twitter


Kritikan pedas Jillian Michaels itu mengundang serangan balas daripada pengamal diet ini termasuk personaliti TV, Al Roker dan Andy Cohen.


Kredit foto:  Carian Google


Al Roker yang berjaya menurunkan berat badannya dengan diet keto berkata dalam Today Show bahawa pengamal berhak mengikuti apa-apa sahaja diet yang berkesan buat mereka, ada ahli sains yang berkata ya dan tidak untuk diet keto, tambahnya.

Hos TV, Andy Cohen pula menamakan Jillian Michael dengan gelaran ‘Jackhole of the Day’ dan memberitahu pengamal diet keto ‘jangan rasa kecil hati dengan Jillian, dia tidak layak beri nasihat’.


Kredit foto: Jenna Jameson


Membalas tohmahan kedua-dua hos TV ini, Jillian mengajak mereka untuk berbincang sains diet keto secara waras. ‘Saya mendapat banyak kritikan daripada selebriti pengamal diet keto, mari kita kupas sains di sebalik diet ini’ kata Jillian.”Diet keto mengakibatkan badan dalam keadaan ketosis dan membakar lemak untuk tenaga bukan karbohidrat, nampak pilihan bijak tetapi tahukah anda kesan jangka panjangnya?’ tambah Jillian lagi.


Kredit foto: Carian Google


Kebanyakan kajian sains seperti American College of Cardiology tidak menggalakkan diet keto kerana mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan jangka panjang. Bagaimanapun kajian Boston Children Hospital mendapati ianya berkesan dalam mengawal kadar gula pesakit kencing manis yang mengalami obesiti.


Kredit foto: People


Nampaknya Jillian bakal berperang besar dengan pengamal tegar diet keto di Hollywood seperti Kim Kardashian, Halle Berry, Gyweneth Paltrow, Adriana Lima dan ramai lagi. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 4
Komen

Previous : Bakal Perang Besar, Lady Gaga Mahu Caras Watak Cleopatra Daripada Angelina Jolie

Next       : Sebar Kebencian Di Twitter, Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan

Komen Terbaru

Quote 234126 1-2-2019 07:21 AM
iol dah lama nak kecikkan punggung,memang since kecik besar. Diet mcm2 exercise mcm2 ujung2 keto dgn IF jugak yang menjadi bila dah tua ni. Haha tak exercise langsung. Tp mmg kena pilih makanan betul2 bukan main sumbat je any kind of fats. Fast food memang kena elak. Carbs pun mkn from sayur- kena ada juga sikit bukan carbless terus. Mau gugur rambut takda cukup glucose utk thyroid.

Lain-lain Komen

Quote Sang_Pencinta 31-1-2019 05:43 PM
Jillian ni selalu perasan macam bagus
Quote AyaqMeloSuam 31-1-2019 10:33 PM
Bru nk try ber#keto ngn #IF... {:cryrun
Quote sehirkedi 1-2-2019 01:22 AM
Baru tau agak bahaya juga keto diet ni.. Boleh sebabkan pengumpulan lemak di hati. Petikan dari sebuah artikel:
' Dr.  Berg talks about a ketogenic diet and it causing a fatty liver. Dr. Berg does not to do the ketogenic diet without lots of vegetables. You need 7-10 cups of vegetables per day. The ketogenic diet can cause a massive amount of fat being released through the body and through the liver.'
- Aug 5, 2017

Ape pun yang tembun bila dah slim.. Sangatla 'hot'. Tengok gambar 'Jenna Jameson'. Fuh.. Cun melecun!
Quote 234126 1-2-2019 07:21 AM
iol dah lama nak kecikkan punggung,memang since kecik besar. Diet mcm2 exercise mcm2 ujung2 keto dgn IF jugak yang menjadi bila dah tua ni. Haha tak exercise langsung. Tp mmg kena pilih makanan betul2 bukan main sumbat je any kind of fats. Fast food memang kena elak. Carbs pun mkn from sayur- kena ada juga sikit bukan carbless terus. Mau gugur rambut takda cukup glucose utk thyroid.

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042379s Gzip On
To Top