Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kes Cerai Channing Tatum, Jenna Dewan Memanas Berebut Hak Penjagaan Anak

7-2-2019 10:52 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 13

Perceraian pasangan pelakon Channing Tatum dan Jenna Dewan yang mulanya aman-damai kini memanas apabila pasangan itu mula bertengkar mengenai hak penjagaan anak perempuan mereka, Everly, 5.


Kredit foto: Star Magazine

Menurut US Weekly, pasangan itu tidak sependapat mengenai hak penjagaan dan jadual lawatan menyebabkan mereka gagal menyelesaikan isu perceraian di mahkamah. 


Kredit foto: People Magazine

Channing Tatum dikatakan telah mengemukakan satu dokumen yang mencadangkan jadual lawatan anaknya secara konsisten kerana Everly dikatakan tertekan dengan jadual sekarang yang memerlukannya berpindah-randah antara dua rumah Channing dan Jenna yang terletak berjauhan.

Dalam jadual cadangannya, Channing menyatakan akan menyewa sebuah rumah berdekatan sekolah Everly yang mempunyai kemudahan lengkap supaya dia dan anaknya dapat melakukan aktiviti bersama seperti berenang dan mendaki bukit. Bagaimanapun, Jenna yang menuntut lebih masa untuk bersama dengan anaknya dikatakan tidak senang dengan jadual tersebut.


Kredit foto: Youtube

Menurut sumber, perebutan untuk mendapakan lebih masa dengan anak menyebabkan pasangan itu yang mulanya bersetuju bercerai secara damai kini semakin emosional dan enggan beralah. 

Menurut The Insider, kegagalan pasangan itu memikirkan lebih awal mengenai jadual Everly menyebabkan mereka kini berdepan masalah untuk mengesahkan dokumen perceraian. 

Anak mereka, Everly pula dikatakan semakin tertekan kerana terus tersepit antara kedua ibu bapanya itu.


Kredit foto: Page Six

Semoga perceraian ini menemui jalan damai segera demi kehidupan anak mereka yang masih kecil. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Kerana Masalah Kesihatan Ayah, Britney Tangguh Album Dan Persembahan Vegas

Next       : Justin Bieber, Hailey Baldwin Rancang Untuk Bercerai Gara-gara Selena Gomez?

Komen Terbaru

Quote manis3005 7-3-2019 08:41 AM
I suka channing ni..tp sian anak dia kecik dh stress

Lain-lain Komen

Quote goss79 7-2-2019 11:06 AM
jenna dah ada boyfriend blom.. is it because channing dah ada gf baru jenna buat2 perangai skrg.. sian anak dia. comel plak tu
Quote MissMamamia75 7-2-2019 11:09 AM
Bila mak pak cerai...anak2 jd mangsa..anak kemain comel lote lagi{:childlike
Quote Sang_Pencinta 7-2-2019 11:38 AM
Jenna pun dah ada bf baru

Quote aleesyasofia 7-2-2019 12:02 PM
kesian anak kecil menjadi mangsa
Quote annehuda 7-2-2019 12:55 PM
aku bc diorg ni gaduh pun pasal anak. channing taknak exposekan muka anak die, tp jenna gigih nak jugak. sbb tu lepas cerai bersepah gambar muka anak diorg ni.  jenna ni ala ala dance mom seboleh-boleh nak promo anak dan tumpang kesenangan anak. mcm jojo siwa, maddie ziegler
Quote armin 7-2-2019 02:57 PM
annehuda: aku bc diorg ni gaduh pun pasal anak. channing taknak exposekan muka anak die, tp jenna gigih nak jugak. sbb tu lepas cerai bersepah gambar muka anak  ...


Sheols tak dpt divorce settlement banyak ke dr channing? Patut dpt byk jgk kalau cerai mcm ni kan
Quote paz 7-2-2019 04:40 PM
Jenna ni bila tak senyum menarik. Bila senyum tak menarik rupa dia.
Quote unoryah 8-2-2019 05:49 PM
sian anak dia
Quote nadie90 8-2-2019 07:44 PM
Ad bca psl ni...kesian kt si ank...dah la comel
Quote KakRoss 11-2-2019 08:42 AM
best tgk family yebbi abadi and family.. dh pisah pun still gather same2
Quote chinta89 11-2-2019 10:25 AM
sedih ngn ibu bapa yg x prihatin dengan mslh anak yg terdera emosi dari perbalahan perceraian diorg.
Quote Juju89 6-3-2019 05:01 PM
jangan sakiti hati anak sebab ego dari ibu bapa kerana mereka akan membenci anda berdua kerana menyakiti hati mereka.
Quote manis3005 7-3-2019 08:41 AM
I suka channing ni..tp sian anak dia kecik dh stress

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047531s Gzip On
To Top