Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Trailer 'Jumanji: The Next Level' Lebih Lucu Dan Mendebarkan. Ramai Tak Sabar!

5-7-2019 06:00 PM|Oleh: Mat| Komen: 10

Pada 1 Julai yang lepas, Sony Picture Entertainment telah berkongsikan trailer rasmi filem aksi komedi, Jumanji: The Next Level. 

Trailer yang berdurasi selama 2 minit dan 57 saat itu adalah sekuel kepada filem sebelum ini iaitu Jumanji: Welcome To The Jungle.


Pada sekuel filem yang lepas, 4 orang sahabat di dalam filem ini telah termasuk ke dalam permainan Jumanji dan berubah menjadi orang dewasa. Untuk keluar semula dari permainan itu dan kembali ke dunia realiti, mereka perlu menyelesaikan misteri dan mengharungi pengembaraan yang begitu mencabar sekali. 


Untuk Jumanji: The Next Level, Sony masih mengekalkan konsep lama iaitu bertemakan permainan Jumanji dan mereka perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah. Turut terlibat dalam filem ini ialah Nick Jonas yang bakal melakonkan sebagai watak sampingan di dalam filem ini.

Jumanji: The Next Level bakal ditayangkan pada Hari Krismas tahun ini iaitu pada 25 Disember 2019. Filem ini amat sesuai untuk ditonton bersama keluarga dan kanak-kanak kerana jalan penceritaannya yang kelakar dan menarik. Jangan lupa tonton! - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : 5 Filem Dengan Kos Produksi Termahal! Mujur Dapat 'Pulang Modal' Katanya..

Next       : Trailer Baru BoBoiBoy Movie 2 Trending Di Youtube! Best Sangat Ke?

Komen Terbaru

Quote cikputih15 16-7-2019 01:55 PM
yeayy. x sabar nk tggu

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 5-7-2019 07:33 PM
Yang haritu punya boring..  Terhibur sikit ngan niggah pendek,  siapa kevin hart ke
Quote MsKathryn 5-7-2019 09:51 PM
Yay tak sabar nk tgk
Quote nurul_akmar 6-7-2019 01:21 AM
kelakar la the rock ni..
Quote kamilaa 6-7-2019 02:24 AM
Tak zabar {:hooray{:hooray
Quote otai_g 6-7-2019 07:21 AM
knp aku rasa cam boring je trailer dia.

pandangan masing2.
Quote amikie 6-7-2019 03:11 PM
best..best...dulu punya pun dah best.
Quote paz 8-7-2019 03:38 PM
Wah macam best, yang haritu Paz tak tengok lagi. Kena tengok ni.
Quote Artemesiaa 8-7-2019 03:58 PM
Harap kali ni betul2 menghiburkan bukan macam filem sebelumnya
Quote puanbintang 10-7-2019 12:05 PM
yeay! harap memang tak kering gusi la
Quote cikputih15 16-7-2019 01:55 PM
yeayy. x sabar nk tggu

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.071880s Gzip On
To Top