Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Baru Saja Ditayangkan, Drama Adaptasi Sinetron 'Putri Yang Ditukar' Dah Terima Kecaman Netizen!

11-7-2019 12:30 PM|Oleh: Myeonir| Komen: 77

Selepas habis sahaja tayangan Jodoh-Jodoh Annisa yang meninggalkan ralat di hati penonton kerana Annisa memilih Rizal dan bukannya Nizam, kini ada cerita baru yang memenuhi slot itu.

Diadaptasi daripada sinetron Indonesia iaitu 'Putri Yang Ditukar', drama ini yang juga menggunakan tajuk yang sama membariskan pelakon-pelakon yang hebat. Antaranya ialah, Siti Elizad, Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail dan ramai lagi.

Kredit foto: Blog
Bagi yang dah pernah lihat sinetron asal pasti mengetahui yang plot drama ini berkisar tentang kisah pasangan miskin yang tukarkan anak mereka dengan anak pasangan orang kaya kerana dendam.

Kredit foto: Blog
Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina. Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan? 

Pun begitu, ramai netizen yang tak puas hati dengan pemilihan sinetron itu sebagai adaptasi drama. Yalah, selain episod yang panjang, kadang-kadang plotnya melampau dan over!


Kredit foto: Facebook
Macam manalah drama 'Puteri Yang Ditukar' ini nanti, sebabnya cerita asal memegang rekod sebagai drama yang mempunyai banyak episod iaitu sebanyak 2185 episod.

Harapnya janganlah terlampau complicated sampai penonton naik meluat -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 77
Komen

Previous : 5 Filem Dengan Kos Produksi Termahal! Mujur Dapat 'Pulang Modal' Katanya..

Next       : 5 Sitkom Paling Popular Tahun 90-an, Siapa Sempat Melayan?

Komen Terbaru

Quote MarissaOberlin 14-8-2019 02:30 PM
Tak meriahnya diskusi sini. Hakak dulu melayan sinetron ni. Tu pun TV3 tayang sampai plot pertukaran anak saja. Yakni lepas dah reveal dorang tu anak pasangan lain-lain terus tamat No continue. Terus ditamatkan. Walhal ada 600+ Episode ya. Entah apa konflik lagi lepas tu.

Lain-lain Komen

Quote Madel 11-7-2019 12:44 PM
Aku layan sinetron ni sbb suka tenguk hidung nya Rezky Aditya kembang mcm buah jambu
Cara dia ckp tu comel
Quote Zaien 11-7-2019 12:58 PM
ade zoom in zoom out x?? hahahah
Quote chinta89 11-7-2019 01:06 PM
Macam manalah drama 'Puteri Yang Ditukar' ini nanti, sebabnya cerita asal memegang rekod sebagai drama yang mempunyai banyak episod iaitu sebanyak 2185 episod.


Ya rabbi ko pusing ape sampai beribu episod?

tgk komen kat atas tu tv pun x habiskan siaran sb pjg sgt.
Quote jin_lampu 11-7-2019 01:16 PM
puki sgt amik cerita indon,dahlah jln citer kelongkang
malaysia punya pengarah dan producer bodoh bahlul
kalo nak adaptasi carilah cerita bagus dari negara lain but not yindon petaka malapuaka
cerita depa semua yg ada adengan kena kejar dgn kereta bertukar2..babi tak hengat

p/s kalau ada psl Indon pasti aku dtg menyerang....bikin ngakak..hihihihihi yichhh
Quote nipskacang 11-7-2019 01:20 PM
Pelakon xbest baik tgk shamsul ghau ghau dlm kariah cak pong tuuu
Quote matchstick 11-7-2019 01:39 PM
biar betul 2185 episod..kalau 1 hari 1 episod itu bersamaan dgn 5.98 tahun

jalan cerita setiap episod mmg tunjuk detail kehidupan harian start drpd bangun tidur, makan, gi sekolah, kerja, konflik sikit2 pastu dh malam, tidur. pastu bersambung episod esok heroin bangun tidur. gitu ke..
Quote mieymiey 11-7-2019 01:41 PM
Gigih sangat nak adaptasi drama vangang cenggini buat apa?
Quote claudya 11-7-2019 01:48 PM
tapi yang i tengok kat youtube, cerita ni 785 episod something. taktau la dia potong ke apa. hahahahah nak spoiler tak
Quote cicicumel 11-7-2019 02:24 PM
si azrel tu umo brp?? dah la cerita tv3 tu jadi adik fatah amin.. yg ni plak feeling2 remaja ke? oh plzzz laaa... mcm xde plakon laki muda je
Quote hakikat_hidup 11-7-2019 02:46 PM
Tak sampai 2000 episod, cerite ni 600++ episod je..yang episod smpai 2000++ tu sinetron Tukang Bubur Naik Haji ke ape entah..tu mmg rekod drama siri terpanjang di Indo
Quote sjwma 11-7-2019 02:49 PM
80 episod je versi malaysia.. Agaknya dorg tgok syurga yang kedua dpt sambutan hangat.. Dorg adaptasi lg satu sinetron indonesia..
Quote mamapea 11-7-2019 02:55 PM
Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan?

Rasanya episod 1 ke 2 dh tunjuk sapa yg tukar baby...awal2 lg dh tunjuk sapa yg tukar...
si talha tu la...apa nama watak dia dlm drama ni xtau la pulak...tu pun tertengok...
Quote duri_durians 11-7-2019 02:56 PM
so... betul la orang seni malaysia ni mandul idea?
Quote umbut 11-7-2019 03:06 PM
Koserrr nak tgk. Baik aku tgk drama2 korea
Quote GegarVaganja 11-7-2019 03:14 PM
Tengok tajuk pun dah boleh tau cerita. Sah2 dia tukar anak perempuan dia dengan anak orang lain. Choi.
Quote Managerara 11-7-2019 03:21 PM
cicicumel replied at 11-7-2019 02:24 PM
si azrel tu umo brp?? dah la cerita tv3 tu jadi adik fatah amin.. yg ni plak feeling2 remaja ke? oh  ...

Azrel tu tak hensem lansung utk jadi pelakon kan..takde mud aku nengok
Quote karamell 11-7-2019 03:28 PM
Siapa heroin citer ni
Quote phalanx 11-7-2019 03:37 PM
Managerara replied at 11-7-2019 03:21 PM
Azrel tu tak hensem lansung utk jadi pelakon kan..takde mud aku nengok

Betul sangattttt.... Ntah mana datang remy ishak wannabe ramai2 kat malaysia ni.
Quote masdiana-ana 11-7-2019 03:47 PM
sinetro nie best mcm awal2 episode iols suka couple yg kedua  pasal sama2 comel sepadan zahirah dam aiman tapi bila byk2 episode drama nie jadi mengarut..

Lihat semua komen(77)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
1.011322s Gzip On
To Top