Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Kalau Boleh Mak Cik Nak Pasangan Awi Lebih Muda Daripadanya"- Ibu Safawi Rasid

7-3-2020 09:43 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 337

Minggu ini, kecoh betul dengan kisah Syifa Melvin yang dikatakan telah menggesa kekasihnya, Safawi Rasid supaya mengahwininya sehingga menimbulkan kemarahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kerana hal tersebut telah menjejaskan prestasi pemain bola sepak JDT itu.

Tidak berdiam diri, Syifa juga telah mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan namanya daripada tuduhan liar netizen. Bahkan, kakaknya iaitu Syatilla turut mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran terhadap TMJ.

Kini, ibu kepada Safawi juga telah meluahkan pendapatnya mengenai isu panas ini. Kata wanita itu, dia mahukan anaknya memberi fokus kepada tanggungjawabnya sebagai pemain bola sepak terlebih dahulu sebelum hal peribadi.

"Seboleh-bolehnya, mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG

Meskipun pernah menemui Syifa, 26, ibu Safawi menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui kerjaya kekasih anaknya sebagai pelakon itu kerana tidak pernah melihat dia di kaca televisyen sebelum ini.

Wanita ini turut mendedahkan bahawa Safawi ada menghubunginya beberapa minggu lalu dan menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Namun, mak cik cakap, 'bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini'," katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Ibu pemain bola sepak ini menambah bahawa anak lelakinya itu masih muda, baru berusia 23 tahun dan belum cukup matang untuk berkahwin serta menjadi ketua keluarga. Selain menyatakan bahawa dia berharap agar pasangan anaknya adalah lebih muda daripada Safawi.

"Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya. Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami," katanya.

Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah dan mengotakan janjinya untuk besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.


Kredit foto: Harian Metro

Sementara itu, bapa Safawi menjelaskan bahawa dia perasan kemerosotan prestasi anaknya sejak kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya. Sekiranya benar, dia meminta Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Macam-macam betul! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
0
1
Komen: 337
Komen

Previous : Ini Rupanya Maksud Lagu 'Hilang Gelap, Terbitlah Terang' (Sweet Charity)

Next       : Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi

Komen Terbaru

Quote jargon 23-3-2020 02:55 PM
kucing_gebu replied at 16-3-2020 04:09 PM
Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin ...

Ada satu pompuan ni komen kt fb,adik dia kwen gn salah sorg adik badik laki safawi,dan pompuan ni ckp dia mmg dr kluarga biase je bkn berada sbb felda kan tp xsure la satu negeri trganu or tak..tp mmg mak safawi tu baiklah layan adik dia sbg menantu sbb adik dia ramah dan boleh masuk layan brbual..

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 7-3-2020 09:48 AM
Huhuhu... tu dia.. mak pak dah bersora...
Quote makneng 7-3-2020 09:49 AM
Kossernya la dgn citer budak jantan tak empuk ni.....nextttt
Quote vee_zara 7-3-2020 09:49 AM
Padan muke perempuan menghrap laki kaya. Haha
Quote fliphair8 7-3-2020 09:50 AM
Terang mak pawi ni takmo bermenantukan ko sipa....ko carik jer jerung lain yg bole tolerate bingit rempit ko tu...pawi tu orang ganu....diorang tak hingaq!
Quote Nenasketum 7-3-2020 10:02 AM
Acik ting tong macam mak Cendawan jer can accept pompuan jenih tu
Quote CiliPadiSedap 7-3-2020 10:02 AM
haha kena reject dengan mak mentua. kali ni kaka team mak mentua
Quote mujer_in_espejo 7-3-2020 10:02 AM
23, muda lagi.. harapan negara..jgn gara2 pompuan hancurrr..
Quote awaynepian 7-3-2020 10:02 AM
Suka dia masa dengan pengacara tv3 tu..nampak macam loving je..tp tu la jodoh namanya..n pengacara tv3 tu pun berusia sikit dari pawi..
Sayangla pawi..naikkan karier dulu.
Pompuan ni bila2 ja boleh datang..
Quote Cassieopeia 7-3-2020 10:06 AM
erm pawi ko main je la bola elok2 xyah fikir psl kawin bagai #donefeelingmakpawi
Quote munchkin 7-3-2020 10:11 AM
Apa masalah perempuan berumur. Nabi saw pun kahwin wanita berumur.

Hmm makcik ive got my own personal opinion on u and your husband. Sure kena hentam punya.

Dalam hal ni aku nak marah pawi, tapi aku ada soft spot sikit.
Quote zuriey 7-3-2020 10:11 AM
Alaa ppuan berusia lg bagus makcik
Matang tak gedik sgt
Yg muda2 susah la nk handle
Quote syamzana 7-3-2020 10:15 AM
munchkin replied at 7-3-2020 10:11 AM
Apa masalah perempuan berumur. Nabi saw pun kahwin wanita berumur.

Hmm makcik ive got my own per ...

biar la dia...anak dia. wpun i rasa tak salah jugak kawen perempuan berumur.
anak dia pun blh tahan gatai berderet ex wpun umur br 23. terkena la kalini dgn perempuan hingaq meletop satu malaysia
Quote epal21 7-3-2020 10:15 AM
Betul. Senangkanlah mak pak & keluarga dulu baru kahwin. Nak pulak gelfren macam the melvins ni, ada harapan nak kena kikis lepas kahwin.
Quote miss_strangers 7-3-2020 10:18 AM
Mungkin kalau bakal menantu mokcik doktor@cikgu@ustazah jqaf@ustazah kafa, ambe yakin mokcik boleh Tolak tepi Bab umur walaupon pawi bawak yg berusia sikit...
Quote meow_tompok 7-3-2020 10:24 AM
Meskipun pernah menemui Syifa, 26, ibu Safawi menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui kerjaya kekasih anaknya sebagai pelakon itu kerana tidak pernah melihat dia di kaca televisyen sebelum ini.


adoiiii syifa, malunyaaaaa
Quote Boomibulat 7-3-2020 10:30 AM
Makcik 1
Syifa 0
Quote KIM.K 7-3-2020 10:30 AM
Lepas break ni jangan le pawi jadi mendatar plak. Or asal berkapel prestasi merudum
Tunjuk la sikit cipa tu betul2 menyusahkan kau
Quote munchkin 7-3-2020 10:30 AM
syamzana replied at 7-3-2020 10:15 AM
biar la dia...anak dia. wpun i rasa tak salah jugak kawen perempuan berumur.
anak dia pun blh tah ...

Biatlah i nak komen pun. Namanya Forum kan?
Quote amerald 7-3-2020 10:31 AM
Pilihan mak hanya sskjp je hokay

Lihat semua komen(337)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top