Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Filem Terlaris Astro First -Kutip RM6.4 Juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah

16-11-2020 02:53 PM| Komen: 72

Selepas meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta.

Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Foto: IG

Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.

Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.

Sementara itu menerusi satu posting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.



Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.



Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. -CARI

Sumber: Gempak


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 71
Komen

Previous : "Netizen Bukan Semua Tahu Fasal Filem" - Ayu Puteh Pertahan Ellie Suriati

Next       : Penerbit Kecewa Drama Lelaki Lingkungan Cinta Tak 'Trending'?

Komen Terbaru

Quote putu 20-11-2020 12:38 PM
Edited by putu at 20-11-2020 12:44 PM

Maaf, masi xberselera nak tgk

Lain-lain Komen

Quote YomiuriLandMae 16-11-2020 02:58 PM
still tak hingin nak tengok..
Quote Kurex 16-11-2020 03:00 PM
Tetap aku takkan tengok
Quote mdhelmi 16-11-2020 03:17 PM
nak tgk tp xde astro
Quote Bergosip 16-11-2020 03:23 PM
Fanbase dorang kuat. Sanggup keluarkan duit dan support Filem. Siap buat kempen jangan tengok secara haram (di Twitter).

Calon2 pemenang pelakon baru popular, pelakon Filem lelaki popular, pelakon komedi popular, bintang paling popular
Quote fadz84 16-11-2020 03:23 PM
Hantu Kak Limah & Polis Evo tu dh tyg kat wayang sblm masuk Astro First...so org yg dh tgk xkn gigih beli kat Astro first.. cite ni plk mmg musim covid ni tyg kat Astro First je, that's why kutipan kebaboom.. apa2 pun tahniah untuk produksi mael totey ni
Quote tembamgirl09 16-11-2020 03:27 PM
nama filem cam bodo, nampak semua bodo
Quote Lengkong 16-11-2020 03:29 PM
bagi motivasi kepada rakan2 kelainan upaya. semua orang boleh berjaya jika rajin dan berusaha.

Quote beta_carotene 16-11-2020 03:35 PM
Kegigihan syahmi sazli n team ni nmpk ye. Mmg syahmi ni passionate abt his work. Bini dia pun very supportive. Sanggup usung anak ke sana sini. 1 lg, syahmi berjaya tarik niche market audience group iaitu golongan family/belia yg nakkan family oriented content yg fun tanpa perlu try hard or fikir sgt pasal teknikaliti n stuff. In long run, syahmi kne explore more supaya hasil kerja dia sentiasa relevant n blh cover lbh byk audience group.
Quote MissYouSayang 16-11-2020 03:50 PM
beta_carotene replied at 16-11-2020 03:35 PM
Kegigihan syahmi sazli n team ni nmpk ye. Mmg syahmi ni passionate abt his work. Bini dia pun very s ...

Well said.... Ade gak komen positif...lau nak banding mail totey dgn pengarah tersohor cm michael ang, david teoh,a.razak etc mmg agak x munasabah la..lg pon pengarah2 tersohor ni pon selalu gak buat cite sampah....ahahaha
Quote LadyCarefree 16-11-2020 04:01 PM
Harapnya Totey ni share bonus setimpal kat dua oku tu. Jangan tunggu nak kena san macam dulu tu. Kalau xde oku tu semua takdenya laku kot harapkan totey ko je.
Quote husna_amal 16-11-2020 04:09 PM
Macam polis evo dengan hantu kat limah tu dah tayang dulu kat panggung wayang.
Quote Potato_kering 16-11-2020 05:08 PM
YomiuriLandMae: still tak hingin nak tengok..

Sama... Youtube pn tk tgk lagikan muvee
Quote nordin84 16-11-2020 05:15 PM
bg free still xteringin nak tgk
Quote tagas 16-11-2020 05:37 PM
tunggu tayang raye jer

smbil ngunyah rempeyek
Quote dua_chzy 16-11-2020 05:54 PM
This is your future.
Quote oggy 16-11-2020 05:59 PM
Selera semua orang lain2.
Mereka buat cerita ni dah sah2 ada kumpulan sasaran diorang.
So janganlah dikutuk mereka yang menyokong.
Aku tak subscribe pun cerita ni sebab dah sah2 bukan genre cerita yang aku tengok.
Quote Orix 16-11-2020 06:01 PM
ko dpt kutip 1 billion pun tetap xde napsu nk tgok dekk... selayaknya lah level2 sskjp jah yg tgok
Quote beta_carotene 16-11-2020 06:17 PM
oggy replied at 16-11-2020 04:59 PM
Selera semua orang lain2.
Mereka buat cerita ni dah sah2 ada kumpulan sasaran diorang.
So janganl ...

Yelah kan dekk... Xde siapa paksa tgk pun.. Sah2 la dia ada target audience tertentu and fo'sho bkn target golongan urban legend yg hanya tgk filem Hollywood, gol n gincu pelbagai.. Tgk je la filem pe tah yg liyana jasmay buat.. Konon nk urban sgt smpai x balik modal pun.. Malah rugi.. Nk kata menaikkan standard filem Malaysia? Tak jugak.. Sekadar dialog acah2 urban je...

Tp xdinafikan.. Kena ada indie movie director masuk bersaing skali dlm mainstream sedarkan pengarah2 tersohor yg makin lama makin syok sendiri.. Kejar komersial value smpai kualiti terus ke laut..

Ujung2merempan sbb kalah dgn pengarah movie youtube je.. Huahuahua
Quote akubest 16-11-2020 06:22 PM
akak paling nyampah ko belum tengok tapi dah kutuk
buat2 renti kan le perangai judgemental korang tu
unless filem yg sangat2 terkutuk seperti badang aliff sokri

mael totey akak dah review benang yg sudah2
akak suka je... citer simple , indie production cenggini, skrip bagus, casting bagus
akak rasa art director ( ada ke pon) buat koje gak...set helok.

org malaysia tak minat deep drama ni deknon
citer2 santai je deme gemo... so buat citer santai tp selit message2 positif
ok je...

Lihat semua komen(72)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top