Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tak Tau Pula Mail Ada Abang, Watak Izham Dalam Upin Dan Ipin Buat Netizen Teruja

5-12-2020 09:14 AM|Oleh: natrahn| Komen: 21


Tular di media sosial, Ismail bin Mail atau nama timangannya Mail yang merupakan rakan kepada Upin dan Ipin dalam siri animasi popular itu sebenarnya mempunyai seorang abang.

Selama ini, Mail selalunya dianggap sebagai anak tunggal kerana beliau selalu menolong ibunya berniaga seorang diri tanpa pertolongan adik beradik yang lain.

Video berdurasi 41 saat yang tular itu mendapat perhatian ramai warganet apabila Mail memperkenalkan abangnya, Izham ketika didatangi kawan-kawannya sewaktu berniaga di pasar.


Memetik kenyataan di laman Upin Dan Ipin Fandom, rupa-rupanya Mail memang dinyatakan mempunyai seorang abang, namun ini mungkin kali pertama beliau membuat kemunculan secara langsung dalam animasi berkenaan.

Selain kemunculan Izham, dalam episod kali ini juga Mail dilihat menjual keropok rumpai laut, berbeza dengan kebiasaannya menjual ayam goreng dalam episod-episod sebelum ini.

Kemunculan Izham membuat ramai tertanya-tanya sejak bila Mail mempunyai abang, dan mereka turut mengakui bahawa watak baru itu agak kacak.

Malah, ada yang meluahkan tidak lagi berminat dan akan melupakan Badrol, salah satu watak remaja yang kacak dari filem Geng Upin dan Ipin.







Kredit foto: Twitter @aisyh_nasir

Setakat ini masih belum diketahui sama ada penampilan watak abang Izham tersebut akan terus muncul di dalam siri animasi Upin dan Ipin ataupun tidak.

Namun, yang pasti perkembangan terbaru dan penambahan watak ini sudah semestinya akan menambahkan lagi kemeriahan dalam siri animasi popular kebanggaan rakyat Malaysia ini. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Kutipan Terkumpul RM56.9 Juta, Kampung Pisang Jadi Drama Bersiri

Next       : Kisah Hidup Primadona Noorkumalasari Didramakan, Tak Sabarnya!

Komen Terbaru

Quote cikcikebom 11-12-2020 04:12 PM
ni mesti nak kembangkan watak ni

Lain-lain Komen

Quote Beribear 5-12-2020 09:59 AM
Iolss igt dia jual susu durian nilopa haha
Quote Kurex 5-12-2020 11:05 AM
Ingatkan indon yg teruja
Quote supernaturalee 5-12-2020 11:14 AM
Sebutan mari mari mail berbunyi kelantan
Still adore original voice talent utk watak mail ni
Serak2 bdk dgn intonasi bersahaja even xde dlm frame kdg tu , mcm suara kt blkg duk mengomel

Anyway almost 14 years dh upin ipin
Not a single episod pun ada watak abg mail, iz ni
Dah kenapa tiba2 ada watak adik beradik yg x pnh muncul sblm ni
Nk ramaikan watak pun x beragak2

Lg 1 wtk plg hensem bg iols ustaz yg ngajar dorg ngaji tu

Dgn abg yg bkk kedai runcit
Remos 6 inci die fabulous


Quote dua_chzy 5-12-2020 12:04 PM
Mak Mail kawin dengan duda agaknya? Tu yang tetiba ada Izwan? Atau Mail dan Izwan takda kaitan darah tapi punya hubungan adik-abang seperti dalam lagu Hujan - Pagi Yang Gulap?
Quote Suchi 5-12-2020 12:23 PM
supernaturalee replied at 5-12-2020 11:14 AM
Sebutan mari mari mail berbunyi kelantan
Still adore original voice talent utk watak mail ni
Ser ...

Budak tu pun dah dewasa gamaknya suara dah pecah huhu
Tp suara dia mmg best selamba dan sinis.

Suara si fizi plak suara pompuan dewasa yg  nyaring.
Quote lasagna 5-12-2020 02:04 PM
ye laa slama ni kita semua igt Mail tu sorg jer xde adik bradik lain.
sama gak dgn ehsan, mei mei, jarjit dll.. esok lusa ramai plak reveal adik bradik lps ni plak.
Quote miss_perfect 5-12-2020 02:27 PM
Nama Mail tu Ismail bin Mail? Ni ala2 orang putih la ni... Mail the first, Mail the second...
Quote kiah_mai_pulak 5-12-2020 02:30 PM
natrahn ni repoter level tapak kaki cari.com ke apa ni?
Quote YomiuriLandMae 5-12-2020 02:32 PM
ini je ke?
Quote GegarVaganja 5-12-2020 03:01 PM
Katanya nanti ada spin off dari Upin Ipin ni.
Cerita pasal Izham, abang Mail tu.
Nanti dia kapel dengan Abang Salleh.
Terus jadi katun bl.

Quote tikusmakmal10 5-12-2020 03:41 PM
Macam muka pelakon cerita Sutun
Quote haruslah 5-12-2020 08:17 PM
Nak kembangkan watak gamaknye
Baju upin ipin pun dah upgred

Btw i baru nengok keris siamang tunggal
Best....
Quote MadameOnion 5-12-2020 10:03 PM
Ok la..takde la asyik2 ah tong dgn uncle muthu je
Quote supernaturalee 6-12-2020 11:53 AM
Suchi replied at 5-12-2020 12:23 PM
Budak tu pun dah dewasa gamaknya suara dah pecah huhu
Tp suara dia mmg best selamba dan sinis.

...

Tu lh
Rsnya yg skrg ni bdk ke 3 suara mail tu

Yg fizi tu mmg jenis suara high pitched

Teringat ms duk asrama dulu ada junior ni laki jenis suara gini
Kelakar but die ok je Klu org bahan
X heran pun
Lm2 msg2 dh kenal dh x heran dh
Quote sensa 6-12-2020 01:02 PM
miss_perfect replied at 5-12-2020 02:27 PM
Nama Mail tu Ismail bin Mail? Ni ala2 orang putih la ni... Mail the first, Mail the second...

e-mail jangan dilupa
Quote cruz2 6-12-2020 01:15 PM
Fizi tu mmg suara guna suara pompuan..ida rahayu staff production jugak. kalau x silap watak ejen ali pon guna suara dia
Quote husna_amal 7-12-2020 12:48 PM
episode ni dah keluar kat tv Malaysia ke? Dulu2 selalu juga follow up upin ipin kat tv9. Sekarang dah pindah kat astro prima.
Quote natrahn 9-12-2020 09:06 AM
kiah_mai_pulak replied at 5-12-2020 02:30 PM
natrahn ni repoter level tapak kaki cari.com ke apa ni?

level tapak kaki?
Quote natrahn 9-12-2020 09:07 AM
kiah_mai_pulak replied at 5-12-2020 02:30 PM
natrahn ni repoter level tapak kaki cari.com ke apa ni?

Level tapak kaki?
Kenapa?
Ada masalah ke dengan artikel ni?

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top