Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Anak Meor Mohd Dipatuk Ular

6-1-2021 09:08 AM| Komen: 62

Pelakon, Meor Mohd berdepan saat cemas apabila anak perempuannya, Puteri NurZahraa Medina, 5, dipatuk ular ketika sedang bermain di belakang rumah di Jasin, Melaka, tengah hari semalam.

Meor atau nama sebenarnya, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affand, 30, berkata, dia dan isteri berada dalam rumah dan hanya menyedari perkara itu selepas mendengar bunyi tangisan anaknya.



"Ketika kejadian saya dan isteri berada di dapur mengemas selepas makan tengah hari. Puteri dan adik-adiknya pula bermain di belakang rumah. Kawasan itu terang benderang dan tidak dipenuhi semak samun. Namun, saya mendengar anak saya menangis.

"Apabila ditanya, dia memberitahu yang kakinya dipatuk ular. Apabila saya periksa, terdapat kesan gigitan pada bahagian bawah lutut kaki kanan. Tanpa berlengah, saya segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,

"Anak kini dirawat di zon kecemasan. Alhamdulillah, keadaannya kini stabil," katanya kepada BH Online.



Pelakon yang mula dikenali menerusi drama rantaian Hati Yang Tersakiti itu berkata, dia perlu memaklumkan kepada pihak hospital jenis ular bagi memastikan anaknya menerima rawatan dan ubat yang sesuai.

"Saya diminta doktor untuk menyatakan spesis ular supaya boleh memberikan antidot yang sesuai. Saya terus pulang ke rumah dan mencari ular belakang rumah. Bila terjumpa, saya tiada pilihan selain terpaksa membunuh dan membawa ular ke hospital supaya dapat dikenal pasti jenisnya.




"Saya dimaklumkan, ular itu jenis Paradise Tree Snake atau Ular Sawa Burung dan ia tidaklah berbisa. Cuma, rawatan perlu diberikan segera bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan kuman pada bahagian yang terkena gigitan," ujarnya yang turut berkongsi insiden menerusi entri Instagram.

Menerusi perkongsiannya itu, pelakon itu turut mengharapkan peminat mendoakan keselamatan anaknya itu.


Kredit foto: IG

Di ruangan komen, ramai rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dan mengharapkan kanak-kanak malang itu segera sembuh. Antaranya, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Riz Amin, Ezzaty Abdullah, Dian P Ramlee termasuk pengarah terkenal, Rashid Sibir. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 62
Komen

Previous : "Rap Sedap, Nyanyi Sedap, Mengaji Sedap, I Stan You Zizi Kirana"

Next       : Syazuwan Hassan Tak Akan Tewas Dengan Godaan Wanita Cantik Dan Seksi

Komen Terbaru

Quote Fafaaisa 12-2-2021 01:03 AM
Umur baru 30 ke..ingt dh 30+++

Lain-lain Komen

Quote MadameOnion 6-1-2021 09:14 AM
oooo meor mohamad nama dia ni...selalu berlakon jadi org jahat...semoga cepat sembuh la anaknya..kesian
Quote Kurex 6-1-2021 09:14 AM
Gws adik walaupun iols tak mengenali bapamu
Quote epuepy 6-1-2021 09:21 AM
Haram aku x kenal sape mamat ni. Tetibe kuar cari.

Anyway, get well soon adik.
Quote bintangct 6-1-2021 09:33 AM
selalu tgk muka bapanya berlakon dr tanah kubur
anaknya pun mcm penah berlkon kot
Quote syakuntala 6-1-2021 09:34 AM
meor rupanya nm dia.. dia blakon mmg menjadi... geram btl yg citer selafaz cinta tu...
semoga puteri cpt sembuh
Quote nuralisa 6-1-2021 09:50 AM
kan... nama x tau..
tapi selalu berlakon...
Quote Acikgomen 6-1-2021 10:27 AM
Acik cam muka mamat neh lepas dia belakon citer hans dgn dira kawin, ada bisnes komputer apetah, ramilah begum kwn baik dira, mamat neh pulak kwn baik hans. Lepas tu ramilah begum goda hans and hans pun becerai dgn dira sbb nak kawin dgn begum
Bisnes deyols merudum. Mamat meor nih la yg dok stress sbb bisnes tu merudum, byk org cari dia nak settle utang
Motip acik ingat jalan citer drama zaman batu
Quote EvieWanKenobi 6-1-2021 10:31 AM
ramai anak dia..

lakonan drama ok..
watak jahat menjadi..
Quote Cekgushilla 6-1-2021 10:31 AM
Kesimpulan dlm cita ni bila kena patuk ular kena bunih ular tu bawk p spital sekali
Gws adik
Muka apak mmg selalu tgk nama je tak tau
Quote mamajawie 6-1-2021 10:34 AM
dia ni kalu berlakon jadi jahat memang menjadi btul..iollss suka dia ni berlakon cuma xtau nama je la..btw wife dia cm muka nina iskandar lak..ingatkan nina brunei tu tadi
Quote slyfynx 6-1-2021 10:41 AM
@Kurex , boleh try ni
Quote nisako 6-1-2021 10:43 AM
nasib ok........
Quote whadda 6-1-2021 10:53 AM
ingat sape le nama meor ni.. muka kenal.. nama baru tau
Quote suzycutegal 6-1-2021 10:59 AM
Ya Allah ngerinya tengok ular tu...nanges! Semoga cepat sembuh ya adik
Quote Xim 6-1-2021 11:05 AM
Acikgomen replied at 6-1-2021 10:27 AM
Acik cam muka mamat neh lepas dia belakon citer hans dgn dira kawin, ada bisnes komputer apetah, ram ...

Drama Dahlia acik....fav Xim jugak tu....pelakon semua bagus2 bawak watak....kat utube ulang tayang tgk tapi takde final episod plak

Apepun smg cpt sembuh dik.....


Quote cap_ayam 6-1-2021 11:07 AM
oo baru tau nama dia meor. orang jasin eh.
Quote ToungeSoup 6-1-2021 11:19 AM
selalu nampak dia berlakon.,.tapi tak tahu nama dia..takde kisahnya iouls nak tgu smpi akhir drama selalu keluar nama pelakon...tapi oklah lakonan dia..jadi baik menjadi..jadi jahat pun menjadi..dulu sado ..la ni dah berisi sikit
Quote mamapea 6-1-2021 11:41 AM
bnyk je drama dia berlakon...kalau watak baik mmg kesian...lakonan bagus cuma x popular...
semoga anak cepat sembuh...Aaminn...
Quote newme11 6-1-2021 11:42 AM
Semoga cepar sembuh wahai anaknya

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top