Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Awie Sedang Berusaha Jadikan 10 Tips Tipu Bini Awie Sebagai Filem Box Office

11-1-2021 08:58 AM| Komen: 8

Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie mengakui lega apabila filem terbitannya 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan menerusi Astro First mendapat sambutan positif penonton.

Awie, 52, berkata, dia gembira filem yang mula ditayangkan sejak 7 Januari lalu itu berada pada kedudukan teratas senarai filem Astro First setakat ini.


Foto: Harian Metro

"Alhamdulillah, filem ini berada di kedudukan pertama dalam senarai filem Top 5 di Astro First.

"Harapannya mestilah saya mahu filem ini meletup dan bagi satu hasil yang baik.

"Dalam masa sama saya masih berusaha untuk menjadikan ia filem box office Astro. InsyaAllah," katanya kepada Harian Metro.



Awie yang dikenali menerusi filem Sembilu menerbitkan filem sulung ini menerusi syarikatnya, Rumah Produksi Merah.

Filem genre komedi hasil skrip tulisan Armada AI Haq arahan Azizi 'Chunk' Adnan ini menampilkan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha, Nasir Bilal Khan dan Awie sendiri.

Setakat ini rekod box office dipegang oleh filem Mael Totey The Movie  dengan kutipan paling tinggi RM6.4 juta di Astro First sekali gus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang filem Syif Malam Raya.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : K Drama Angkat Kimchi, Ramen, Kenapa Kita Asyik Roti Bakar Dan Jus Oren Je?

Next       : Segala Jenis Jenayah Dihalalkan, Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’?

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 14-1-2021 12:34 AM
Tak best nape sis reviu la sikit. Br cadang nak tgk weekend ni dkg umah MIL. Support awie gitu psl awie ni comel je orgnya

Lain-lain Komen

Quote zaraaqilah 11-1-2021 09:14 AM
Baru jer godek2 ASTRO First semlm...x nampak pulak citer nih....
Quote dudaberhias 11-1-2021 09:19 AM
Tak tahu pulak kewujudan filem ni? ke iols duduk di alam lain?
Quote husna_amal 11-1-2021 09:27 AM
gud luck lah ya awie.
Quote manehnya 11-1-2021 11:11 AM
Sori x best

Rugi rm15

Tgk citer maid Mikel ang lg thrill kot
Quote manehnya 11-1-2021 11:12 AM
dudaberhias replied at 11-1-2021 09:19 AM
Tak tahu pulak kewujudan filem ni?  ke iols duduk di alam lain?

Kena beli
Rm15
Quote missHaidiD 11-1-2021 12:04 PM
Tak koser nk tgk.  Mesti cite taraf DT
Quote saviour_09 11-1-2021 03:51 PM
tbh SUMPAH TAK BEST LANGSUNG

termakan racunan anak aku nak tengok sgt konon nye

last2 ambik ko, nan hadooo

jangan la bazir duit beli

tunggu je donlod kat mana2 nnt
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:34 AM
Tak best nape sis reviu la sikit. Br cadang nak tgk weekend ni dkg umah MIL. Support awie gitu psl awie ni comel je orgnya

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top