Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Degil Tak Nak Pakai Pelitup Muka, Bruce Willis Dihalau Keluar Farmasi

13-1-2021 01:01 PM| Komen: 13

Gara-gara memasuki kedai farmasi di sini tanpa mengenakan pelitup muka, pelakon legenda Bruce Willis, 65, dihalau keluar dari premis itu, baru-baru ini.

Menurut laporan, bintang filem Die Hard itu enggan menutup langsung mulut dan hidungnya sewaktu memasuki premis terbabit walaupun sehelai skaf kelihatan tergantung di lehernya.

Tindakannya itu sekali gus mencetuskan kemarahan pelanggan lain dalam farmasi berkenaan. Dia kemudian keluar dari premis itu tanpa membeli apa-apa selepas dihalau.

Insiden itu berlaku selepas jumlah kematian akibat Covid-19 mencecah lebih 30,000 orang di California dan Los Angeles adalah kawasan paling terjejas dengan jangkitan virus itu.


Seramai 10 orang disahkan positif Covid-19 setiap minit di bandar raya menyebabkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa terutama ketika keluar membeli-belah atau bercampur orang lain.

Willis tidak berselindung mengenai dirinya menjalani kuarantin bersama sejumlah besar keluarganya walaupun ia ditegah. Dia juga berkongsi keluarga besarnya meraikan Krismas beramai-ramai, Disember lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 13
Komen

Previous : Ifan Seventeen Sedih Dan Terkejut, Rakan Seperjuangan Antara Mangsa Nahas Pesawat Sriwijaya

Next       : Portal Korea Buat Liputan Tentang YDP Agong Pilih BTS atau Blackpink

Komen Terbaru

Quote alesandra 10-2-2021 11:31 AM
dia x age gracefully.mcm tua ganyut sgt mukanya.dulu2 hensem

Lain-lain Komen

Quote azwanaliori 13-1-2021 01:44 PM
kesian pulak artis veteran kene halau tp mendapatlah x ikut sop..
Quote Redmyvi 13-1-2021 02:11 PM
Pakcik bruce nak beli apa tu kt farmasi.. nak beli mask kot.. stok mask dh abes
Quote damsel_fiji 13-1-2021 02:27 PM
Redmyvi replied at 13-1-2021 02:11 PM
Pakcik bruce nak beli apa tu kt farmasi.. nak beli mask kot.. stok mask dh abes

haha betul gak tu..ntah2 masuk farmasi nk carik mask..stok da abis


Quote EvieWanKenobi 13-1-2021 03:04 PM
kenapa selfish?
Quote buapakperut 13-1-2021 03:58 PM
baru tgk movie loopers, best gak
Quote Artemesiaa 13-1-2021 05:28 PM
SOP tetap SOP tak kira siapa pun beliau
Quote lavendernovella 13-1-2021 06:13 PM
Dia kan Die Hard {:smile{:smile
Quote nanies 14-1-2021 04:08 PM
hurm.. susah mati agaknya dia ni
Quote Carimas23 15-1-2021 03:42 AM
Selfish ni sumer...
Quote kakakpositifker 15-1-2021 01:16 PM
haiyaaaaaaaaaaaa
Quote nadie90 16-1-2021 10:50 PM
Wlpun pakcik BW ni byk filem2 lakonan beliau yg box office....tapi ceq pny instinct yg pakcik BW ni sorg yg kekwat..

Dan artikel di atas dah membuktikannya.....mmg ptt la kna halau dari premis....
Quote linsh 10-2-2021 02:39 AM
Irresponsible pakcik ni
Quote alesandra 10-2-2021 11:31 AM
dia x age gracefully.mcm tua ganyut sgt mukanya.dulu2 hensem

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top