Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

'Sweet Qismina Dan Adam Lee Dah Kahwin Ke?'

13-1-2021 06:26 PM| Komen: 67

Kredit foto: IG

Gara-gara kerap memuat naik foto dan video bersama, pelakon Sweet Qismina disangkakan sudah berkahwin dengan kekasihnya yang juga aktor Adam Lee.

Sweet menerima pertanyaan daripada netizen mengenai status sebenar hubungan mereka menerusi ruang komen di perkongsian video terbaharunya di laman Instagram.

"Diorang dah kahwin ke? Minta maaf tanya sebab ramai kata diorang dah kahwin," komen individu tersebut.


Kredit foto: IG

Menerusi video tersebut, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi bersama adiknya iaitu Farhanna Qisrina dan Adam melakukan gerakan tarian sempena perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu.

Enggan membiarkan netizen berterusan membuat andaian, pelakon drama bersiri Pink Smile itu tampil membalas komen individu tersebut.

Pelakon berusia 24 tahun itu menjelaskan dia dan Adam masih belum berkahwin namun berharap individu itu mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.



"Not yet (belum lagi) tapi akan datang, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik ya," tulis Sweet secara ringkas.

Sweet dan Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee kini bergandingan sebagai suami isteri dalam drama bersiri Bidadari Salju yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di TV3.


[/ig]

Pasangan kekasih ini mula menjalinkan hubungan rapat semenjak mereka digandingkan dalam sebuah drama berjudul Adam Chempaka pada 2019.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 23 November tahun lalu, Adam mengakui dia menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya iaitu Sweet Qismina.

Pelakon berusia 27 tahun ini bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia dan Sweet ingin fokus mengejar impian dalam kerjayanya masing-masing.


Sumber: mStar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 67
Komen

Previous : Tak Tenang Sampai Makan Ubat Tidur, Sajat Nak Mati?

Next       : "Ciapan Saya Beratus Ribu Likes, Siapa Nak Beli Meh Masuk Tender" - Adibah Noor

Komen Terbaru

Quote espri6006 15-1-2021 08:06 AM
anak2 pakcik masih ada yang kecil so semua cerita di Astro Ceria pakcik tengok sebab anak2 pakcik berterusan...dari dulu abang-kakaknya sekarang adik2 dia usia 2 tahun dan ada yg 2 bulan lagi...bertabah lah pakcik layan anak2 tengok Ceria bersama DIDI and fren, Tayo, Super Wings, Robocar Poly, Doraemon, Ultramen, Hagemaru, kapten boleh, Hikayat Putera Shazlan.........

Pakcik pun melayan cerita slot Akasia ni, Bidadari Salju terbitaan Zaidah Awang a.k.a A. Aida. Anak dengan Wife pakcik dul layan citer ni..Gigih wife pakcik menonton sambil menetek anak umur 2bulan. Pakcik layan aje..kalau tengok citer ni di adaptasi di Novel...ala semua penulis novel sekarang syok sndiri kan ( sebilangan), ceritanya memang tak masuk akal sikit...wife kena culik...penjenayah tuntut wang sejuta ..Sejuta youuu, si suami pun pergi hantarlah duit..penjenayah tamak nak duit lagi...nak culik pulak sisuami...isteri di bawa lari naik van..lepas tu isteri meronta2 nak lepas diri...kemudian lepas sbb terjun dari van..jatuh kat semak samun...Polis pulak main jenguk mcm tu je ( tak masuk akal kan)..lepas tu sampai lah berita ni kat keluarga mentua dia yg si wife ni hilang...

gigih pakcik cerita balik...

Lain-lain Komen

Quote kivio 13-1-2021 07:15 PM
Aku xtaula kenapa.
Letak nama sweet2 ni macam tak kena, nak temuntah pulak dengar.
Qismina sudah.
Quote nazzse 13-1-2021 07:44 PM
Laki ni handsome la jgk, tapi sweet ni below par..
Adam cari lain please
Quote diiyanazakaria 13-1-2021 07:50 PM
Dia ni bg aku biasa je..
Quote GayahGigih 13-1-2021 07:53 PM
siapa pulak diorg ni..nama siap ada sweet pulak.. halaaa halaa..
Quote slyfynx 13-1-2021 07:53 PM
nazzse replied at 13-1-2021 07:44 PM
Laki ni handsome la jgk, tapi sweet ni below par..
Adam cari lain please

Ntah la.
Betul la kot org cakap, beauty is in the eye of the beholder, sbb pada aku, Adam Lee ni kalau die orang biasa,
orang x pandang pn. Maybe org tgk sbb bdn fit je la.
Muke is sgt biasa.
Tp sbb retis kan.
Quote YomiuriLandMae 13-1-2021 07:59 PM
td iols saje la tertekan tgk citer dorg ptg2 tu.. homaigodd cringe nak mati.. cliche dia lgsg tabley bwk bincang.. sape la yg sanggup dok mengadap tv tgk citer2 mcm ni..
Quote Cumikucingku 13-1-2021 08:12 PM
Nape perasan sgt letak "sweet"?

Qismina supandi je dah la...
Quote bondeh 13-1-2021 09:12 PM
Masa kecik letak nama Sweet Farhana dah remaja Sweet Qismina... nih kau dah jadi pelakon dewasa please buang Sweet tuh... ramai yg kecam kau dekkkkk berlakon pun tak kenaaaa....
Quote Nenolen 13-1-2021 09:16 PM
Kak kenai dia pasai Hikayat Putera Shazlan...dia yg jadik anak pompuan Arbaiyah kan nama Fasha...Mak Som dan Fasha suka buli Shazlan
Quote EvieWanKenobi 13-1-2021 09:19 PM
Nenolen replied at 13-1-2021 09:16 PM
Kak kenai dia pasai Hikayat Putera Shazlan...dia yg jadik anak pompuan Arbaiyah kan nama Fasha...Mak ...

laa ye ke.. ingat watak tu.. tak sangka pulak dia ni..
Quote MakcikLaksa 13-1-2021 09:45 PM
Kawen jela dik.. Dalam drama dah berdukung2 bagai. Luar drama xtaula apa lg boleh buat {:give
Quote gekkou 13-1-2021 10:05 PM
nama dia betul2 ada sweet kah?
edisi malas nk google
Quote sukacactus 13-1-2021 10:10 PM
Couple lama2 sgt nnt kawin dah kurang manisnya dik sweet oii
Org dah biasa sgt tgk korang jd laki bini, bersanding esok npk cam biasa sj lah
Quote hyie 13-1-2021 10:29 PM
kivio replied at 13-1-2021 07:15 PM
Aku xtaula kenapa.
Letak nama sweet2 ni macam tak kena, nak temuntah pulak dengar.
Qismina sudah.

tu nama gelaran dia kat rumah lah adik beradik dia yang lain pon ada jugak...sheols ada bagitau kat Trek Selebriti tahun lepas
Quote mesmerize 13-1-2021 10:37 PM
wah umur tu dah cantek sangat utk kawen.. Sweet 24, Adam 27
Quote blue^panther 13-1-2021 10:49 PM
nama anak2 mak dia semua aku rasa mmg cringe la, nama dia sweet, arwah kakak dia pearl, adik pompuan dia agirl, adik lelaki baby......
Quote LadyCarefree 13-1-2021 11:08 PM
slyfynx: Ntah la.Betul la kot org cakap, beauty is in the eye of the beholder, sbb pada aku, Adam Lee ni kalau die orang biasa,orang x pandang pn. Maybe org tg ...


Tapi dua orang ni ada kontroversi ke? Macam ok je.
Quote Managerara 13-1-2021 11:12 PM
slyfynx replied at 13-1-2021 07:53 PM
Ntah la.
Betul la kot org cakap, beauty is in the eye of the beholder, sbb pada aku, Adam Lee ni  ...

Bg aku mcm weird dan awkward camtu..jenis yg org xnk kawan
Quote Managerara 13-1-2021 11:14 PM
blue^panther replied at 13-1-2021 10:49 PM
nama anak2 mak dia semua aku rasa mmg cringe la, nama dia sweet, arwah kakak dia pearl, adik pompuan ...

Oo akk dia dah meninggal..sian..

Lihat semua komen(67)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top