Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Segala Jenis Jenayah Dihalalkan, Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’?

14-1-2021 03:39 PM| Komen: 10



Segala jenis jenayah dihalalkan dalam siri filem The Purge.

Pada awalnya, siri The Purge adalah sebuah filem yang dihasilkan dengan bajet rendah iaitu sebanyak USD3 juta.

Langsung tidak menjangkakan ianya akan menjadi filem yang meletup sehingga berjaya mengumpul pulangan sebanyak USD90 juta, filem The Purge merupakan filem yang mengisahkan mengenai eksperimen sosial yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat oleh Parti The New Founding Fathers of America.



Eksperimen sosial yang pada awalnya diluluskan hanya dengan tujuan mahu menstabilkan masyarakat Amerika akhirnya menjadi sesuatu yang tidak terkawal disebabkan rakyat dibenarkan untuk melakukan jenayah tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

Membawa genre thriller aksi distopia, The Purge memberi gambaran kepada penonton bagaimana sekiranya semua jenayah dihalalkan biarpun tempohnya hanya selama 12 jam.

Yang hanya mampu menghadapi malam ini dengan selamat cuma orang-orang kaya (kelas atasan) yang boleh menyediakan aplikasi keselamatan di rumah mereka.



Manakala rakyat biasa (kelas bawahan) berpotensi besar untuk diburu dan menjadi mangsa kepada mereka yang menyertai kumpulan protes ini.

Hasil daripada keberjayaan eksperimen ini, kerajaan percaya The Purge perlu diadakan setiap tahun bagi mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan ekonomi disebabkan adanya hari yang menghalalkan segala jenayah.

Hasil daripada membawa konsep cerita lain daripada lain, siri filem The Purge mendapat sokongan luar biasa namun siri kemudiannya dikritik kerana plot yang semakin mengarut dan tidak masuk akal.

Juga dipanggil sebagai hari pembersihan, terdapat lima siri filem The Purge iaitu The Purge (2013), The Purge: Anarchy (2014), The Purge: Election Year (2016), The First Purge (2018) dan The Forever Purge (2021) serta satu siri televisyen The Purge (2018-2019).

Dua siri filem The Purge iaitu The Purge: Anarchy dan The First Purge kini sudah boleh ditonton di Netflix.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem The First Purge di pautan bawah:



Sumber : Odisi


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Previous : Awie Sedang Berusaha Jadikan 10 Tips Tipu Bini Awie Sebagai Filem Box Office

Next       : Dah 50 Tahun Pun Tetap Cantik, Wajah Awet Muda ‘ROSALINDA’ Curi Tumpuan!

Komen Terbaru

Quote Lagubestbest 15-1-2021 01:30 AM
tapi tak boleh purge menteri/ kakitangan kerajaan kan?

Lain-lain Komen

Quote haifawehbe 14-1-2021 03:51 PM
antara the best movie yg iols layan. paling best yg purge anarchy dgn election year.
Quote djzara81 14-1-2021 04:03 PM
Aku tgk semua movie The Purge. Walopon xde muka2 top hollywood tapi dari acting ke story line mmg terbaekkk.
Quote xLillyx 14-1-2021 04:04 PM
The First Purge tak best sgt. Mula2 je best. I still wonder kenapa takde jenayah rape. Kalau ikut logik mende tu la org nak kan.
Quote Normabaru 14-1-2021 04:04 PM
Eeee kejam nyeee...bila asik layan otak ganas2 ni tu yang domestic violence meningkat..how la dunia nk aman
Quote umbut 14-1-2021 05:24 PM
Paling nyampah 1st purge movie... nak penampor je rasa... awat ke bodoh bagi masuk
Quote adelea 14-1-2021 06:23 PM
umbut: Paling nyampah 1st purge movie... nak penampor je rasa... awat ke bodoh bagi masuk

Mmg pun ... Sakit hati aku ...
Anak dia boleh plak bukak pintu bagi org luar masuk sbb kesian .. {:question
Quote AyaqMeloSuam 14-1-2021 06:59 PM
Sian kan yg kna bunuh sia2.. huuu.. jiran apa bagai
Quote komotthecat 14-1-2021 08:03 PM
walaupun tak suka cite ni tapi still tengok
Quote chinta89 15-1-2021 01:11 AM
Nt nk tgk la ctr ni
Quote Lagubestbest 15-1-2021 01:30 AM
tapi tak boleh purge menteri/ kakitangan kerajaan kan?

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top