Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Tiga Tahun Belajar Al-Quran, Bandi Amuk Berjaya Khatam

16-1-2021 11:21 AM| Komen: 35

Selepas tiga tahun belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas, penyanyi rock popular, Bandi Amuk, 57, bersyukur apabila berjaya khatam, baru-baru ini.

Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia mula mengikuti pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz.

"Saya cakap dengan ustaz itu untuk khatam dan dia alu-alukan. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya. Selama tiga tahun belajar, dugaannya memang banyak. Walaupun boleh membaca al-Quran, saya pilih bermula dengan Iqra kerana nak betulkan tajwid dan mahraj. Itu yang buat jadi lama tapi tak kisahlah asalkan saya belajar.

"Sekarang, jika membaca surah Yassin saya boleh tahu mana harakat, mahraj dan sebagainya. Saya jadi seronok membaca surah Yassin kerana tahu mana nak berhenti," katanya kepada Harian Metro.

Kredit foto: Harian Metro

Bandi yang kini menetap di Johor Bahru berkata, jika ada persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sanggup mengambil penerbangan awal supaya sempat belajar mengaji. Ada ketika saya sampai rumah jam 7 malam dan terus mandi serta bersiap-siap kerana kelas bermula jam 8.30 malam.

"Rasa sayang nak tinggal kerana kalau sudah mengaji memang terasa seronok. Saya nak pesan kepada sesiapa yang nak mengaji al-Quran, kalau boleh peluk dulu al-Quran, cium dan junjung atas kepala.

"Niat dalam hati semoga al-Quran ada dalam hati dan diri kita. Perasannya sangat seronok. Bukan tak boleh khatam sendiri di rumah tapi khatam di depan guru yang mengajar kita lain rasanya. Ia buat saya berhati-hati dan tak buat silap depannya," katanya.

Bandi berkata, dia juga tidak mahu apa yang dilakukannya dianggap seperti menunjuk-nunjuk kepada peminat.

"Rakan saya ustaz Radin meminta izin untuk keluarkan di Facebook. Saya fikir kalau ini salah satu pemangkin untuk orang belajar baguslah. Tiada niat untuk saya riak.

"Saya akan sambung lagi belajar lepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya terlambat khatam kerana biasanya ada persembahan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sedangkan Ahad ada kelas. Itu buat ia jadi tertangguh. Saya biasanya pulang ke Johor Bahru pada hari Isnin dan esoknya Selasa ada lagi kelas. Kadang-kadang badan terasa letih," katanya.

Bandi mengakui dia pernah membaca al-Quran dalam keadaan mata tertutup kerana terlalu penat.



"Ustaz kasihan melihat saya dan kata tak payah datang kalau letih. Namun, saya tetap datang kerana sayang nak tinggal kelas. Lagipun saya tengok orang yang belajar kemudian sudah nak mendahului saya.

"Saya menyeru kalau boleh rakan-rakan dan masyarakat Islam yang lain belajar mengaji al-Quran kerana kita sebenarnya dah nak sampai penamat. Sekurang-kurangnya kita ada bekalan nanti," katanya.

Dalam situasi pandemik Covid-19, Bandi kini membantu memasarkan perniagaan karipap sejuk beku hasil air tangan isterinya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 35
Komen

Previous : Bront Palarae Teruja, Bangga 2 Kali Tercalon Aktor Terbaik Asia

Next       : Wany Hasrita Tak Suka Pakai Ketat, Tak Kisah Kalau Baju Selalu Kena Kutuk

Komen Terbaru

Quote Kpoplovers 19-1-2021 11:34 AM
Alhamdulillah..

Lain-lain Komen

Quote Geeayden 16-1-2021 11:33 AM
Alhamdullillah, akhirnya dpt khatam AlQuran
Quote shernazz 16-1-2021 11:44 AM
Bila slalu baca..kita jadi hapal
Tengok quran tu buat syarat je..benda dah ada.dalam kepala dah...
Mcm.kita baca surah lazim.tu lah...
Quote Tinot7 16-1-2021 11:46 AM
tahniah... voley jadi iktibar..
Quote little_sis 16-1-2021 11:54 AM
Oo nama dia sebenarnya mmg ada 'bandi' tu rupanya..ingatkan nama samaran je
Quote Lengkong 16-1-2021 11:55 AM
Alhamdulillah

Quote hyie 16-1-2021 11:57 AM
first time dapat tengok muka heols...masa group lama dulu iols tak kenal
Quote Rob07 16-1-2021 12:04 PM
Tahniah bang{:love  
Quote cha-cha 16-1-2021 12:23 PM
Aku imejin dia ngaji macam nyanyi yeyearghhh  
Quote MinyakAngin 16-1-2021 12:58 PM
Bagusnya. Aku pun nak cari guru. Kalau setakai baca sendiri tu tajwid makrj kelaut kita pun tak.tau
Quote Nenasketum 16-1-2021 01:00 PM
Alhamdulillah & tahniah
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:32 PM
ooo ekkkkk???? alhamdulillah.. tp xyah lah nk gebang.
Quote inspektoremos21 16-1-2021 05:39 PM
Heols dah lama ke bukak topeng? Ni first time meols dpt tengok muka dia betul2
Quote Daftpunk_shine 16-1-2021 07:23 PM
Bila khatam..mak buatkan kenduri pulut kuning..{:childlike
Quote farhani87 16-1-2021 07:27 PM
Alhamdulillah. Bagusnya. First time tgk muka dia tanpa topeng.
Quote red_velvet 16-1-2021 07:29 PM
Dia bagus. Masa panggil dia kat satu  program ni soalan pertama dia tanya  tempat solat kat mana ...  
Quote Diann 16-1-2021 07:36 PM
Alhamdulillah, tahniah bandi
Quote imrb 16-1-2021 07:50 PM
kiah_mai_pulak replied at 16-1-2021 05:32 PM
ooo ekkkkk???? alhamdulillah.. tp xyah lah nk gebang.

benda baik pun ko triggered.. ustaz dia yg war2kan

sedih hidup ko!
Quote Supersirap 16-1-2021 07:55 PM
Tahniah diucapkan kepada Bandi, semoga cerita ini dapat menjadikan inspirasi kepada sesiapa untuk cintakan kepada Al-Quran
Quote kwekkwek 16-1-2021 08:53 PM
alhamdulillah

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top