Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Dah 50 Tahun Pun Tetap Cantik, Wajah Awet Muda ‘ROSALINDA’ Curi Tumpuan!

21-1-2021 01:50 AM| Komen: 43



Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes, Marimar dan Rosalinda sekitar tahun 90an ini? Kecantikan luar biasa yang dimiliki selebriti Mexico tersebut nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri berkenaan hingga ke hari ini.

Tahun ini, Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda meniti usia 50 tahun pada 26 Ogos nanti. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah, sedikit pun tak menggambarkan umur sebenar Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!

Jelitawan ini juga sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music. Hasil perkongsian hidup selama 2 dekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun. Tommy yang memiliki kerjaya sebagai penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.


Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All itu hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000 dalam sebuah majlis perkahwinan gilang-gemilang.

Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan kosmetik, tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah. Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 17 juta peminat! Nama Thalia turut terukir di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2013 sementara suaminya pula menerima pengiktirafan sama pada tahun 2019.



Alahai, sudahlah cantik… kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Dua tahun lalu, Thalia hadir dengan lagu duet ‘No Me Acuerdo’ bersama Natti Natasha yang memperoleh lebih 1 bilion tontonan di YouTube! Terbaharu, klip videonya berjudul Tick Tock pula mencatat lebih 12 juta tontonan meskipun baru 2 bulan dimuat naik. Pendek kata, apa sahaja video atau aktiviti Thalia pasti mencecah jutaan perhatian daripada peminat!

Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan mengamalkan gaya hidup sihat. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan fleksibiliti badan.


Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh menawan seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia 50 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.

 

 

Kredit foto: Instagram Thalia/nona

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 43
Komen

Previous : Segala Jenis Jenayah Dihalalkan, Ada Apa Dengan Siri Filem ‘The Purge’?

Next       : Drama Rahimah Tanpa Rahim Jadi Bahan Jenaka, Penerbit Tampil Beri Penjelasan

Komen Terbaru

Quote fido_dido 17-3-2021 07:57 PM
teringat kat fernando jose altamirano del castillo..
gitu sisturr ingat nama heols

Lain-lain Komen

Quote Cenderakirana9 21-1-2021 02:09 AM
Masa muda memang lawa betul
Quote KIM.K 21-1-2021 05:03 AM
Harap takda dak twidder menyamakan geng surgery dengan Norlia Ghani
Quote bluebutter 21-1-2021 06:35 AM
Bukan tommy tu ex husbaby mariah carey ke?.
Quote bluebutter 21-1-2021 06:37 AM
Sorry I baca tak habis haha. Sorry sorry. Dah dua puluh tahun ek?.

Kekal ya dorang. Good parent.
Quote Lengkong 21-1-2021 07:52 AM
Memang cantiklah

Quote nazzse 21-1-2021 07:54 AM
Fuhh 50 tahun lawa mcm ni lagi..

Quote Kurex 21-1-2021 08:11 AM
Rindu pulak zaman kanak2

Quote marla69 21-1-2021 08:13 AM
Cantik tapi agak agak muka sekarang ada filler tak.
Quote alieyrina 21-1-2021 08:26 AM
X larat nak tgk telenovela dulu2 ..byk episod bejanggut tggu habis..tp idok la aku beriya nonton
Quote kakakpositifker 21-1-2021 08:27 AM
{:love cantik nyaaaaaa
Quote sasasoso 21-1-2021 08:51 AM
bukan ke ade artikel,rahsia cantik dia orgasm banyak kali dlm satu mlm. {:thief {:thief
Quote umbut 21-1-2021 10:11 AM
Memang taste tommy yg camni.. cam acik mariah... beza byk umur.. tommy 71 thalia 49. Asalkan kaya raya... hati senang.. acik mariah je makin tembam
Quote mdhelmi 21-1-2021 10:20 AM
ada org kata kalo senyum harusla nampak cantik
tapi kalo tgh marah mcm gomora
Quote MsKathryn 21-1-2021 10:39 AM
Dia ni mmg gorgeous...  
Quote mamajawie 21-1-2021 11:21 AM
eh, kat malaysia pun ada thalia ye...

image.png

Quote mamajawie 21-1-2021 11:22 AM
sasasoso replied at 21-1-2021 08:51 AM
bukan ke ade artikel,rahsia cantik dia orgasm banyak kali dlm satu mlm. {:thief {:thief

xpenat ke manjang stim je ni??skali pun da xlarat yachhh

Quote lavendernovella 21-1-2021 11:53 AM
Selain dari disiplin kecantikan menten bertahun-tahun. Cara paling ampuh nak kekal cantik, harus bernikah dgn billionaire.
Quote Adeakukesah11 21-1-2021 01:16 PM
mamajawie replied at 21-1-2021 11:21 AM
eh, kat malaysia pun ada thalia ye...

Gigi mentosssss
Quote namr 21-1-2021 02:54 PM
Rosalinda ayamor..

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top