Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

10 Filem Yang Mendapat Markah “0%” Dari Rottentomatoes

25-1-2021 10:02 PM| Komen: 8



Rottentomatoes merupakan sebuah laman web yang memberi rating kepada filem-filem yang ditayangkan dan merupakan laman web pemberi rating yang berpengaruh dalam industri perfileman Hollywood dan markah yang diberikan mampu memberi kesan kepada prestasi filem tersebut apabila ditayangkan.

Jika sebelum ini kami memberikan senarai top 10 filem yang mendapat markah tertinggi dari laman web tersebut, kali ini kami ingin kongsikan 10 filem yang mendapat markah 0% dari laman Rottentomatoes. 10 filem ini berdasarkan jumlah review yang diterima oleh filem tersebut.

10. Stratton (2017) – 33 Review



Pada mulanya, filem aksi thriller British ini dibintangi oleh pelakon Henry Cavill, namun pelakon tersebut bertindak keluar dari produksi filem disebabkan perbezaan kreatif mengenai skrip filem. Tempatnya bagaimanapun diganti oleh pelakon filem Captain America: The First Avenger iaitu Dominic Cooper. Bagaimanapun filem ini gagal bukan sahaja dari segi kritik, malah gagal dari segi kewangan apabila hanya mampu meraih kurang dari $200,000 dolar berbanding modal pembikinan sebanyak £12.9 juta pound.

9. Jaws: The Revenge (1987) – 34 Review



Filem arahan Joseph Sargent ini merupakan filem keempat dan filem terakhir dalam franchise Jaws. Ia mengisahkan tentang Jerung Putih yang ingin membalas dendam terhadap keluarga dan kenalan rapat Ellen Brody..hmm bunyi macam mengarut. Filem ini telah berjaya meraih $51 juta dolar berbanding modal sebanyak $23 juta dan berjaya membawa balik satu anugerah dari 8th Golden Raspberry Awards.

8. Bucky Larson: Born to Be a Star (2011) – 35 Review



Filem komedi yang dibintaingi oleh Adam Sandler, Allen Covert, dan Nick Swardson. Filem yang diterbitkan pada tahun 2011 ini bukan sahaja dikritik teruk oleh para pengkritik, malah turut menerima ‘malapetaka’ box office apabila hanya mampu meraih $2.5 juta dari modal sebanyak $9 juta. Filem ini juga turut menerima 6 pencalonan di anugerah Golden Raspberry termasuklah dalam kategori Filem Paling Teruk

7. The Ridiculous 6 (2015) – 35 Review



Walaupun dibintangi pelakon-pelakon komedi terkenal seperti Adam Sandler, Terry Crews, Rob Schneider, dan Luke Wilson. Pengkritik menyifatkan filem ini sebagai “pemalas” dan paling tidak disukai mereka. Anda peminat Adam Sandler?

6. National Lampoon’s Gold Diggers (2003) – 44 Review


Seperti kebanyakkan filem-filem tempatan, filem yang mengisahkan tentang dua pemuda “kaki kikis duit orang tua ini” hanya mampu bertahan dipawagam selama 1 minggu sahaja. Mujur mereka tak salahkan “Skim Wajib Tayang Hollywood”

5. Superbabies: Baby Geniuses 2 (2004) – 45 Review



Sekuel dari filem Baby Geniuses yang diterbitkan pada tahun 1999. Sangat tidak disukai oleh para pengkritik kerana jenaka yang tidak menjadi lebih-lebih lagi dibuat oleh bayi. Filem ini juga gagal dari segi kewangan apabila hanya mampu meraih separuh dari modal pembikinan sebanyak $20 juta

4. Pinocchio (2002) – 54 Review


Filem dari Itali ini sepatutnya tidak direview oleh pengkritik di US tetapi disebabkan versi dubbing bahasa Inggeris menyebabkan filem ini dikritik teruk seteruk-teruknya. Walaupun begitu, dinegara sendiri mereka iaitu Itali, filem Pinocchio berjaya memenangi dua anugerah dari 6 pencalonan yang diterimanya dalam anugerah David di Donatello Awards

3. A Thousand Words (2012) – 56 Review



Pengkritik menyifatkan, kurangnya suara dan dialog Eddie Murphy dalam filem ini penyebab kepada kegagalan filem A Thousand Words. Aktor tersebut terkenal kerana dialog dan suaranya yang kelakar. Tambahan pulak, komedi yang ditunjukkan sudah lapuk memandangkan filem lewat ditayangkan iaitu 4 tahun selepas penggambarannya yang dibuat pada tahun 2008.

2. One Missed Call (2008) – 80 Review



Walaupun sukses dari segi kewangan, filem One Missed Call dianggap filem remake ‘J-Horror horror” paling teruk sekali. Walaupun ia dihasilkan semula dari filem seram Jepun berjudul sama, ia dikritik teruk kerana meniru plot beberapa filem seram lain seperti  Scream (1996), Final Destination (2000), The Ring (2002), The Grudge (2004), Dark Water (2005), dan Pulse (2006)

1. Ballistic: Ecks vs. Sever (2002) – 116 review



Juara filem paling teruk Rottentomatoes setakat ini. Dengan 116 pengkritik, tiada seorang daripada mereka menyukai filem ini. Filem yang dibintangi pelakon terkenal dalam dunia filem aksi iaitu  Antonio Banderas dan Lucy Liu ini dikritik laman pengkritik Roger Ebert sebagai sebuah filem yang cliche, terlampau dilambakkan dengan kesan khas dan letupan. Malah tajuk filem ini turut dikritik teruk. Keuntungan? filem ini rugi teruk – hanya mampu meraih $19.9 juta dari modal $70 juta dolar.

Honorable Mention – Gotti (2018) –  32 Review



Filem pertama 2018 dan yang terbaru diberi markah “0%” oleh Rottentomatoes. Pengkritik menyifatkan filem lakonan John Travolta ini sebagai filem gangster paling teruk, dan bosan. Malah kontroversi melanda filem ini apabila dikatakan pihak studio cuba memanipulasi ‘Audience score’ dilaman Rottentomatoes dan juga memberi review-review positif tentang filem ini melalui akaun palsu



Sumber : kakimuvee.net


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 8
Komen

Previous : Drama Rahimah Tanpa Rahim Jadi Bahan Jenaka, Penerbit Tampil Beri Penjelasan

Next       : Babak Alvin Chong Keluar Kereta Kejar Peragut 'Tak Masuk Akal'! Pengarah Mengaku Terlepas Pandang

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 3-3-2021 10:07 AM
semua cerita dia atas aku tak penah tgk tapi mmg banyak cite adam sandler yg mengarut sikit.. tapi suka kalau adam kumpul geng2 lawak dia dlm satu movie mcm reunion plk

Lain-lain Komen

Quote Lolalala 25-1-2021 10:53 PM
Selalunya memang tak lalu nak tengok cerita yang ada Adam Sandler ni. {:nose
Quote axl_bach 26-1-2021 02:10 AM
Terus rasa nak cari citer Ridiculous 6 tu...aku suka tgk citer Adam Sandlers sbb mesti ada cameo team2 bongok dia mcm si Robb Scneider,steve buscemi bagai tu..

Jaws The Revenge? Hmmmmm

Quote Carcosa 26-1-2021 08:33 AM
John Travolta mana pernah tak hauk kalau berlakon
Quote jihah_kudat 26-1-2021 10:28 AM
a thousand word tu okay2 je tapi takde la teruk sangat boleh la tengok buat mengisi masa lapang  
Quote farhani87 3-2-2021 10:53 PM
Okey. Nasib baik x pernah tengok movie2 ni. Hollywood pun byk jer produce filem bodoh. Bukan Malaysia jer.
Quote alesandra 28-2-2021 01:31 PM
citer gotti tu malangnya aku ada tgk.mmg boring pon.kalau tgk dokumentari pasal gotti neh mmg bosan tahap gaban berbanding dgn kisah ketua mafia2 yg lain.ank pmpuan  gotti ni dulu pun ada reality show sendiri.bajet best walhal amat membosankan dan poyo.
Quote dauswq 1-3-2021 03:13 PM
Lolalala replied at 25-1-2021 10:53 PM
Selalunya memang tak lalu nak tengok cerita yang ada Adam Sandler ni. {:nose

ade satu filem dia yg best tahun lepas. Uncut Gems.
Barulah nampak dia berlakon selama ni.


Quote Redmyvi 3-3-2021 10:07 AM
semua cerita dia atas aku tak penah tgk tapi mmg banyak cite adam sandler yg mengarut sikit.. tapi suka kalau adam kumpul geng2 lawak dia dlm satu movie mcm reunion plk

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top