Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Babak Alvin Chong Keluar Kereta Kejar Peragut 'Tak Masuk Akal'! Pengarah Mengaku Terlepas Pandang

3-2-2021 04:34 PM| Komen: 54

Babak lakonan Alvin Chong yang membawa watak Ean dalam drama Takdir Yang Tertulis (TYT) keluar daripada kereta dipandunya untuk mengejar peragut menimbulkan pertikaian dalam kalangan penonton.

Rata-rata penonton menganggap adegan itu tidak masuk akal berikutan Alvin boleh sahaja mengejar peragut yang menaiki motosikal itu dengan kereta yang sedang dipandunya.

Mengakui kesilapan yang berlaku pada episod 7 itu, pengarah drama terbabit, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat berkata, pihaknya terlepas pandang mengenai perkara itu.




"Sebenarnya ini silap saya. Nak dijadikan cerita tiada seorang pun perasan akan kesilapan screenplay ini. Baik artis mahupun kru produksi.

"Kami terlalu fokus dengan objektif saya sampai terlepas pandang pasal kelogikan Ean boleh berlari keluar dari kereta.

"Lagipun kami shoot babak ini dah dekat pukul 12 malam. Sel-sel otak dah tak berhubung sangat. Aku dah ingat katil je masa ini," katanya.



Menjelaskan lagi situasi tersebut, Ijat mengakui drama arahannya turut terdapat kelemahannya dan berharap ia masih dapat diterima penonton.

"Editor tanya saya kenapa Ean tak kejar peragut dengan kereta, saya terus terkedu. Saya pandang Uchee (penolong pengarah) dan Uchee pandang saya.

"Lepas itu kami tepuk dahi dah tergelak masa edit. Haah ek... Dah kenapa Ean kena lari keluar padahal boleh je dia kejar dengan kereta.

"Anyway it's okay. Ini menunjukkan drama TYT ni tidaklah hebat mana pun. Ia tetap penuh dengan kelemahan sama dengan drama-drama lain termasuk drama Korea yang korang dok megah-megahkan sangat tu," katanya.

Kredit foto: IG

Takdir Yang Tertulis yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis di slot Samarinda TV3 dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Didie Alias dan Iman Suhana.

Ia mengisahkan seorang wanita yang kehilangan suami dan syarikat disebabkan dikhianati oleh rakan baik sendiri. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 54
Komen

Previous : 10 Filem Yang Mendapat Markah “0%” Dari Rottentomatoes

Next       : Awie Gembira, Filem 10 Tips Tipu Bini Dapat Kutipan RM1 Juta.

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 13-2-2021 03:36 PM
Bukan time sunting jer, time edit pastu time nak finalise untuk masukkan babak. Sebuk buh lipstick kot depa ni tu yang suma terlepas pandang. Pastu slalulya ada Asst. Director, suma tido sambil mata terbuka kah?

Lain-lain Komen

Quote FY08 3-2-2021 04:38 PM
Pngaruh cita korea ni.. hero lari kejar org yg naik transport
Quote budakpink 3-2-2021 04:43 PM
Hebat sgt ke drama ni.. Knp aku tak tengok erk.. Mybe sebab para pelakon yg suam2 kuku...
Quote tagas 3-2-2021 04:51 PM
Kebetulan aku tertengok babak ni

tak sangka viral pulak

ade ckp dlm hati smlm mmg sengal
Quote Ain_h 3-2-2021 04:53 PM
Tak perasan pape pon
Quote MissyMolly 3-2-2021 04:55 PM
Tau xper.. iols tros apoooo? Ko dlm kete kot.. gigih kuar kejar.. ngek lar.. baru ingat dpt tgk adegan drift ke..
Quote MissyMolly 3-2-2021 04:58 PM
budakpink: Hebat sgt ke drama ni.. Knp aku tak tengok erk.. Mybe sebab para pelakon yg suam2 kuku...


Tgk la budak.. ok la jugak.. nk ckp terok sgt pangai heroin smp kena bls mcm tu sekalik plotnya.. tp dedi xmkn roti bekpes sbb nk masuk mesorat jota2 xde taw dlm  hehehe
Quote bakingsoda 3-2-2021 05:01 PM
tapi kalau real life panik sangat ramai je jd dungu jap
Quote Fafaaisa 3-2-2021 05:04 PM
Tak tengok cite ni tapi nampak kawan2 duk post kat fb..ramai yg duk menyumpah kat fb..
Quote Geeayden 3-2-2021 05:17 PM
X tengok drama tyt ni..
Quote rosannazmia 3-2-2021 05:24 PM
Ok sbb viral ni buat kan hakak nak tgk drama ni.. walaopoonnnnnnnnnnn... ter sangat la x berkenaan dgn nad zainal ni ... tp sbb tok pit put letak snippet kat igs dia lakonan nad mcm wowww sgt emosi jadi iols mcm nak tgk.. tp xtgk jugak .. td kwn meols ltk dlm ig dia babak alvin lawyer nad tu hmmm ade alvin he he he x tahu dia dlm drama ni n tgk director wowww abam budakijat... terus vow nak cari dlm yutube
Quote nordin84 3-2-2021 05:34 PM
bg iols ok je.. beliau terkejut kot.. dan intention dia bkn nk kejar peragut pun.. more to nak tgk si juwita tu je
Quote nazzse 3-2-2021 05:34 PM
Berapa banyak thread lagi akan muncul utk drama ni
Quote MontanaHannah 3-2-2021 05:38 PM
penontotn pun sanggup buang masa tengok, peduli apa bodoh ke tidak.
Quote CiliPadiSedap 3-2-2021 05:38 PM
lagi best sinetron bawang merah bawang putih onion aunty. makan popcorn licin sebelang
Quote irsa 3-2-2021 05:51 PM
Iols tgk drama ni smbil imagine Diana Danielle as watak Juweta tu. Nad Jenal mcm terlalu memaksa jiwa melakonkan  watak Juweta itu. Iols cannot accept laa.. jadi over lakonan. Boleh x relax bersahaja jer Just my doposen opinion
Quote mishungu 3-2-2021 05:55 PM
Smlm time tgk iols ckp kt mak apa bodo ean ni kete ada gigih nak kejar dgn kaki..
Quote Skuau 3-2-2021 07:09 PM
'KEHAIRANAN'  Aku pulok...ada lg ore tgk 'CITER CAMTU'.....taun 2021 ni...
Quote Cari-Mod 3-2-2021 08:05 PM
apa kaitan dengan shooting pukul 12 malam pikir katil bagai? plot cerita scene tu ikut screenplay yang ko dah prepare berbulan bulan sebelum tu kan? so maknanya dari awal2 lagi memang ko dah tahu babak tu tak logik kan? ke ko buat screenplay pukul 12 tengah malam time tu jugak lepas tu terus shooting yang gegeh nak alasan pikir katil segala?
Quote Cari-Mod 3-2-2021 08:11 PM
sebelum ni pon lagi la parah parah drama nur watak ustaz tapi salah bacaan tajwid apooo? duk pikir katil segala jugak ke time tu? lepas netizen tegur baru ko terhegeh nak betulkan balik buat reshoot bagai khens?

Lihat semua komen(54)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top