Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Kami Niaga Bukan Untuk Kaya" - Adibah Noor Tepis Dakwaan Semua Artis Jutawan

12-2-2021 12:30 PM|Oleh: LilRose| Komen: 21

Adibah Noor menangkis dakwaan segelintir pihak yang melihat golongan artis tidak mengalami sebarang kesukaran dalam hidup.

Realitinya, sebilangan besar artis terutama ketika berdepan pandemik Covid-19 bertungkus-lumus meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian dengan menjalankan perniagaan.


Kredit foto:IG

Maka, pendapat bahawa penggiat seni meraih pendapatan besar dan bergelar jutawan perlu diperbetulkan.

"Dalam musim pandemik ini, kita lihat ramai artis yang mula meniaga. Ada meniaga pakaian, makanan dan lain-lain.

"Tetapi kami buat bukan sebab nak cari kekayaan tetapi kerana itu salah satu cara untuk mendapatkan wang sementara nak dapat peluang kerja lain," katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Khamis.

Malah, Adibah menegaskan apa yang diperjuangkan anak seni buat masa ini adalah peluang sama diberikan kepada sekotr lain iaitu diberi kelonggaran untuk beroperasi.

Walaupun sudah dapat lampu hijau, tetapi masih ada kekeliruan terutama sekali berkaitan SOP (prosedur operasi standard).

"SOP yang dikeluarkan ketika ini ialah penggambaran dalam studio dan ini sukar dilaksanakan bagi penggiat seni tempatan. Kami bersuara bukan sahaja untuk golongan artis tetapi juga bagi mereka yang berada di belakang tabir seperti jurumekap, jurukamera dan ramai lagi.

"Saya tidak rasa ada yang perlu dibimbangi kerana sebelum ini pun, semua penggambaran berjalan dengan SOP ketat. Semua produksi sangar menitikberatkan SOP kerana industri seni kreatif merupakan industri yang diletakkan di bawah spotlight," ujarnya



Justeru, Adibah menyeru kerajaan membenarkan anak seni beroperasi seperti biasa dengan operasi ketat selain menggesa badan yang ditugaskan untuk menjaga hak kebajikan penggiat seni menjalankan tugas mereka. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Shuib Sedih Lihat Ratusan Orang Hadir Temuduga, Tapi Kekosongan Untuk 40 Orang Sahaja

Next       : Disebabkan Drama B***H Inilah Jasmin Hamid Menang ASK & Terbang Ke LA

Komen Terbaru

Quote scrocth 16-2-2021 02:57 AM
sleepandream replied at 12-2-2021 07:50 PM
sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?
epf sheols mesti banyak jugak khenn..
kalau desperate sg ...

Dia buat album semua duit sndri. And dia buat konsert pn duit sndri. Baju pun wpn ada designers nak sponsors tp dia ttp nak bayar. Sheols jenis pemurah dan paling xsuka ambik kesempatan mintak harga kawan2. Dia akan bayar full payment. Yg buat dia terdesak skrg sbb wpn show xda dkt setahun tp pekerja2 under company dia dia mmg xbertangguh byr gaji.  Bygkan job xmasuk tp sbg majikan yg bertanggung jawab dia dahulukan duit simpanan dulu. So in a way meols boleh ckp dia org yg sgt baik.

Lain-lain Komen

Quote scrocth 12-2-2021 03:09 PM
Kak Dib p la buat home tutoring untuk English subject. Ramai jer parents yg orka boleh bayor rm200 per hour. Kakak kawan meols lps blk dr overseas lps duduk sana lebih 10 thn, focus buat home tutoring ja. Byk jugak masyuk tu.
Quote Kurex 12-2-2021 04:08 PM
Utk kelangsungan hidup kan dibah rempan?
Quote helicornia 12-2-2021 07:35 PM
ntah la artis ni mcm susah nk caya. betul ke susah sgt. klu artis veteran tu mungkin la susah job tk byk. artis sendu sekali sekala keluar tv pun bole beli rumah golf club 2juta siap full kapet, sorang lagi nyanyi sendu bole beli parents kete merc.camno tu?
Quote sleepandream 12-2-2021 07:50 PM
sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?
epf sheols mesti banyak jugak khenn..
kalau desperate sgt keluar dulu la i-sinar..
apa agaknye komitmen sheols yach... takkan dulu buat album mohon loan peribadi
Quote mamajawie 12-2-2021 11:07 PM
Pe kata kak dib rempan ni JV ngan setad abit lies bantu si cikki sskjp yg hadap sgt nk bantuan abit g oversea utk pass exam IELTS..kurang2 ada job ngajar cikki tu english education n dpat jdi femes..{:smile
Quote mamajawie 12-2-2021 11:07 PM
sleepandream: sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?epf sheols mesti banyak jugak khenn..kalau desperate sgt keluar dulu la i-sinar..apa agaknye komitmen sheols  ...


Keje cikgu gomen ade epf ke dedulu?
Quote stinger.baik 12-2-2021 11:09 PM
ko sekor je tk nk kaya

yg lain2 tu nak kaya la

anak berderet

esok lusa bini bunting lagi

ko tu je tak belaki

khueeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Quote Bergosip 13-2-2021 12:08 AM
Dalam ramai2 artis yang berniaga. Azza Elite di antara artis yang jual murah / harga sepatutnya. Yang lain hampeh, jual mahal gila.

Btw, Adibah Noor sangat sia2kan bakat dia. Dia boleh ajar English di Youtube atau buat kelas English untuk orang2 yang bekerja/ pelajar. Dan kalau Adibah Noor belajar vokal, boleh jadi cikgu vokal macam Ernie, Syafinaz. Lagipon, Adibah Noor di antara penyanyi yang ada sebutan jelas dan vokal yang bagus. Lepastu, boleh buka fb page, ig atau youtube untuk kucing2 dia. Ramai kot rakyat Malaysia suka tengok keletah kucing macam Bujibu dengan Mint Gemuk (FB page).
Quote Youareyou788 13-2-2021 10:22 AM
Puii bukan untuk kaya. Kak diba takleh bg statement ni wakil kan semua retis coz its wrong. Sapo tak nak kaya
Quote laksmanabentan 13-2-2021 11:32 AM
time susah camni ler kata bukan nak kaya segala...
abis tu sebelum2 ini, yg korang duk upload pergi bercuti oversea memanjang..
pergi event, bawa beg mewah segala..
tunjuk rumah mewahh, kereta mewaahh tu apa?????

baru PKP kejap, da melolong, merintih segala bagai...
sebelum2 ini pernah beringat ker????

ko ingat artis aja susahh??
abis tu rakyat biasa, acik2 kat pprt tu... acik2 kat kampung tu tak susah ker????
Quote slyfynx 13-2-2021 12:28 PM
Bukan sbb xde duit...
Xde duit mcm dulu.
Means x boleh nk bersenang2 mcm sblm ni.
So mule la menggunakan so called peminat untuk support mende lain
Quote Nenasketum 13-2-2021 01:02 PM
Depa kalau meniaga mesti harga firaun. Celah mana plak ada undang2 harga depa perlu premium. Rasa macam harromm. Aku slalu pangkah retis meniaga.
Quote rayna_raynes 13-2-2021 11:50 PM
sleepandream replied at 12-2-2021 07:50 PM
sheols dulu benti jadi cikgu umur berapa?
epf sheols mesti banyak jugak khenn..
kalau desperate sg ...

dia ada 3 rumah tp satu dah jual

Quote September14 14-2-2021 12:49 AM
X tau apa fungsi dia ni asyik merempan je usaha xnak.. bersenam pun xnak.. malas baloq liat tiber
Quote sleepandream 14-2-2021 08:45 AM
rayna_raynes replied at 13-2-2021 11:50 PM
dia ada 3 rumah tp satu dah jual

i see.. sementelah sheols single duit sheols byk habis dkt kucing2 sheols ke
Quote haruslah 14-2-2021 09:03 AM
Bukan retis je jual harga mahal
Nuuuuuu....ntah sape2 pon jual mahal gak
Quote rayna_raynes 15-2-2021 01:07 PM
sleepandream replied at 14-2-2021 08:45 AM
i see.. sementelah sheols single duit sheols byk habis dkt kucing2 sheols ke

rasanya begitu. sbb byk kucing sheols

Quote MontanaHannah 15-2-2021 01:08 PM
Adibah ni dah xlaku


boleh bungkus dah rasanya.
Quote farhanmo89 16-2-2021 12:22 AM
scrocth replied at 12-2-2021 03:09 PM
Kak Dib p la buat home tutoring untuk English subject. Ramai jer parents yg orka boleh bayor rm200 p ...

setuju sangat... dia pandai english...

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top