Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

'Masak' Duit Dalam Periuk Nasi, Biar Virus Covid-19 Mati

23-2-2021 11:42 AM Komen: 4
Seorang peniaga di Atambua, Nusa Tenggara Timur menggunakan periuk nasi elektrik untuk ‘menyahkuman’ pada duit kertas sebagai langkah pencegahan Covid-19.

Lapor Tribunnews, anak peniaga tersebut, Aldi Natanael Tandjung berkata, kaedah itu sering digunakan ibu dan bapanya yang mengusahakan penjualan alat ganti motosikal setiap kali menerima duit daripada pelanggan.



“Awalnya saya berasa pelik mengapa ibu dan bapa membawa periuk nasi itu ke kedai dan rupanya mereka menggunakan alat memasak tersebut bagi menyahkuman pada duit kertas.

“Mereka percaya dengan cara itu, virus Covid-19 yang mungkin terdapat pada permukaan duit kertas akan mati akibat haba panas,” katanya.

Aldi kemudiannya memuat naik gambar periuk nasi tersebut dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi pengguna.

Antaranya mencadangkan supaya Aldi membelikan alat sinar ultra ungu yang kini mudah di dapati dalam pasaran untuk mematikan kuman pada permukaan objek termasuk duit kertas.

Mereka berpendapat penggunaan alat sinar ultra ungu adalah lebih selamat berbanding periuk nasi.

Kebanyakannya melahirkan kebimbangan jika duit itu terbakar dan keluarga tersebut akan mengalami kerugian.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:28 PM
pergh...biar betul

Lain-lain Komen

Quote Supersirap 23-2-2021 01:06 PM
Macam-macam hal mereka ni
Quote epuepy 23-2-2021 01:36 PM
Bebal kuasa 20.  
Quote LadyCarefree 23-2-2021 01:57 PM
Baiklah ko buat bleach mixture dan sembur. Murah dn senang.
Quote ahi_mason313 9-3-2021 12:28 PM
pergh...biar betul

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top