Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Amboi, Laju Claim Emas Belakang Rumah Orang, Kalau Ganja Tak Nak Claim Ke?

28-2-2021 12:47 PM Komen: 36



Durian runtuh yang menimpa penduduk Mukim Kechau, Kuala Lipis apabila menemui mineral emas akhirnya kecewa setelah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan kegiatan melombong emas dihentikan serta merta.

Ianya membuatkan ada penduduk yang sudah pun membeli kereta secara tunai terpaksa melupakan kegembiraan yang seketika.

Selain itu, netizen juga tidak berpuas hati dengan situasi tersebut lalu membuat hantaran menyindir kerajaan negeri.


Foto :Twitter


Dengan membuat perbandingan antara emas dan ganja yang dijumpai di tanah milik sendiri namun apabila ia membabitkan kepentingan tertentu, ianya adalah hak kerajaan negeri.

Foto : twitter
Foto : Kosmo

Namun, bagi segelintir netizen pula, perbuatan penduduk setempat sendiri yang mengundang curiga pihak tertentu seperti membeli kereta secara tunai dan membeli jengkaut untuk melombong emas. Nampak sangat nilai jutawan di situ.

"Sampai dah beli jengkaut cash. Over sgt!"


Bayangkan dengan segala mineral yang ada di muka bumi Pahang, namun kehidupan rakyat masih tetap sama.

Foto : Twitter

Foto : Kosmo


Punyalah tersohor Kuala Lipis dengan emas sehingga ada blog yang menjelaskan 95 peratus emas di Malaysia, datangnya dari daerah kelahiran bintang tersohor negara, Siti Nurhaliza. Jadi, apa tindakan anda jika belakang rumah anda ada emas seperti ini? Heboh atau diam-diam? - CARI






Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 35
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 2-3-2021 05:14 PM

.... cantik kaler emas tu .... saya hanya mampu emas sejanggut udang .....

Lain-lain Komen

Quote Itzy 28-2-2021 01:04 PM
Jahanam punya kerajaan, yg penduduk pahang pun satu, kenapa bodoh sangat gi tayang beli kereta jengkaut dsb guna cash, kan dh tahu kerajaan malaysia ni sejenis tak guna.
Quote cmf_premierleag 28-2-2021 01:38 PM
diorg ni mmg celaka la dr dulu lagi
sblm ni ko dh tarah balak smpi rakyat kene hadap banjir terburuk dlm sejarah, now ko sekat pulak rezeki diorg
harap semua yg bekerja utk boksit ni kene bala bencana yg maha azab

Quote Belibis 28-2-2021 01:51 PM
Itzy: Jahanam punya kerajaan, yg penduduk pahang pun satu, kenapa bodoh sangat gi tayang beli kereta jengkaut dsb guna cash, kan dh tahu kerajaan malaysia n ...

Dah namanya jengkaut.taknak sorok apanya,bukan beli tuperware.
Quote insulin 28-2-2021 02:12 PM
Wow. Memang terbaik kualiti emas yang diorang jumpa. Patutlah boleh beli kereta secara cash.
Quote meah_kelabu 28-2-2021 02:23 PM
dah nanti kalau diorg claim yang penduduk kampung tu menompang je negeri dia.. haa mane nk ddk? satu kampung kene halau nanti.
alangkan durian pon direbut nk bg dkt ahli kelorgaa sundirik. yang paham je la paham ye dak
Quote kivio 28-2-2021 02:58 PM
Orang kampung karat tak reti pikir, dah jumpa emas takyah la showoff dasar macik bawang takleh duk diam.
Kau korek kau diam-diam enjoy sudah.
Quote becir 28-2-2021 03:03 PM
meah_kelabu replied at 28-2-2021 02:23 PM
dah nanti kalau diorg claim yang penduduk kampung tu menompang je negeri dia.. haa mane nk ddk?  ...

Chairman co durian Tu pun kemain besar cablenya Kan..
.*muntah
Quote tagas 28-2-2021 03:05 PM
berdedai lah staf PTG ambush pasni
Quote archer13 28-2-2021 03:12 PM
kalau jumpa benda2 yg menguntungkan, jgn bnyk bunyi.tak belajar2 rakyat melesia ni
Quote tumpanglalu74 28-2-2021 03:14 PM
cmf_premierleag replied at 28-2-2021 01:38 PM
diorg ni mmg celaka la dr dulu lagi
sblm ni ko dh tarah balak smpi rakyat kene hadap banjir terburu ...

Bukan ade tred aritu yang expose kompeni boksit tu Prince Charming tu yang punye ke?  Sangke haku nak jadi soldadu..  Namoon.  Tettttttt....
Quote mamajawie 28-2-2021 03:15 PM
Len kali senyap2 je la..ni tak asal jumpa barang berharga je sume batak viral..sama cm brader jual bundle tu jumpa duit jepun belas ribu terselit dalam baju bundle pun da heboh smpai panggil media..smpai bila ada komen soh pulangkan balik duit kat balai polis brader tu kemain sentap..dah ko g sebarkan citer sapa soh..amik senyap2 takbleh ke??bangang abadi!!
Quote mamajawie 28-2-2021 03:16 PM
insulin replied at 28-2-2021 02:12 PM
Wow. Memang terbaik kualiti emas yang diorang jumpa. Patutlah boleh beli kereta secara cash.

Kan??besar2 emas dorang dapat tu..iollss tadi tengok orang siam dulang emas sume dpat jenis kecik2 je..
Quote evlinne 28-2-2021 03:37 PM
Sis @nirman takmo masuk cemar duli ke
Ajak rpa bergocoh kat sini
Aiol agak mesti ada kaum kerabat depa bayangan tuhan tu bakal masuk campur pasni
Kan mata duitan
Quote najib888 28-2-2021 05:01 PM
Haritu kat Indonesia, emas timbul dari dalam sungai.. kendian, Congo pun berpesta emas.. now kola lipis pula...

Sefaham aku, emas tubik belakang rumah ni antara tanda terakhir dunia betul2 dah kat hujung, yakni sebelum langit terbelah, bumi bergulung..

Mungkin juga tanda2 ni, tak ikut kronologi seperti yg aku fahami sebelum ni...

Quote kakakpositifker 28-2-2021 05:04 PM
Done claim
Quote insulin 28-2-2021 05:35 PM
mamajawie replied at 28-2-2021 03:16 PM
Kan??besar2 emas dorang dapat tu..iollss tadi tengok orang siam dulang emas sume dpat jenis kecik2 ...

A'ah. Beruntung orang Mukim Kechau ni. Tak payah nak susah2 nak korek dalam2 tapi dapat emas sebesar gitu. Orang tempat lain bergadai nyawa tapi cuma dapat serbuk emas.

Patutnya senyap2 je melombong ni. Semua hak mineral di Malaysia ni ikut undang2 adalah kepunyaan kerajaan walaupun itu tanah persendirian. Dah bising macam ni, sure kerajaan akan ambilalih tanah ni.


Quote CadeFoster 28-2-2021 05:45 PM
Edited by CadeFoster at 28-2-2021 05:49 PM

Sumber: https://siakapkeli.my/2021/02/27/ada-berani-peguam-kongsi-apa-tuan-tanah-kena-buat-kalau-nak-lombong-emas-ditemui-dalam-tanah-sendiri-secara-sah/

Ada Berani?, Peguam Kongsi Apa Tuan Tanah Kena Buat Kalau Nak Lombong Emas Ditemui Dalam Tanah Sendiri Secara Sah
Sejak beberapa hari lalu, media melaporkan mengenai penemuan emas di sebuah kampung di Kuala Lipis.

Penduduk kampung di situ dilapor mendapat kekayaan secara mengejut.

Sehubungan itu, peguam hartanah, Salkukhairi Abd Sukor, menjelaskan mengenai perkara tersebut dari sudut perundangan.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Kecoh dalam berita semalam.
Dikatakan penduduk-penduduk di beberapa buah kampung dalam Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi orang kaya mengejut apabila didapati tanah miliknya terdapat emas di bawahnya.
Kemudian timbullah kenyataan daripada Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa bahan mineral tersebut adalah hak kerajaan negeri walaupun ia diperolehi dalam kawasan tanah milik persendirian.
Memang betul, Seksyen 40 Kanun Tanah Negara jelas menyatakan semua galian dan bahan batuan yang terkandung di dalam atau di atas mana-mana tanah adalah terletakhak hanya kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Ertinya jika anda dapati dalam tanah anda ada bahan mineral anda perlu memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kewujudan bahan mineral tersebut. Dan menjadi kesalahan kalau anda mengambil bahan mineral tersebut tanpa kebenaran dan permit daripada pihak berkuasa negeri.

Kemudian ramailah nitizen yang memberi komen. Kenapa viralkan perkara tu. Buat diam-diam sudahlah.
Saya baca komen nitizen tu nak tergelak rasanya.
Nak buat diam diam mcm mana. Diaorang ingat melombong emas tu macam orang korek tanah cari cacing nak buat umpan mengail tu ke? Lepas gali boleh kambus balik.?
Melombong emas ni perlukan sumber air yang banyak. Bila dah start melombong, kawasan itu akan jadi bertakung dengan air dan sudah pasti akan menampakkan kesan. Sehari dua bolehlah sorok, lama lama mesti jiran akan nampak dan tahu juga. Mereka juga akan buat perkara yang sama.
Yang jiran lain pulak sama ada dia excited atau dengki, pasti akan pergi ambik gambar atau video dan share dengan kenalan terdekat. Lama lama habis satu dunia tahu. Memang susah nak sembunyi lah bila bab perlombongan ni. Lambat laun kerajaan negeri akan tahu juga.

Jadi, kalau penduduk terbabit nak teruskan aktiviti perlombongan tersebut mereka boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.
Selepas memperolehi lesen daripada PTG mereka seterusnya perlu memohon lesen operasi pula daripada Jabatan Mineral dan Galian (JMG).
Pemilik tanah itu juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.
Skim itu secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.
Dan setiap pelombong perlu membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri.
Ada berani?
Ikhlas,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

Quote gigahertz 28-2-2021 07:05 PM
najib888 replied at 28-2-2021 09:01 AM
Haritu kat Indonesia, emas timbul dari dalam sungai.. kendian, Congo pun berpesta emas.. now kola li ...

I ingatkan bila Bijih timah dah xde.
Tanah melayu sudah tiada hasil bumi
Quote izwan_izi 28-2-2021 07:38 PM
Agaknya ini la kut sebab Ptolemy pada abad ke 14 panggil semenanjung tanah melayu ni sebagai "Golden Chersonese" (Semenanjung Emas)

Tom Pires pada abad ke 16 pun memanggil semenanjung ni sebagai "Terea de Tana Malaio" (Bumi Tanah Malayu)

So kepada pemimpin parti melayu yg tak habis2 nk berbangga dgn dna jawa totok-bugis bagai...sila berambussss balik semula ke tanah keturunan leluhur.



Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top