Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Keluarga Ahli Politik Bukan Frontliners, Kenapa Dapat Vaksin Dulu?

1-3-2021 08:56 AM Komen: 127
Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) hari ini mempersoalkan mengapa ahli-ahli politik diberi keutamaan mendapat vaksin terlebih dahulu sedangkan sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa golongan yang diutamakan adalah barisan hadapan.



Presidennya, Datuk Jacob George berkata, isu ini ditanya kerana ia menjadi persoalan dalam kalangan khalayak yang mengikuti secara rapat program vaksinasi oleh kerajaan.

Berdasarkan protokol oleh kerajaan sebelum ini, golongan pertama yang perlu menerima vaksin adalah barisan hadapan, diikuti dengan warga emas dan fasa ketiga pula melibatkan orang ramai.

Malah, katanya, terdapat dakwaan yang legar-legar mendakwa ada keluarga ahli politik yang turut melanggar protokol penerima vaksin.

Memandangkan perkara ini sudah diperkatakan oleh khalayak, maka Pejabat Perdana Menteri (PMO) diminta menjelaskan perkara ini, katanya yang menghubungi MalaysiaGazette.

Beliau turut mempersoalkan siapakah yang memantau dan melakukan audit penerima-penerima vaksin ini di peringkat negeri.

Adakah ia dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau siapa? Adakah petugas-petugas yang dipertanggungjawab memastikan program vaksinasi ini dilakukan secara telus mengikut protokol yang ditetapkan oleh kerajaan?

Persoalan-persoalan ini perlu dijawab kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di luar negara, terjadi di sini, tambah Jacob.

Beliau yang memandang berat isu ini menambah, memandangkan lebih banyak vaksin akan dibawa masuk ke dalam negara namun jika protokol tidak dipatuhi, matlamat utama program vaksinasi tidak tercapai.


Gambar hiasan

Sebaliknya, situasi ini menunjukkan ahli-ahli politik menyalahguna kuasa masing-masing dan melanggar protokol program vaksinasi.

CASSA mahu perkara ini disiasat termasuk di Selangor. Adakah benar dakwaan negeri ini telah menyeleweng proses protokol vaksinasi untuk keluarga-keluarga ahli politik?

Bagi kami, barisan hadapan sewajarnya didahulukan. Istilah barisan hadapan cukup jelas kerana pekerja pentadbiran hospital swasta bukan frontliners,

Malah, isteri atau keluarga kepada ketua menteri dan menteri besar juga bukan frontliners.

Frontliners adalah mereka yang mengendalikan kes-kes Covid-19 di hospital, oleh itu jangan menafikan hak mereka ini dengan melanggar protokol yang ditetapkan, tegas beliau. 


Sumber: MalaysiaGazette


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 127
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Manjahati 3-3-2021 03:37 PM
Mmg muka x tau malu ke yg jump q ni...

Lain-lain Komen

Quote Normabaru 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Rakyat letak plg hujung.. Voters pls take note
Quote tumpanglalu74 1-3-2021 09:05 AM
Normabaru replied at 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Raky ...

Darurat..  Ko pon, takkan tak tau.

Quote Normabaru 1-3-2021 09:08 AM
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:05 AM
Darurat..  Ko pon, takkan tak tau.

Tak tau ape? Xpaham kaka ayat ko tulis
Quote tumpanglalu74 1-3-2021 09:11 AM
Normabaru replied at 1-3-2021 09:08 AM
Tak tau ape? Xpaham kaka ayat ko tulis

Keyword: darurat

Yang ko suroh rakyat perati depe tu tak berbaloi..


Quote apalancut 1-3-2021 09:15 AM
Jacob George ni harus sedar.. dia bangsawan layer ke berapa...sabar la Jacob George.. nanti hang dan keluarga hang pon mesti dapat vaksin jugak, pastu hang diam laaa..
Quote lostnfaun 1-3-2021 09:18 AM
Normabaru replied at 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Raky ...

Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt yg terawal..
Quote SepupuBen10 1-3-2021 09:22 AM
Amendeeee la diorg ni kan

Org dah buat senarai nama tu sejak sebulan lalu...

Skrg baru nak gelupur
Quote BoongaKertas 1-3-2021 09:22 AM
sakitnya hati baca yg kata nya mmg ada yg potong queue padahal bukan frontliners. perangai haukkkk ya  spesis ni.
Quote caprut 1-3-2021 09:23 AM
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt  ...

Tapi ramai lg percaya abahcow ni. Huhu, xpela asalkn islam.
Quote Innrukia 1-3-2021 09:25 AM
Shah Alam & Subang dlm Selangor. So sapa keluarga ahli politik yg potong queue tu?
Quote akusukaq 1-3-2021 09:31 AM
Kami marhaen menuntut nama nama ahli politik yg potong line ini didedahkan segera.senamg kami hukum kamu pru nanti
Quote noor2 1-3-2021 09:42 AM
Siapa ahli politik dan familynya tu....x patut rakyat mengundi beliau...ni bukan rakyat didahulukan...
Semua pentingkan diri dan keturunan sendiri....
Quote alieyrina 1-3-2021 09:48 AM
Susah apa. Family ahli politik bengap. Ampa tggu ja golongan camtu selalu xkan lupa up dlm medsoc utk show off
Quote monsterwife 1-3-2021 09:49 AM
Sedangkan sultan selangor pun bg peluang dekat frontliners.Tak malu betul politicians Malaysia.
Adakah k.long gigi jgk terlibat?
Quote Normabaru 1-3-2021 09:58 AM
SepupuBen10 replied at 1-3-2021 09:22 AM
Amendeeee la diorg ni kan

Org dah buat senarai nama tu sejak sebulan lalu...

Byk je hosp last minit br kumpul nama.. Sistem pick ni mmg xteratur sbb tu blh ada yang potong queue
Quote Normabaru 1-3-2021 10:00 AM
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt  ...

Ye benar.. Kita bkn terawal pon dpt vaksin.. Tp masih caca merba process distribusi.. Bygkn klu yg awal2. Lg teruk rasanya
Quote Normabaru 1-3-2021 10:01 AM
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:11 AM
Keyword: darurat

Yang ko suroh rakyat perati depe tu tak berbaloi..

So ape kaitan dgn potong queue???
Quote SepupuBen10 1-3-2021 10:13 AM
Normabaru replied at 1-3-2021 09:58 AM
Byk je hosp last minit br kumpul nama.. Sistem pick ni mmg xteratur sbb tu blh ada yang potong que ...

Yg last minit nama pun belum ada tu, nampak sangat tak pernah scan qr code my sejahtera tiap kali masuk keje kat hosp...
Quote SepupuBen10 1-3-2021 10:15 AM
Frontliners adalah org yang tak pakai ppe tapi berurusan juga dgn public. Kalo dah lengkap pakai ppe tu dah takde risiko dah. Apsal nak cucuk awal? Mengada? Feeling entitled?

Lihat semua komen(127)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top