Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Rahsia Badan Macam Semut, Datin Eina Azman Kongsi Tips

4-3-2021 02:20 AM|piao| Komen: 103

Rahsia Badan Macam Semut, Datin Eina Azman Kongsi Tips


Pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman berkongsikan tips untuk kekal ramping dan mengekalkan berat badan kepada peminat serta pengikut media sosialnya, baru-baru ini.



Kata Eina, dia hanya makan nasi dua kali dalam tempoh sebulan untuk mendapatkan saiz pinggang idaman.

Pelakon drama The Maid ini mendedahkan perkara itu menerusi Instagram Stories ketika menjawab persoalan peminat dalam segmen ‘Ask Me Question’.



“Saya jaga makan sebab saya nak makan lebih banyak. Saya suka sangat makan nasi tapi nasi tak suka saya. Setiap kali makan nasi je badan akan terus naik berkilo-kilo. Jadi sekarang ni saya cuma makan nasi dalam sebulan dua kali sebab jaga berat dan pinggang idaman saya.”

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman,26, ini telah ditanyakan soalan sama ada dirinya seorang yang mudah untuk naik berat badan.




Contoh semut yang ramping

Tambah ibu kepada dua orang anak ini lagi, dia memilih buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pengganti nasi jika kelaparan.

Sekadar info, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini sudah berusia lima tahun.

SUMBER : Instagram Eina Azman



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 103
Komen

Previous : Buang Ego - Zarina Anjoulie, Yas Rujuk Semula

Next       : Edisi Celop Tepung, Zulin Aziz Cakap Korea Dengan Maryam

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 7-4-2021 07:03 PM
haifawehbe replied at 5-3-2021 03:07 PM
mak dia single mother. bercerai dgn bpk eina lepas eina kawen dgn ebby yus. katanya mak mentua x s ...


Jadi  mak afiq 1 mak dia 0?

Lain-lain Komen

Quote rajamoney 3-3-2021 01:07 PM
bestnye tengok aurat dia
Quote idril 3-3-2021 01:14 PM
berapa je la berat dia tu ya? iols yg berat 52kg pun dah rasa berat
Quote friedfishsoup 3-3-2021 01:15 PM
Tengok gambar semut tu, teringat forumer id akusemutmerah
Quote minguk 3-3-2021 01:19 PM
kalau macam ni peluk tak rasa tulang ke?
Quote makneng 3-3-2021 01:28 PM
Makan nasi sebulan 2 kali
Quote Redmyvi 3-3-2021 01:29 PM
nak pinggang ramping tapi xpala esok jela aku start diet..
Quote makneng 3-3-2021 01:29 PM
Eh.. Umor sendok ni baru 26thn? Typo ke betul? Macam dah nak masuk 4 series
Quote awanysss 3-3-2021 01:43 PM
kurusnya.. rasa mcm nak transfer je lemak kat dia untuk dia bakarkan..
Quote sleepandream 3-3-2021 01:50 PM
berapa agaknye size seluar sheols? 26?
Quote dewi_rina 3-3-2021 02:03 PM
Kesian senduk, sekarang promote anak pulak
Macam mak dia keturunan sultan tu
Jenuh promote anak, dpt jugak kawin dato paduka, walaupunnnnn.....
Quote piao 3-3-2021 03:13 PM
makneng replied at 3-3-2021 01:29 PM
Eh.. Umor sendok ni baru 26thn? Typo ke betul? Macam dah nak masuk 4 series

Biodata Datin Paduka Eina Azman dan maksud gelaran pangkat. Seperti sedia maklum pelakon dan penyanyi Eina Azman yang baru sahaja berusia 19 tahun telah menerima gerangan Datin Paduka pada usia muda. Pangkat itu diberikan kepada Eina Azman secara automatik susulan perkahwinan dengan golongan berada iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden berketurunan Singh pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Selain itu, lebih menggemparkan apabila Eina Azman turut menerima wang hantaran berjumlah RM77,000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Camaro.

Biodata Datin Paduka Eina Azman Dan Maksud Gelaran Pangkat

  • Nama Penuh: Ainur Syakina Azman
  • Nama popular: Eina Azman
  • Tarikh Lahir: 13 Mac 1995
  • Umur: 19 tahun (pada tahun 2014)
  • Asal: Temerloh, Pahang
  • Status: Berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014
  • Bilangan Dalam Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik
  • Drama: 5 Jingga, 23:55, Calon Isteri, Anorexia Nervousa, Mistik Alam Hitam (Panggilan Maut), Baju Raya Mona dan Detik 12:00 Malam Selendang
  • Filem: Ratu The Movie dan Ada Sesuatu Yang Tertinggal
  • Pengacaraan: Music Active Genre Pop sebanyak 13 episod dan Impian Anggun musim ke-3
  • Pencapaian: Bridal catwalk di Midvalley 2009, Busana Ratu Sehari Model 2010, Lady Gaga Model Catwalk In Lim Kok Wing 2010, menyertai Bintang Kecil 2006 dan 2007 serta menyertai pertandingan nyanyian Oh La La 2009)
  • Idola: Erra Fazira, Aaron Aziz, Syamsul Yusof dan Yusry KRU


Maksud Gelaran Pangkat Datin Paduka Dan Datuk Paduka

Maksud Pangkat “Datin Paduka” Eina Azman: Gelaran Datin Paduka diberikan sebaik sahaja menjadi isteri kepada bangsawan yang berpangkat Datuk Paduka.

Maksud Pangkat “Datuk Paduka” Kaiser Gurmeet Harden: Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya – kerajaan negeri).

Gambar Nikah Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden dan Datin Paduka Eina Azman




Quote funnyTONE 3-3-2021 03:54 PM
dewi_rina replied at 3-3-2021 02:03 PM
Kesian senduk, sekarang promote anak pulak
Macam mak dia keturunan sultan tu
Jenuh promote anak, d ...

yela u..cringy betul i tgk vid anak dia buat kek besday tu. xmampu nk abiskan. dgn mekap cam tepung gomak. bdk tu da cukup cute kot kalau xmekap pon..pastu ngan aksi over ala2 gedik manja. baca komen dok puju comel lg naik bulu roma iols
Quote oggy 3-3-2021 03:59 PM
funnyTONE replied at 3-3-2021 03:54 PM
yela u..cringy betul i tgk vid anak dia buat kek besday tu. xmampu nk abiskan. dgn mekap cam tepun ...

Sama laaa.. budak2 kan biasanya dah memang comel..
Tak perlu lah nak try hard sangat..
Dengan dok kedip2 mata tak abis2.. aduhhh..
Masa diorang kecik dulu tak reti nak gedik2 depan camera aku suka je tgk budak berdua ni.
But now.. dah digroom untuk beraksi begitu di depan camera kot..
Quote LadyCarefree 3-3-2021 04:01 PM
minguk replied at 3-3-2021 12:19 PM
kalau macam ni peluk tak rasa tulang ke?

Khenzssss xbest
Quote September14 3-3-2021 04:02 PM
Muka dia dah x mcm muka dia.. entahlah
Quote mieymiey 3-3-2021 04:06 PM
Makan nasi sebulan 2x? Menangis perut iols
Iols salute la dengan ni sebab mampu tahan.
Quote Kancilkering 3-3-2021 04:12 PM
biar le dia ...jaga body...anak kembar rajin masak....
jaga laki betul betul...
kalu dia x jaga ramai je sondol laki dia tu...
Quote lyshafull 3-3-2021 04:17 PM
Ade nmpk story dyvkat ig shiera ijoy bakpe pelik beno mukanye degn putih xlawo ...
Quote juruterra 3-3-2021 04:31 PM
x berkenan betul dgn datin sorang ni sbb try hards la sgt.... like she is so vain and ada sikit2 cam dumb blonde juga...ops sorry mcm dia terover nk kurus terover nk putih terover nk dagu runcing. insecure much ke apa????

Lihat semua komen(103)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top