Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Shiha Zikir Lega, Tiada Lagi Yang Pertikai Kemampuannya Bawa Lagu Siti Nurhaliza

4-3-2021 09:23 AM| Komen: 15

Penyanyi Shiha Zikir tidak menafikan dirinya pernah dipertikaikan banyak pihak apabila diumumkan sebagai pengganti kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat dalam saingan peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) November tahun lalu.

Namun kecaman itu tidak berpanjangan apabila Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 34, akhirnya berjaya membuktikan dirinya juga boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik mengikut acuannya sendiri.

Menurut Shiha, kini ramai yang sudah membuka mata dan memberikan sokongan terhadapnya bagi membawakan lagu nyanyian bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang bakal berlangsung pada 14 Mac ini.


Kredit foto: via mStar Online

"Alhamdulillah, sekarang saya tidak dapat lagi komen-komen yang mempertikaikan kebolehan saya untuk menggantikan Siti Nurhaliza dan saya memang sangat berbesar hati apabila dipelawa sekali lagi oleh Siti.

"Memang sebelum buat semi final hari itu, ramai yang pertikaikan kenapa saya dipilih, namun bila lihat persembahan saya, baharu mereka boleh terima cara saya bawakan lagu itu mengikut gaya sendiri.

"Saya memang sangat berharap tiada lagi yang banding-bandingkan saya dengan Siti, sebab Siti memang dah cukup hebat, siapalah saya jika nak dibandingkan dengan Siti," katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menjelang AJL 35, Shiha menjelaskan buat masa ini dia masih belum berpeluang untuk berlatih bersama rakan gandingannya, Kmy Kmo dan Luca Sickta disebabkan terikat dengan komitmen penggambaran drama.

"Sekarang saya tak sempat lagi nak berlatih dengan mereka tapi nanti memang saya kena curi masa juga untuk jumpa mereka.

"Kalau diikutkan memang saya tiada masa rehat sehingga menjelang AJL 35, harap-harap saya dapat berikan yang terbaik nanti.

"Rancangannya, kalau boleh kami nak hidupkan suasana tradisional tapi SOP hanya membenarkan enam orang sahaja berada di atas pentas pada satu-satu masa, kami penyanyi sahaja dah tiga orang... itulah cabarannya.

"Tapi tak mengapa sebab kami dah ada plan B yang lebih kurang, kena nantikan kelainan apa yang akan kami bawakan nanti," katanya.

7 Nasihat merupakan hasil gubahan Kmy Kmo dan Luca Sickta akan bersaing dengan 11 lagu lain iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Hutang (Floor88) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).


Kredit foto: via mStar


Turut bertanding pada acara itu Kau Sakiti (Amir Masdi), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Peluang Kedua (Nabila Razali), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Hati (Hael Husaini).

AJL 35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). -CARI

Sumber: mStar Online


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Previous : Buang Ego - Zarina Anjoulie, Yas Rujuk Semula

Next       : Bukan Sajat Je, Kawan-Kawan Rapat Pun Hilang Sekali

Komen Terbaru

Quote swiftkey 18-3-2021 09:55 PM
xberapa minat suara shiha ni..

Lain-lain Komen

Quote nowhite 4-3-2021 09:40 AM
Shiha best bawak lagu tokti..kena sangat suara dia dengan lagu 7 nasihat
Quote sleepandream 4-3-2021 02:19 PM
masa sheols duet dengan syafiq farhain dalam big stage dolu pun tokti kemain puji lagi shiha ni... walaupun bukan sheols yg bertanding ponnn
Quote irvene 4-3-2021 02:48 PM
tapi masa dlm iklan utk ajl tu. suara ko nyanyi lagu ni mcm meneran nangis. lagu tu mmg sedih ke apa?
Quote Ain_h 17-3-2021 12:02 PM
Semoga dipermudahkan shila
Quote asma87 17-3-2021 12:10 PM
Rasa waktu semifinal lagi sedap...
Quote ayukpingu 17-3-2021 12:12 PM

Quote icemochalatte 17-3-2021 04:21 PM
Sedap dia nyanyii.serius
Quote adeqbun 17-3-2021 08:47 PM
kalau die tapau skali satu lg lagu tokti yg ecah nyanyi tu pon ok...xde la insiden2 nak sentap2 kat netizen berlaku
Quote tikusmakmal10 17-3-2021 11:52 PM
iolls suka suara shiha
Quote Duriancreep 17-3-2021 11:58 PM
Tapi malam AJL tu,  quite disappointed lah dengan performance lagu ni. Takpe la good experience tho.
Quote haruslah 18-3-2021 12:21 AM
Bukan sbb xde pertikai
Kurang diberi hi lite
Peluang kedua dah tutup semua cerita lain
Juara pun tenggelam
Quote danieladam 18-3-2021 12:36 AM
Betollah...masa semis dia nyanyi lebih sedap dari masa final tu.
Quote toxicated 18-3-2021 12:56 AM
penyekk je bunyi. Suara dia ni mcm tak lepas nak keluar.
Quote Lolipop0411 18-3-2021 07:49 PM
Cameraman tv3 spoil performance dia time baju tukar tak nampak pun
Quote swiftkey 18-3-2021 09:55 PM
xberapa minat suara shiha ni..

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top