Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Pengarah Ralat, Kilafairy Enggan Promosi Drama Tak Pakai Tudung

4-3-2021 12:46 PM|Oleh: Saiful| Komen: 45

Pengarah, Tam Suhaimi hormat dengan keputusan Kilafairy, selaku pelakon utama kerana tidak dapat mempromosikan drama Miss Match.

Ini disebabkan pelakon tersebut sudah bertudung dan penggambaran drama tersebut sudah terperam selama lebih seteahun sebelum Kilafairy mengambil keputusan untuk berhijab.


Foto: IG

"Saya akui, drama Miss Match sudah terperam lama. Tarikh tayangan drama siaran platform WeTV pula hanya diterima selepas Kilafairy bertudung.

"Saya menghormati keputusan Kilafairy untuk langsung tidak mempromosikan drama ini. Jujurnya, agak ralat sedikit tiada promosi daripada pelakon utama. Sepanjang penggambaran, Kilafairy antara pelakon yang memberi komitmen sepenuhnya.

"Kilafairy antara pelakon utama, selain Mimi Lana. Sebagai teman, saya memandang perkara ini daripada sudut positif. Penghijrahannya lebih besar," katanya kepada BH Online.


Tam Suhaimi, Foto: BH

Tambahnya, "Selesai mengarah drama Miss Match, saya perlu melunaskan penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale di bawah Dana Kandungan Digital.

"Penggambaran drama Cinta Itu Fairy Tale dilakukan ketika pandemik COVID-19 daripada April hingga Mei, tahun lepas. Saya perlu menyelesaikan kerja penggambaran dalam tempoh enam bulan.




"Saya perlu memberi kepada drama Cinta Itu Fairy Tale hingga terpaksa melupakan perhatian untuk drama Miss Match. Namun, saya bersyukur akhirnya drama Miss Match disiarkan juga di WeTV."

Drama tersebut turut dibintangi oleh Bella Daly, Atiq Azman, Emelda Rosemila, Donna Muslim, Izara Aishah, Nur Aliah Lee, Fazziq Muqris dan Sharifah Rose. -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 45
Komen

Previous : Buang Ego - Zarina Anjoulie, Yas Rujuk Semula

Next       : Azrel Ismail Tak Tiru Gaya Fikri Ibrahim

Komen Terbaru

Quote idril 7-3-2021 04:21 PM
dia ngan hannah delicious yg aku tgk pakai tudung iklas berubah, tak lupa mizz nina

Lain-lain Komen

Quote Redmyvi 4-3-2021 01:46 PM
tam ni comey jer mcm zaman cilipadi dulu..
Quote yujin 4-3-2021 01:54 PM
Cntik bertudung.. alhamdulillah semoga kekal bertudung..
Quote lantodak 4-3-2021 01:55 PM
Semoga terus istiqomah kila.
Quote Lengkong 4-3-2021 01:57 PM
cantiknya kila

Quote September14 4-3-2021 02:00 PM
Dia ni blakon ok jgkla.. atleast aku ingt watak drama yg dia jd wedding planner tu
Quote Fafaaisa 4-3-2021 02:07 PM
Cantik dia bertudung..
Tam ni dah kahwin ke belum...berapa dah umurnya
Quote dudaberhias 4-3-2021 02:10 PM
cantik walaupun filter dan dah di edit...
sebelum ni iols ingat lagi sheols sentiasa berangan mata hazel... hari2 la dok edit mata hazel dan vid mata terang2... delusional betul.... mujur sekarang dah bertudung dah boleh berpijak di bumi yang nyata....

sape tag kila fairy dapat 10k.... tc applies gitturhhh
Quote Nenasketum 4-3-2021 02:29 PM
Ya awloh, dah jadi pengarah ke budak ni. Masa arwah pak aku ada berlakon ngan dia, hari2 pak aku bebelkan supaya dia kasi habis belajar. Stok2 Melissa Saila & Ogy, skolah tak abis tapi cakap banyak, dunia ni suka dia tau. Hahaha
Quote bruberry88 4-3-2021 02:32 PM
dulu sexy dia cantik, sekarang tutup aurat masih cantik
Quote tikusmontok 4-3-2021 02:39 PM
dia sejenis yg cantik bertudung. sebelum ni npk mcm drag
Quote miss_perfect 4-3-2021 02:41 PM
Lawanya dia sekarang. Dulu aku nampak dia ni seksi je tak nampak lawa, sekarang nampak lawa dan menenangkan.
Quote lilydandelion77 4-3-2021 02:46 PM
Iols tak follow sheols kat ig tapi sbb lalu lalang kat explore..ingat sheols just saja bertudung. Rupanya dah berhijrah. Baju pun tak ketat dah. Seriously lawa. Iols syak ada steady bf dan sedia utk dinikahi. Mcm hannah delisha.
Quote lilydandelion77 4-3-2021 02:49 PM
Nenasketum replied at 4-3-2021 02:29 PM
Ya awloh, dah jadi pengarah ke budak ni. Masa arwah pak aku ada berlakon ngan dia, hari2 pak aku beb ...

Pak chuols berlakon cerita apa dgn tam ni?
Dia ni mmg simple je kan? Dulu iols jumpa dia naik komuter, gaya selamba je. Buat hal sendiri. Kecik molek je. Tak makan dek usia.
Quote Nenolen 4-3-2021 03:04 PM
Cantik dan ayu Killa bertudung...serius cantik...moga istiqomah yer dik dan diberi jodoh yg baik2...amin.
Quote RinIna 4-3-2021 04:32 PM
Cantik sangat..
Quote mieymiey 4-3-2021 04:45 PM
Sheols ni ratu edit yach. Masa freehair kemain lawa, sekali muncul berlakon dalam tivi hampir iols tak cam.
Quote wak_pijah 4-3-2021 04:49 PM
Lawanya dia pakai tudung, hilang semua gedik dia masa free hair, esp masa dlm filem karak tu, turn off betul.

Skrg nampak sopan dan lembut je.
Quote jelitayu 4-3-2021 06:10 PM
sejuk pulak mataku tengok dia dah berhijab dan berpakaian longgar2 ni. alhamdulillah. semoga istiqamah.
Quote rajamoney 4-3-2021 06:17 PM
tatap peminat rohana jalil!!!!!!!!!

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top