Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Pendakwah Minta Henti Kecam Zul Yahya

8-3-2021 04:06 PM| Komen: 22

Tindakan pihak tertentu yang mengecam pelakon Zul Yahya sehingga memaksanya mengambil keputusan meninggalkan kumpulan tabligh mendapat perhatian pendakwah dan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, kecaman bukan sahaja memburukkan keadaan malah, memberi persepsi negatif terhadap Zul serta jemaah tabligh.

Kata Mohd Izhar, kebanyakan individu tidak menyedari bahawa kecaman atau sifat suka ‘menghukum’ merupakan amalan yang tidak disukai Allah selain lari daripada sifat ditunjukkan Nabi Muhammad S.A.W.


Kredit foto: IG Zul

“Saya mohon sahabat laman sosial semua, tolonglah jangan menghukum Zul dan jemaah tabligh. Nabi Muhammad tidak menghukum tetapi baginda menyampaikan kebenaran.

“Setiap kita ada pandangan berbeza. Perbezaan itu kita perlu sampaikan dengan hikmah. Saya yakin Zul mempunyai pandangan tersendiri dan mungkin akan berubah jika dibawa berbincang. 

“Tidak perlu keluar jemaah tabligh kerana jemaah tidak salah pun. Saya suka cara dakwah jemaah tabligh yang penuh dengan hikmah. Maka, teruskanlah bersama jemaah.

“Bagilah beliau peluang untuk bermuhasabah dan bertafakur. Insya Allah semua kita akan ada jalan keluar. Hidayah milik Allah,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, Zul menerima pelbagai kecaman susulan beberapa kenyataan ‘panas’ membabitkan isu vaksin dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di masjid dan surau.

Susulan itu, Zul mengambil keputusan untuk meninggalkan jemaah tabligh selepas ia menerima tempias kritikan orang ramai.

Zul merupakan antara selebriti yang sering muncul di kaca televisyen dengan membintangi pelbagai drama tempatan sebelum ini.

Bagaimana pun, pelakon itu memperlahankan karier seninya selepas mula serius untuk mendalami ilmu agama.


Sumber: ProjekMM

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Previous : Taufik Hanafi Kecewa Selalu Kena Reject Dengan Stesen TV

Next       : Syafie Naswip Teringin Sangat Nak Pegang Watak Lelaki Berusia

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 26-5-2021 07:22 AM
Ni lagi sorang acah penjaga sorga {:spec

Lain-lain Komen

Quote Kurex 8-3-2021 05:21 PM
Lantak kau la. Jgn jadi penonggeng agama dah la.. ratib dosa orang tapi sendiri kaki cikcap, kaki porno, penzina
Quote salimrock 8-3-2021 05:28 PM
tak tau apa nak kata....


kadang2 aku nampak dia cm yassin senario pn ada...

Quote rajamoney 8-3-2021 06:15 PM
entah

kecam org yg bagi pandangan

yg jadi gay2 pondan2 pedo korang tk nk kecam

siap bagi lak tu masuk tandas wanita

beli produk2 timbang kilo diorang

sonok kot dengar ucapan tunggang agama puak2 gay2 pondan2 pedo ni?

ish ish ish
Quote Orix 8-3-2021 06:25 PM
Nabi Muhammad tidak menghukum tetapi baginda menyampaikan kebenaran.


dan dan tak menghukum.... yg kejar sajat tu pebenda ?
Quote prettyuglybabe 8-3-2021 06:30 PM
tonggang jangan tak tonggang..
Quote Perawankota 8-3-2021 08:00 PM
Sbbtu kena lebih byk berdiam
Quote nuryakmal 8-3-2021 08:03 PM
Dia pun berenti la buat kenyataan yang tak pasti.
Even nak masuk mekah pun kerajaan saudi nak org bervaksin je.
Mmgla Allah penyembuh segala penyakit. Tapi allah suruh usaha. Bukan suruh redha makan habatus sauda je.
Quote cmf_blingblings 8-3-2021 08:18 PM
Dia kecam org tak apa pulak
Quote dino 8-3-2021 08:48 PM
rajamoney replied at 8-3-2021 06:15 PM
entah

kecam org yg bagi pandangan

yg zul yahya judge org takpe...
mcm org yg backup sohai diectak tgk history kenapa...
Quote dino 8-3-2021 08:49 PM
cmf_blingblings replied at 8-3-2021 08:18 PM
Dia kecam org tak apa pulak

kan... sbb die penonggeng agama haha
Quote rajamoney 8-3-2021 08:54 PM
dino replied at 8-3-2021 08:48 PM
yg zul yahya judge org takpe...
mcm org yg backup sohai diectak tgk history kenapa...

mmg la aku pun tk stuju ngn si kaber ni kdg2 over
tp kenang la jugak

org baru2 join tabligh nk kembali kpd agama yg benar mmg ada yg terbabas over

mcm la ko tk tau dino

jd org over2 mcm si kaber ni kena ada attitude adjustment

kena ada sembang face to face

bkn sembang makrifat hakikat kedai kopi tu

kena ada hujahan seimbang ngn orng cam ni

si kaber ni dah la tk skolah tinggi

yg amik kisah sngt orng cam dia ni sembang watpe

bkn dia wat jahat sokong keganasan sokong gay pondan pedo medo memedo pun

dia cuma bg pandangn yg kureng kena la ngn keadaan skang

bnyk sangat eskatologi

org baru2 belajau agama ni bkn kisah pasal eskatologi

kita kisah pasal aqidah ibadah dan juga akhlak

tu yg aku pun tak stuju ngn tabligh2 ni selain membusukkan surau zaman dulu2

tapi tngk tabligh la

kalau tabligh ni doktor2 loyer2 bagus2 punya kerja mmg bersih

ini tabligh rockstar

cane busuk suar jeans diorang zmn rocker cam tu la busuk surau dibuatnya
Quote haruslah 8-3-2021 09:16 PM
Tertengok kat fb dia sembang pasal rapat dgn politik...artis....ustaz bla bla bla
Pulun pukul habis....
Xpe pulak kn????

Org x kecam jemaah pun
Sebab ramai je jemaah yg helok
Yg x helok tu buat busuk semua
Quote user.name 8-3-2021 09:42 PM
kecam orang lain sendiri tak nak ubah? eh? eh? eh? eheheheh?
Quote Carcosa 8-3-2021 09:42 PM
Ahhhh nasib ah. Kalau sekali dua dia buat kenyataan bangang dia tu, takpe jgk. Ni berkali2. Dia dgn Sohai boleh comolot jadi Brokeback Mountain
Quote likecandy 9-3-2021 01:09 AM
tapi kecam orang lain boleh plak? cop org lain agent dajjal boleh plak?
Quote akuMNdia 9-3-2021 07:22 AM
dia senang jer sebenarnya...
diam jer kalau taknak dikecam.
ko anti vaksin ke ko anti apa sekalipun.. diam..


Quote KucingBiru 9-3-2021 07:54 AM
Ceritanya mudah. Tin kosong memang banyak bunyik. Orang yang ada ilmu, real knowledge tak akan easily keluar statement berat yang akan bagi impact to image Islam.

Sohai dan Zul Yahya ni ilmu ada la 2 kupang tapi act like mufti yang dah khatam semua kitab
Quote copy_paste 9-3-2021 07:54 AM
akuMNdia replied at 9-3-2021 07:22 AM
dia senang jer sebenarnya...
diam jer kalau taknak dikecam.
ko anti vaksin ke ko anti apa sekalipu ...

kan,mcm iwan dangdut tu,
byk nyayi lagu dangdut versi ketuhanan,tu cara dia berdakwah,bab vaksin ni dia diam je...xde sape2 nk kecam walau dia pakai serban besar,berjambang lagi...
Quote lovelytouch 9-3-2021 07:55 AM
Dah dia ni sendiri menghukum orang lain kalau amik vaksin kalau hantar anak pergi sekolah serupa dajal pebende??

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top