Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Khai Bahar Tiada Jiwa, Malu Tengok Diri Sendiri Berlakon

8-3-2021 05:17 PM| Komen: 12

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar kembali ke lokasi penggambaran apabila membintangi drama kedua berjudul Kisah Cinta Rumi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Luluh itu pernah membintangi drama Satukan Rasa bergandingan dengan Siti Nordiana pada 2019.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin mengakui, dia malu melihat lakonannya, selain tiada jiwa ketika membintangi drama sebelum ini.


Foto: IG

"Namun, situasi pandemik COVID-19 memerlukan saya mencari ruang dan peluang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya tidak boleh mengharapkan dunia nyanyian lagi.

"Mungkin inilah masa terbaik untuk menggali bakat lakonan. Pada masa yang sama, saya juga diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi drama Kisah Cinta Rumi.

"Saya akui, jiwa saya lebih ke arah nyanyian. Walaupun ramai peminat menyokong dan suka melihat saya berlakon, tetapi saya tidak boleh cepat selesa dengan apa yang ada," katanya kepada BH Online.

Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali itu berkata, dia memegang watak Mika dalam drama 13 episod arahan Idora Abdul Rahman.



Selain Khai, drama terbitan Creative Skill Solution yang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3 itu turut dibintangi Noniswara, Riena Diana, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan..

"Mika, seorang seorang peragut yang sanggup melakukan kerja tidak baik demi menyara ayahnya.

"Saya sudah memulakan penggambaran sejak awal bulan selama sebulan. Saya melakukan ujian calitan tiga hari sebelum penggambaran bermula. Alhamdulillah, keputusannya negatif," katanya.



Mengulas lagu runut bunyi berjudul Hilang Gelita, Khai berkata, dia menggunakan khidmat pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak sebagai penulis lirik.

"Lagu berkonsep balada ini ciptaan saya. Ia sudah dirakamkan pada 9 Februari lalu.

"Insya-Allah, saya akan merakamkan album mini bergenre ketuhanan dengan memuatkan lima lagu, tidak lama lagi. Ia akan dilancarkan pada bulan Ramadan nanti," katanya yang turut melancarkan produk minuman pelangsing badan berperisa coklat, K Slimz, baru-baru ini. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Previous : Syafie Naswip Teringin Sangat Nak Pegang Watak Lelaki Berusia

Next       : "Itu Hak Saya," - Fathia Latiff Jawab Isu Suntik Filler

Komen Terbaru

Quote JalaEmas 10-3-2021 02:35 AM
awok nynyi je ler..tak usah nk jd pelakon.. mmg takde jiwa & raga

Lain-lain Komen

Quote Kurex 8-3-2021 05:25 PM
Cuba bagi jantan sebagai pasangandia, kompommmmm berjiwa!
Quote ajinomotonosuga 8-3-2021 06:56 PM
Kurex replied at 8-3-2021 05:25 PM
Cuba bagi jantan sebagai pasangandia, kompommmmm berjiwa!

Ce kasik Shahmira..tak pun rahim sepahtu
Quote one_aiman 8-3-2021 07:30 PM
ketahuilah, dalam drama yg dulu tu bukan awak sorang yg tiada jiwa
Quote Perawankota 8-3-2021 07:57 PM
one_aiman replied at 8-3-2021 07:30 PM
ketahuilah, dalam drama yg dulu tu bukan awak sorang yg tiada jiwa

Heroin dia pon sama ekkk
Quote Carcosa 8-3-2021 09:33 PM
Cuba tukar nama ke Khairina. Harus berjiwa2 datang lakonan nya ittew
Quote LadyCarefree 9-3-2021 02:00 AM
Yg xde bakat berlakon xde minat xde jiwa xde apa berlakon dibaginya job. Dn lagi jijik dah tau xse jiwa xde minat xde bakat, pi ambil job tu dah kenapa?
Quote rukia2 9-3-2021 08:03 AM
jual la produk lain khai, byk sgt da produk minuman/makanan acah2 utk kuruskan bdn/kesihatan camtu kt pasaran..
Quote woven11 9-3-2021 09:29 AM
Khai ni mmg tak improve lagi PR skill dia eh? Ada ke cakap takde jiwa dalam lakonan.... director pun nape amik org yg takde jiwa
Quote kakakgarang 9-3-2021 09:31 AM
Dasar bottom.. pergi la kau mereputzzzzzz sana... sendurina
Quote missmeornot 9-3-2021 09:45 AM
Perawankota replied at 8-3-2021 07:57 PM
Heroin dia pon sama ekkk

Heroin dia sbb partner dgn khai ni la. Kalau dgn pelakon hebat ok je esp dgn alep
Quote Perawankota 10-3-2021 01:01 AM
missmeornot replied at 9-3-2021 09:45 AM
Heroin dia sbb partner dgn khai ni la. Kalau dgn pelakon hebat ok je esp dgn alep

Hehe kannnn
Quote JalaEmas 10-3-2021 02:35 AM
awok nynyi je ler..tak usah nk jd pelakon.. mmg takde jiwa & raga

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top