Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Baru Merasa Jadi Bapa, Meninggal Pula" - Ibu Tertua Di Dunia Besarkan Kembar Sendirian

Oleh: Cari-Azza|16-3-2021 12:40 PM Komen: 27


Beritanya menjadi ibu tertua di dunia pernah menggemparkan media dua tahun lalu, kini ianya mendapat liputan sekali lagi apabila Yerramatti Mangayamma, 75, terpaksa membesarkan anak kembarnya seorang diri setelah suaminya Raja, 85, meninggal dunia.

Kini pasangan kembar tersebut, Rama Tulasi dan Uma Tulasi kehilangan ayah mereka di usia yang sangat muda.

"Suami cuma mendapat kesempatan selama setahun sahaja nikmat menjadi bapa sebelum meninggal akibat sakit jantung. Tapi, perasaan itu sangat kami hargai."


Foto : Cover Asia Press

Pasangan tersebut mendapat anak menerusi kaedah IVF setelah perkahwinan mereka selama 57 tahun tidak mendapat cahaya mata. Mereka sudah berputus asa setelah Yerramati mengalami menopaus di usia 40 tahun, namun keajaiban berlaku apabila mereka bertemu pakar sakit puan di  Andhra Pradesh, selatan India.

Setelah membuat perbincangan, pasangan tersebut bersetuju menggunakan telur daripada penderma dan sperma daripada Raja dalam kaedah IVF.


Foto :Cover Asia Press

Rezeki mereka berganda apabila Yerramatti disahkan mengandung anak kembar dan saat sebagai ibu bapa dinikmati bersama-sama.

Tidak mahu membiarkan anaknya terkapai-kapai tanpa hala tujuan, Yerramati telah mewasiatkan saudara terdekat untuk menjaga kembar tersebut setelah kematiannya nanti. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Buritan 21-3-2021 06:59 PM
Suchi replied at 16-3-2021 11:43 PM
Oh kes ni ramai gak kecam dulu terutama kat doc depa tu la.
Hari nenek ni nak beranak tu pun laki d ...

Kann.. aku mulaa laa riso kembo ni jd pelacorlaa kena jualla.. harap salahlaa andaian aku

Lain-lain Komen

Quote jazaa100 16-3-2021 01:11 PM
dorang ni golongan kayangan ke?....
nmpak mcm tak je.....
Quote chenta_dewi 16-3-2021 01:13 PM
Kelly ng tua lg pandai wasiat  

Melayu caprut mula2 wakaf dah meninggal waris amek balik
Quote Artemesiaa 16-3-2021 01:16 PM
Kurang2 apa yang dicita2kan tercapai juga walau sekejap
Quote angelofish 16-3-2021 01:17 PM
pentingkan diri sendiri
Quote Decaffeinated 16-3-2021 01:19 PM
Telur penderma tapi nenek ni yang kandung?
Quote rajamoney 16-3-2021 02:20 PM
tua pun boleh
Quote Eliadaisy83 16-3-2021 02:23 PM
Golongan kayangan je mampu buat ivf...
Aci ni xnampak pun mcm golongan kayangan.
Quote dudaberhias 16-3-2021 02:26 PM
Siannya aci. Harap2 jaga lah elok2 anak2 tu yer.
Quote dudaberhias 16-3-2021 02:27 PM
Eliadaisy83 replied at 16-3-2021 02:23 PM
Golongan kayangan je mampu buat ivf...
Aci ni xnampak pun mcm golongan kayangan.

Dapat sponsor kot kaka.
Tapi ivf sana murah dari Malaysia.
Apa2 perubatan di india memang murah dari Malaysia.
Quote Supersirap 16-3-2021 02:51 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan ya
Quote kon2 16-3-2021 03:28 PM
cian baby ni, hmm xpatut penting diri sdri
Quote pilot 16-3-2021 03:33 PM
dudaberhias replied at 16-3-2021 02:27 PM
Dapat sponsor kot kaka.
Tapi ivf sana murah dari Malaysia.
Apa2 perubatan di india memang murah  ...

kat malaysia ni apa yg tak mahal....
Quote Trumpettt 16-3-2021 03:35 PM
Yg kesian anak2..nk membesar bila parents dh meninggal..aiyooo aci
Quote uda 16-3-2021 05:51 PM
Raja umur 85 tahun tapi masih mempunyai sperma. Hebat
Quote Jorja 16-3-2021 10:50 PM
Suka nya tengok twins gegirl
Quote Suchi 16-3-2021 11:43 PM
Oh kes ni ramai gak kecam dulu terutama kat doc depa tu la.
Hari nenek ni nak beranak tu pun laki dia jatuh pengsan gak.
Rupanya tak lama kemudian meninggal yelaa dah tua sangat2.
Esok2 kalau nenek tu dah meninggal harap budak2 tu dijaga bebaik la oleh waris.
Risau plak dahla pompuan. Tahu jelaa india kan ermmmm
Quote Cece1234 16-3-2021 11:53 PM
kon2 replied at 16-3-2021 03:28 PM
cian baby ni, hmm xpatut penting diri sdri

Kalo mak nya xde nnti sape pulak nak jaga budak2 tu kan..
Quote dua_chzy 17-3-2021 09:11 AM
Eliadaisy83: Golongan kayangan je mampu buat ivf...Aci ni xnampak pun mcm golongan kayangan.


Tapi rumah aci nampak macam rumah family berharta. Semenggah rumahnya.
Quote damsel_fiji 17-3-2021 09:12 AM
jazaa100 replied at 16-3-2021 01:11 PM
dorang ni golongan kayangan ke?....
nmpak mcm tak je.....

Golongan m40 kot versi yindia

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top