Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Penonton Taasub, Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Terima Ugutan Bunuh

16-3-2021 12:12 PM| Komen: 23

Gara-gara kurang bersetuju dengan perjalanan watak dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, pengarah Shuhaimi Lua menerima mesej ugutan bunuh daripada seorang netizen di laman sosial.

Menurut Shuhaimi, penonton berkenaan mendesaknya menyatukan watak Raihani lakonan Nadia Brian dan Pian (Atiq Azman) dalam episod akhir yang akan ditayangkan pada malam Isnin.


Shuhaimi bersama pelakon

"Saya terima mesej yang sama berulang kali di media sosial... individu itu marah sebab dia mahu episod akhir malam ini Pian berbaik dengan Rai. Sejujurnya saya terkejut membaca mesej yang sama dihantar individu itu!

"Adik-adik yang nak tulis komen atau tweet berhati-hatilah jangan sampai datangkan bahaya pada diri anda. Walaupun mereka guna akaun palsu, tapi mesej ugutan itu perkara serius.

"Pesanan saya fikirlah dahulu sebelum nak menulis sesuatu, mungkin niat dia nak bergurau tapi ayat bunuh itu berbahaya kerana boleh diambil tindakan," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pemilik produksi Tanah Beris Film Production ini berkata dia masih belum terfikir untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.



"Buat masa ini belum ada keperluan untuk ambil tindakan kerana bagi saya mesej ugutan itu normal... cuma saya curiga dan sedikit bimbang bila ada ugutan nak bunuh.

"Selagi tiada sebarang ancaman fizikal, saya rasa tak perlulah nak ambil tindakan. Tapi andai kata saya diekori atau individu itu berterusan mengganggu kerana tak berpuas hati dengan penamat cerita malam ini, saya terpaksa ambil tindakan lanjut.

"Cuma pesanan saya kepada penonton... peminat artis atau drama, janganlah terlalu taasub. Kita buat drama ini sekadar untuk hiburan, saya harap mereka hayati sebagai hiburan semata-mata," ujarnya.



Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri bersiaran di slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam dan episod akhir akan bersiaran pada malam Isnin.

Ia dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Previous : RTM Siar Cerita Best Tahun 80an Dan 90an, Ramai Yang Minta Cerita Kegemaran Diulang Tayang

Next       : Keluang Man Buat Comeback -Superhero Bermaruah, Bermoral Dan Berilmu

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-4-2021 12:07 PM
Dah basi la gimik macam ni. Pelakon terima ugutan la makian la apa la. Konon hebat sangat berlakon.

Lain-lain Komen

Quote Belibis 16-3-2021 12:24 PM
Sembang kari.setakat drama vodo macam tu sampai nak bunuh2??kira hebat sangat la watak jahat tu?
Quote Normabaru 16-3-2021 12:26 PM
Pengarah ni mcm jenis attention seeker je.. Hr tu meroyan scene 18sx kena potong.. Now sembang kena ugut bunuh plak.. Eh eh ehhhhh sesuatu sgt
Quote nadmal19 16-3-2021 01:26 PM
crite cam sampah pastu ko ajet dpt msj camtu.... tlong la ek..perbaiki mutu drama...
nyesal aku tgk!
Quote Atiesha 16-3-2021 01:27 PM
Menyesai wei tgk....ending hampeh......
Quote haryatie 16-3-2021 01:32 PM
betul ada ker mesej mcm tu
mcm x percaya jerk
Quote Indahnya 16-3-2021 01:35 PM
nasib baik tak tengok pon..
Quote Eliadaisy83 16-3-2021 01:37 PM
Tak best pon cerita ni, mengarut banyak sangat...dah bunuh orang senang2 je lepas, tak kena tangkap polis.
Quote Grengo 16-3-2021 01:40 PM
paling best watak mak ezlan. tahniah .. from villain to nice lady. suka tgk
Quote rajamoney 16-3-2021 01:41 PM
kalau ko tngk drama astro pukul 10 aku rasa korg lg sakit hati
Quote Tudungpink 16-3-2021 01:58 PM
Ending pian mengarut
Quote mohdcrow 16-3-2021 01:59 PM
M.A.R.K.E.T.I.N.G
Quote Eliadaisy83 16-3-2021 02:15 PM
Cite mengarut takde kualiti..
jalan cerita ntah apa2 n langsung tak logik
Quote Izumieza 16-3-2021 02:36 PM
Siapa ke yang pandir nak ugut2 bagai tu.
Quote amysuzy 16-3-2021 03:45 PM
Ending mengarut!!
Quote Perawankota 17-3-2021 04:50 AM
Patutnya eixlan tu pon dpt balasan.. Nak kat rai, tapi projek dgn org lain..


Nasib aku x tgk Sgt drama ni.. Ending pon member yg update kt fb
Quote ayukpingu 17-3-2021 03:15 PM
tak best

Quote Nenasketum 17-3-2021 06:12 PM
Mak Hayam Lua sendirik hantar ugutan kot? Second time aku tengok drama dia, first dengan Fazlina Ahmad Daud. Masa orang komplen citer tu dia kata di tengah sakit.
Very loosely made, citer tak masuk akal. Aku ban diriku dari buang masa tengok citer sampah kumbahan ko Lua. Tetiba aku emosi plak
Quote red_velvet 17-3-2021 07:10 PM
Edited by red_velvet at 17-3-2021 07:13 PM

Cerita ni Mula2 ok la boleh layan sebab x skeptikal anak dato datin.. lama2 makin mengarut. Ade ke tengah solat kena rasuk setan.. ko nak bg tau apa sebenanrnya? Nak bg tau jin setan tu lebih power dari ayat2 Allah ke?   Dahla pelakon kayu. Kejung semua macam berlakon malam kebudayaan perkhemahan pengakap.... Dah tau ezlan kena mandrem, pian n rai duduk lama2 umah naim buat apa... Kata nk bertindak,.. tiga pat episod halan takde tindakan ape pun.. si rai asik meneran2  nak menangis je kejanya... Eehh pegila bawak ostad ke ape ke... Bangang aihh .ujung2  si. Rai tak rasa bersalah tikam pian, elok bahagia dgn izlan yg selenge tu ...bengap!
Quote SiMontel 17-3-2021 08:38 PM
aku tgk cite ni 2 episode ke,...episode pertama yg aku tgk masa si sakinah ni bawak balik adiputra ke rumah dia..pastu sakinah ni jumpa pompuan pakai spec yg kawen dgn ex tunang dia ker..ker ex hubby dia..watak laki bini mmg kayu giler...


episode ke2 aku tgk..yg final.. .. si nadia tu kena rasuk pastu tikam laki dia dgn kayu..pastu sakinah mati lepas kena paksa gugur kandungan...

see nama watak pun aku tak ingat hahahahaah tapi paling memorable sepanjang aku tgk 2 episode ni...cumalah... eh lana nordin ni lubang hidung dia  memanjang lah...mcm hidung plastic... hahahahaha

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top