Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ropie Masih Releven, Jadi Duta Sana Sini

18-3-2021 08:59 AM| Komen: 17

Walaupun industri seni diwarnai dengan ramai wajah baharu, pelawak dan pelakon Ropie mampu membuktikan kehadirannya masih kekal relevan pada usia 54 tahun.

Tidak hanya dihujani tawaran lakonan, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin masih dipilih sebagai duta produk.

Terbaru, pelakon yang cukup sinonim dengan watak Pak Kodi dalam sitkom JKK ini dipilih menjadi duta produk kerepek keluaran Misabitez.


Foto: Harian Metro

"Saya bersyukur di usia setengah abad ini saya masih menerima pelbagai tawaran kerja termasuk menjadi duta. Ini semua rezeki untuk saya kongsikan dengan keluarga.

"Macam tak percaya kehadiran saya masih diterima baik dan mendapat permintaan di sebalik ramai pendatang baharu sekarang ini," katanya.

Menurut Ropie, dia terkejut ketika menerima tawaran sebagai duta kerepek kerana menganggap dirinya sudah ' tidak layak' untuk memegang jenama sesuatu produk.

Tidak kisah jika ada yang menggelarnya sebagai Ropie Kerepek kerana baginya gelaran itu hanya gurauan peminat.

Sebagai seorang pelawak, dia tidak perlu berkecil hati dan terasa. Itu tandanya dia buat kerja sebagai duta dengan baik.

"Sebagai artis, saya menerima banyak tawaran untuk ulasan makanan, lebih-lebih lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, saya jenis yang kena rasa dahulu. Kalau sedap saya beritahu. Kalau tidak saya akan beri pendapat. Saya jujur orangnya.

"Cuma bila dapat tawaran daripada pengeluar kerepek itu, saya tertarik. Mula-mula rasa memang tak cukup sebalang. Selepas berbincang dengan isteri, saya bersetuju. Lihat cara pembungkusan pun sangat menarik.

"Lepas ini kalau ada yang gelar Ropie Kerepek pun saya okay. Baguslah itu tandanya peminat suka dan secara tidak langsung, ada peluang untuk kontrak disambung untuk 10 tahun!" katanya sambil ketawa.

Tidak menyangka masih ada yang melihat dia mempunyai aura duta, Ropie sangat berterima kasih kepada pemilik produk itu, Muhamad Faiz dan Khairul Amin yang memberi peluang kepadanya.

Lebih menarik perhatiannya adalah kesungguhan mereka membantu ramai orang menambah pendapatan. Apatah lagi ketika penularan Covid-19 di seluruh dunia, ramai yang terkesan.

Dia juga menolak dakwaan nakal yang bertebaran kononnya dia menerima bayaran tinggi sebagai duta.

Namun, katanya, andai dia dibayar tinggi maka itu bukan satu kesalahan tetapi rezeki.

"Apabila berjumpa Faiz dan Amin, saya tertarik melihat cara mereka berniaga. Niat mereka mahu membantu orang yang dalam kesusahan. Ada ramai yang diberhentikan kerja dan pelbagai lagi masalah berkaitan kewangan.

"Jadi mereka membuka peluang perniagaan untuk sesiapa yang mahu mencuba. Itu satu usaha baik dan sangat dialu-alukan. Saya juga akan cuba mempromosikan produk yang mempunyai 23 jenis itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Rahsia Shiha Zikir Tukar Baju Terbongkar

Next       : Edrie Hashim 'Sekolahkan' Netizen Pertikai Lagu Zaman Sekarang Kurang Kualiti

Komen Terbaru

Quote anggunbeautee 19-3-2021 01:01 AM
Siyes ar...tkde ke pngarah nk gandingkan ropie dgn ustaz hamidi tuu(lupa plak nama btul dia) buatlah cerita ape2..msti best

Lain-lain Komen

Quote shernazz 18-3-2021 09:18 AM
Kalaulah air kotak joy ada lagi
Ropi.bolehnjadi duta air kotak joy...
Quote dudaberhias 18-3-2021 09:46 AM
ropie ok je... produk2 jamu oem orang tua atau habbatus sauda pun sesuai untuk heols jadi duta... jangan la fair n lovely pulak yang ambik dia jadi juta sudah ler... atau garnier...

mcd, kfc, pizza hut pun sesuai...
Quote evataso 18-3-2021 09:49 AM
Pernah jumpa ropie depan2 siyes baik dan friendly. Dia yg tegur iols dulu. Lawak pun yer
Quote Duriancreep 18-3-2021 09:50 AM
Tak sangka sebenarnya dalam batch dia,  at last dia paling relevant now.  Senario cecupak lain dah tak boleh jdi hero slot Pak Kodie mcm dia
Quote meah_kelabu 18-3-2021 09:52 AM
dia akan ade dlm setiap mv floor 88
Quote Nenasketum 18-3-2021 10:10 AM
Aku tak pernah meluat dengan dia ni. Dia ibarat my plush toy gitteww, slalu buat aku eppy.
Quote Boomibulat 18-3-2021 10:39 AM
Ok je dia ni..tp kdg2 lawak melampau bodoh sgt..
Quote ezacbee 18-3-2021 11:04 AM
Tak seteruk memek muka azlee senario
Quote azhardanil 18-3-2021 12:15 PM
Dia bukan masih relevan. Dia relevan.
Quote Moyangkucing 18-3-2021 12:36 PM
Ropie ni lawak juga. Jangan buat perangai bukan2 dah la ya..
Quote cikpah27 18-3-2021 12:51 PM
Suka watak pak kodi.. Kelakar.. Dulu selalu tengok jkk tapi lama2 bosan sebab tak dengar dorang cakap apa.. Background sound kuat sangat..
Quote rajamoney 18-3-2021 01:12 PM
zahid nama dia rupanya

dia ni ksian dulu

jd pelawak tk laku

sampai tukar hala bawak watak serius drama2 kisah benar

bila start edisi khas buletin cinta skrip  arwah zulkifli said

terus nampak sisi kelakar dia yg natural

best la ropie skang

yg jkkk tu lepas jep tk de baru aku leh tngk

ropie slalu mnyakat salman ngajuk cara org tu bcakap

mmg lawak tol

Quote innocentsangat 18-3-2021 02:56 PM
Suka Ropie! Haha. Tak sangka nama dia Zahid. Apooo. Hahahahaha
Quote budakLuiTimur 18-3-2021 11:28 PM
ropie ni kalau mai dia punya naik sekh, laki aku ngekek gelak tgk gelagat diaaa
Quote mela8 18-3-2021 11:42 PM
Ni ex vokalis hyperact ke? Tanye je hehehe
Quote Submitted 19-3-2021 12:58 AM
U saddap..lawak2
Quote anggunbeautee 19-3-2021 01:01 AM
Siyes ar...tkde ke pngarah nk gandingkan ropie dgn ustaz hamidi tuu(lupa plak nama btul dia) buatlah cerita ape2..msti best

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top