Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jijik! Simpan, Sembelih Ayam Dalam Tandas Sebelum Dijual

19-3-2021 01:43 PM Komen: 19
Simpan dan sembelih ayam hidup dalam tandas sebelum dijual kepada pelanggan.


Ayam mati ditempatkan dalam reban ayam hidup di dalam tandas di sebuah kedai runcit di Taman Pewira, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Itulah perbuatan jijik seorang peniaga kedai runcit di Taman Pewira yang dibongkar Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Ops Caras hari ini.

Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui seekor ayam yang dipercayai mati lebih tiga hari yang disimpan dalam reban ayam hidup.

Katanya, pekara itu amat membimbangkan kerana ayam hidup itu boleh tercemar susulan dicampur dengan haiwan mati, sekali gus boleh memudaratkan kesihatan orang awam yang membeli ayam terbabit.


Produk makanan tamat tarikh luput turut dijual.

Ikutkan perlesenan hanya benarkan penyembelihan di pusat tertentu tetapi mereka ini bukan saja melakukan kesalahan menyembelih malah menempatkan haiwan di dalam tandas.

Kita khuatir ayam mati itu dicampur dengan ayam hidup dan dijual kepada pembeli, katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Wazir berkata, kedai runcit itu turut menjual produk makanan yang sudah tamat tarikh luput serta barang import tidak mengikut standard label ditetapkan.


Kelapa berulat turut ditemui di dalam sebuah runcit yang diperiksa.

Kita tidak menolak kemungkinan kawasan ini ramai warga asing jadi peniaga jual barang ikut permintaan mereka.

Selalunya senario kedai runcit di kawasan penempatan warga asing didapati melakukan kesalahan yang sama dan kita mahu mereka (peniaga) tahu kita menekankan aspek kebersihan makanan bagi megelakkan keracunan kepada semua orang, bukan rakyat tempatan saja, ujar Wazir.

Dalam operasi itu, sebanyak lima kedai runcit diperiksa dan lapan notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berjumlah RM22,500. 


Sumber: MalaysiaGazette


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
1
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Buritan 22-3-2021 10:06 AM
Kande pirop ade beli tak ayam mampus..

Lain-lain Komen

Quote MsKathryn 19-3-2021 01:48 PM
Yucksss
Quote Cieejiee 19-3-2021 02:28 PM
{:1_571:
Quote biskutraya 19-3-2021 02:39 PM
Tokey kedai takde pekerja ke ni tolong check2 kan expired date, kemas2 cuci2 kedai runcit.. hadoii..
Quote any42 19-3-2021 02:49 PM
Kbykkn kdai runcit yg i pnah snggah mmg nmpak kotor, barang bhabuk. nsib skrng pkai mask. Klau dlu singgah kdai runcit nk beli gula skejap je pun dah gatal2 hdung hbuk pnya psl.  pkerja, tuan kdai sndri pun jd cashier tp smua mcm mlas nk bersihkn kdai. xtau la bhgian dalam stor lg ngeri agknya keadaan tmpt simpan barang
Quote sakitperut 19-3-2021 04:08 PM
eeeeeeeeeeeew
Quote miley95 19-3-2021 04:10 PM
Adoiii..pengotornya la
Quote CikYaYaYa 19-3-2021 04:12 PM
Sebelum beli apa2 to rajin2 kan diri tgk expire date kat brg2 to.. sebab ada ssetengah tokey dah tau brg expire tapi tetap juaii sebab xnak rugi punya pasaii
Quote prettyuglybabe 19-3-2021 04:45 PM
kedai acheh ke?
Quote qicki 19-3-2021 05:19 PM
yuckkk..kelapa tu.....kalau dah jadi kelapa parut dah x perasan dah...
Quote notM 19-3-2021 05:22 PM
Melayu pun banyak je pergi kedai camni....menepati stendert of life most of them YG ppr tu
Quote hipopopo 19-3-2021 09:00 PM
Yuwiiii perangai nya oiii
Quote masmn 19-3-2021 10:37 PM
Eeee.. geli la.. knapa la pengotor gini
Quote Manjahati 19-3-2021 10:43 PM
Pengotor ya amat nii
Quote jfq 19-3-2021 10:50 PM
Sebab tu aku shopping kat aeon
Quote Jorja 19-3-2021 11:31 PM
So bila nak jadi vegan. Selamat sikit
Quote CapitalE 20-3-2021 12:05 AM
Yucks why so disgusting.
Quote Zaien 20-3-2021 12:30 AM
Ni smua mngejar keuntungannn dan x ckup kakitgn..
Quote diamond_intan 22-3-2021 08:29 AM
Kalau white people peram cheese. Kte peram kelapa
Quote Buritan 22-3-2021 10:06 AM
Kande pirop ade beli tak ayam mampus..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top