Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bakar Anak Lepas Tuang Petrol Dalam Mulut Sebab Ibu Kantoi Jumpa Kekasih

20-3-2021 02:36 PM Komen: 51
Seorang ibu ditahan polis kerana menuangkan petrol ke dalam mulut anaknya sebelum membakarnya.

Kejadian itu menyebabkan anaknya yang berusia lapan tahun itu meninggal dunia di hospital di Kursk, Rusia selepas melecur sebanyak 45 peratus.

7news.au.com melaporkan Anastasia Baulina, 31, yang bekerja sebagai juruwang berang kerana mangsa memberitahu bapa tirinya bahawa ibunya berjumpa bekas kekasih.


Kredit foto: VK.com

Dia dikatakan bertengkar dengan Andrey dan membawanya ke halaman rumah, menyiramnya dengan bahan bakar sebelum membakarnya.

Satu laporan menyebut, dia menuangkan bahan bakar itu ke dalam mulut Andrey yang sedang ketakutan.

Dia menyalakan pemetik api dan memberitahu anaknya 'mari kita lihat bagaimana ia akan terbakar.'

Seorang lagi anaknya, Natasha, 12, berkata, minyak itu mengalir ke dalam mulut adiknya ketika dia sedang menangis.

Dia menangis ketakutan manakala ibu dan bapa tirinya Pavel Baulin bersama seorang pekerja ladang bertungkus-lumus memadamkan api dan menghubungi ambulans.


Andrey bersama kakaknya (kiri) dan bapa tiri (kanan)

Keadaan Andrey bagaimanapun parah dan dia meninggal dunia dua hari kemudian kerana kesan lecur yang teruk.

Polis membuka kertas siasatan pembunuhan itu dan Anastasi yang berasal dari Zheleznogorsk itu berdepan hukuman 20 tahun penjara jika didapati bersalah.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
4
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
0
0
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anisanim 2-6-2021 05:19 PM
..sanggup bakar mulut anak sendiri . Psycho.

Lain-lain Komen

Quote rajamoney 20-3-2021 02:41 PM
bangsa etis

lagi
Quote cikjah 20-3-2021 03:01 PM
Kenapa manusia semakin kejam??
Quote noor2 20-3-2021 03:03 PM
Pembunuh2 ni semua jenis hodoh2....sedih betul baca budak tu ketakutan.
Quote Scheherazade 20-3-2021 03:14 PM
Bangang. Slh sendiri yg curang, p bakaq anak plak. Mereput la kt penjara tu
Quote I.K.A888990 20-3-2021 03:18 PM
kenapa la jahanam sgt ibu ni
Quote INTAN.JEJAI 20-3-2021 03:18 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Buritan 20-3-2021 03:35 PM
rajamoney replied at 20-3-2021 02:41 PM
bangsa etis

lagi

Comelnya ansk dia.. bagi kat aku.. kalo pandai oklaa   kalo bodo aku polish skit leh jd model tak pung jd prlakonn.. nanti aku masuk tv sbb anak aku kawin dgn anak zara.. bebisan soltan haku.. koh koh
Quote budaktua 20-3-2021 03:38 PM
alhadulillah...

biar lah budak tu meninggal... jgn hidup tp menderita..
Quote rajamoney 20-3-2021 03:38 PM
Buritan replied at 20-3-2021 03:35 PM
Comelnya ansk dia.. bagi kat aku.. kalo pandai oklaa   kalo bodo aku polish skit leh jd model tak  ...

what a visionary woman u r
Quote Cieejiee 20-3-2021 03:39 PM
Kejammm
Quote darkness 20-3-2021 03:42 PM
Kejamnyaa..manusia gila dirasuk setan
Quote xrrs 20-3-2021 06:21 PM
Kejam! Sanggup bunuh darsh daging sendiri.
Quote mamajawie 20-3-2021 06:21 PM
Ibu kandung from hell..apak tiri gak baik..tetiba teringat kes budak kat melaka tu..apa cer ye skang?{:cryrun{:cryrun
Quote intanblur 20-3-2021 06:35 PM
Kejamnyaaa
Quote namr 20-3-2021 06:38 PM
Kesian budak tu
Quote imanjannah 20-3-2021 08:01 PM
{:yameteh{:yameteh gilaaaaaaaaa
Quote pinkbubblegum 20-3-2021 08:23 PM
Kejamnyaaaa
Quote Magggiee 20-3-2021 08:59 PM
{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote adawiyah_hakim 20-3-2021 09:07 PM
selalu dgr bapa tiri yg jahat, ni mak kandung

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top