Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Kalau Ada RM100, El Bagi 100 Semua,"-Elfira Loy Tak Berkira Dengan Keluarga

24-3-2021 08:19 AM| Komen: 23

Kebahagiaan keluarga sememangnya menjadi keutamaan pelakon Elfira Loy dan menganggap rezeki yang dimiliki adalah untuk dikongsi bersama.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkata, dia sanggup memberikan semua duitnya jika terdapat ahli keluarga yang berada dalam kesusahan.

Kredit foto: IG

"Kebahagian keluarga adalah my top priority. El seorang yang jenis, kalau El ada RM100, El bagi 100 semua kat mereka. El lagi sanggup tak ada duit daripada tengok orang lain tak ada duit.




"Sebab El sangat percaya pada rezeki Allah dan tak berkira sesama manusia. Sampai sekarang, saya masih percaya yang apa sahaja yang saya ada sekarang ini bukan milik saya tapi milik semua orang.

"Bila-bila saja boleh hilang. Sebab tu whatever I do, El mesti fikir orang lain dulu," kata Elfira.



Pelakon berusia 27 tahun itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Selain itu, pelakon yang pernah popular menerusi drama siri Kerna Syurga Bukan Percuma tersebut turut berkongsi video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 8 Mac lalu.

Elfira memberitahu dia memuat naik rakaman sambutan majlis hari lahirnya berdurasi hampir dua minit itu di laman sosial sebagai kenangan.



"Saja El nak kongsikan video pada majlis hari jadi El sebagai kenangan kat sini," kata Elfira.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Elfira yang sentiasa mengutamakan keluarga dan tidak pernah berkira dengan orang tersayang.




"Betul tu El... lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat. Bagusnyaa El, moga mencurah-curah rezeki El sekeluarga," komen salah seorang netizen.

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 23
Komen

Previous : Kongsi Gambar Memangku Kekasih, Janna Nick Dikecam Lagi

Next       : Pengantin Ramadan, Fida Ibrahim Nak Nikah Bulan Puasa Nanti

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 28-3-2021 01:45 PM
siyessssss ah?

Lain-lain Komen

Quote haryatie 24-3-2021 08:30 AM
comel ank dia
Quote 3chanceno 24-3-2021 08:32 AM
Bosan dia mie nak stay relevant!sialnya masih artis ke??
Quote Kurex 24-3-2021 08:49 AM
Dekat socmed memang kata bagi semua, bila terjadi belum tentu kau buat
Quote Nenasketum 24-3-2021 08:59 AM
Dah ada anak pun mentaliti macam umo budak 12 tahun ke? Haiyyyoo so kira ko beli make up dedulu berpuluh ribu tu, salesgirls mintak lah kot. Hmmmm
Quote hareeeesah 24-3-2021 09:18 AM
savings bagi sekali ke dik.. patut cakap la yang termampu. Dah macam acik dah rupa dressing, padahal baru dalam 20’s
Quote annehuda 24-3-2021 09:32 AM
sebab tu dia kene carik mesin atm. nanti senang nak tanggung family dia sekali
Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 09:33 AM
apa pentingnya untuk rakyat Malaysia tahu?
Quote dudaberhias 24-3-2021 10:17 AM
apa nak heran... laki dia pun berduit...
cuba dia duduk tido kat chow kit road... agak2 rm100 je tinggal dia bagi tak?

orang yang hidup di tanggung semua memang ler tak kisah bab tu...

iols pun segala2 saving iols bagi kalau A to Z di tanggung orang selama2nya
Quote Naneyra 24-3-2021 10:23 AM
Comel anak dia ni. BTW nak OT kejap. iolss pun sejenis macam el. Tak boleh tengok family member susah. Apa yg I ada I akan bagi utk make sure family member I senang but in return I tak dapat apa apa. Appreciation pun takdo. Sedih bila jadi hati yg jenis cepat tersentuh dan soft sangat ni. Orang buat taik pun kita tetap bagi bunga.
Quote fofuler 24-3-2021 01:30 PM
We know you got the unlimited bills darl but lets just keep it low...
Quote 3chanceno 24-3-2021 01:35 PM
Mod mintak tolong delete posting #3 tu..tercarut pulak..sebenarnya nak tulis Soalnya tapi fat fingers so tercarut pulak! Terimakasih mod
Quote lynn6664 24-3-2021 01:40 PM
Tu pn nk bgtau ke
Quote pxlbb 24-3-2021 05:19 PM
Jgn cakap besar El nanti diuji. Dah tinggal rm100 pun sanggup ke kau bg kesemua rm100 tu.  rm100 bg kau skrg mmg tak nampak.

Aku respect je org kaya yang tahu diri kaya dan tak over nak up diri yach. Hidup jgn delusional.
Quote pxlbb 24-3-2021 05:19 PM
3chanceno replied at 24-3-2021 01:35 PM
Mod mintak tolong delete posting #3 tu..tercarut pulak..sebenarnya nak tulis Soalnya tapi fat finger ...

Takpe sedap je baca
Quote matjerk 24-3-2021 05:22 PM
El.. el ada 100..el bagi semuankrnfamily.. so.el.pun fefeling el.paling mulia.. sbb el ada suami yg tanggung el n segalannya 100% ... tahu x L.. kat luar sana.
. Ada yg  ada  lebih dari 100..tp x boleh bagi pun kat family... sbb awal2 dah kena pau dgn laki.. awal2 dah kena ada allocation kena byr.. sbb laki x tanggung 100% mcm laki EL..
Quote matjerk 24-3-2021 05:27 PM
Naneyra replied at 24-3-2021 10:23 AM
Comel anak dia ni. BTW nak OT kejap. iolss pun sejenis macam el. Tak boleh tengok family member susa ...

Maybe sebab dah dibiasakan memberi... from my observation pun mcm tu... org yg jenis biasa menerima bantuan ni... dia punya appreciation tu mcm senipis kulit bawang..lebih teruk..siap mengata plak apa yg diterima tu...
Quote Cece1234 24-3-2021 05:42 PM
Ape buruk sgt baju dia kale oren tu..
Quote Cece1234 24-3-2021 05:51 PM
matjerk replied at 24-3-2021 05:22 PM
El.. el ada 100..el bagi semuankrnfamily.. so.el.pun fefeling el.paling mulia.. sbb el ada suami yg  ...

I pernah terlepas cakap kat my colleague yg gaji i mmg husband x mintak lgsg..sume benda husband i tanggung n i xpenah amik tau pun psl bayar apa2 n i xde anak..pastu smpai skrg kalo i blanje budak opis ke beli kete baru ke then my tu colleague sikit2 dok cakap yela gaji u kan utk u shopping je..xtaula perli ke apa..i wat bodo jela malas layan..salah i jugak g tercite kat dia..
Quote matjerk 24-3-2021 05:56 PM
Cece1234 replied at 24-3-2021 05:51 PM
I pernah terlepas cakap kat my colleague yg gaji i mmg husband x mintak lgsg..sume benda husband i ...

Maybe dorang rasa cemburu sbb gaji diaorang kena belanja brg dapur jugak... kena bayar yuran sekolah anak2 jugak.. silap2 ada serdak2 je utk beli bedak sejuk.... kdg nak cerita kena tgk audience jugak... kdg ada org x kisah.. kdg ada org akan compare2 dgn diri sendiri

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top