Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

“Saya Masih Islam Dan Tahu Apa Yang Dilakukan,” –AC Mizal Dilabel Sebagai Hos ‘Cakap Lepas’

24-3-2021 09:11 AM| Komen: 67

Pengacara dan pelakon senior, Datuk AC Mizal, menyifatkan dirinya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak kerana dia merasakan setiap individu berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.

Meskipun ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai pengacara yang suka ‘cakap lepas’, AC bagaimanapun menjelaskan dia hanya mahu menjaga momentum dan tuntutan sesebuah program atau rancangan tv.

Kredit foto: IG

“Pandangan orang bergantung kepada diri masing-masing. Ada orang suka dan ada yang tidak. Saya cuba bahagikan perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan.

“Bagaimanapun, kadang-kadang keadaan bukan memaksa tetapi memerlukan kita untuk menjaga momentum program, rating, semangat penonton dan beberapa aspek lain lagi.

“Perkara-perkara seperti ini sangat subjektif tetapi tidaklah sampai mencarut. Itu teruk sangatlah,” katanya kepada MH.



Pelakon filem, Abang Long Fadil 2 ini berkata sedemikan ketika ditemui di penggambaran program MHThrowback, baru-baru ini.

Dalam pada itu, AC menjelaskan dirinya masih tahu mengenai batas-batas agama namun dia turut mengakui dirinya juga tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

“Saya masih lagi beragama Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik.

“Mungkin kadang-kadang ada kesilapan yang berlaku. Saya tak boleh kata tiada kesilapan tetapi saya cuba untuk mengelak dari melakukan kesilapan.




“Setiap kali bila saya berada di atas pentas, saya akan pastikan saya sudah bersedia. Saya juga akan pastikan yang saya sensitif dengan permintaan orang dan juga para penonton yang menyaksikan program kendalian saya.

“Bagi saya, itulah antara sebab-sebab sampai sekarang orang masih lagi menggunakan khidmat AC Mizal sebagai pengacara,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 67
Komen

Previous : Kongsi Gambar Memangku Kekasih, Janna Nick Dikecam Lagi

Next       : Neelofa Doa Dipermudah Urusan, Kolaj Fitting Baju Pengantin Jadi Hint

Komen Terbaru

Quote md_nana 29-3-2021 07:10 PM
dulu ada forumer share ig shafnie. iols request nk follow tp smpi skrg x approve. teringin nk tgk dia skrg dgn anak2

Lain-lain Komen

Quote dudaberhias 24-3-2021 09:18 AM
Tapi dia ni memang cakap lepas je. Tidak di nafikan cara dia sampaikan tu lawak tapi iols masih prefer style sherry al hadad yang lebih herlok bertiang2.
Quote EvieWanKenobi 24-3-2021 09:28 AM
bukan takat cakap lepas..
cakap benda bodoh pun ada..
Quote makneng 24-3-2021 09:35 AM
Kosserlah... Mohon meninggal!
Quote dua_chzy 24-3-2021 09:37 AM
Baka AC muka menjadi semuanya yach. Anak dengan gf UITM, anak dengan Syafnie, anak dengan tinted, suma fizikal helok.
Quote tikusmontok 24-3-2021 09:54 AM
EvieWanKenobi replied at 24-3-2021 09:28 AM
bukan takat cakap lepas..
cakap benda bodoh pun ada..

hahahahha baru nak ckp perkara sama..
Quote cikatilia 24-3-2021 10:14 AM
bila bukak mulut jelas ketara otak xpakai
Quote dudaberhias 24-3-2021 10:14 AM
dua_chzy replied at 24-3-2021 09:37 AM
Baka AC muka menjadi semuanya yach. Anak dengan gf UITM, anak dengan Syafnie, anak dengan tinted, su ...

baru nak komen pasal anak laki heols herlok juga la...
chinese2 look mix malay gittew...

kalau di groom lagi makin herlok... cuma perlu berisi sikit badan je jangan kurus kering...
Quote Naneyra 24-3-2021 10:17 AM
Hos syok sendiri. Cakap tak tapis. Mulut lagi laju dari otak.
Quote mieymiey 24-3-2021 10:29 AM
Tiberrrr petik butang agama.
Quote LadyCarefree 24-3-2021 10:37 AM
dua_chzy: Baka AC muka menjadi semuanya yach. Anak dengan gf UITM, anak dengan Syafnie, anak dengan tinted, suma fizikal helok.


Ha? Anak dengan tinted elok?
Quote kucingitam 24-3-2021 11:02 AM
apa kes? ada terlepas ckp yang menjejaskan akidah ke apa?
Quote Reymz 24-3-2021 11:03 AM
Satu yang boleh di puji tentang AC nie. dia nie tak mudah sentap.

Masa kes gelang, memang teruk kena bahan oleh peserta Raja Lawak, termasuk Amir. Tapi tak pernah dengar dia meroyan macam artis lain kena bahan....
Quote Nenasketum 24-3-2021 11:10 AM
Reymz replied at 24-3-2021 11:03 AM
Satu yang boleh di puji tentang AC nie. dia nie tak mudah sentap.

Masa kes gelang, memang teruk k ...

Dia nak sentap buat apa sis, duit scam suma depa simpan. Hahahaha.
Yang penting tinted jaga helok2, keje bagai ngan dia supaya pompuan lain tak boleh sondol.
Quote Raline 24-3-2021 11:23 AM
dia ni ok je
Quote imransulaiman 24-3-2021 11:30 AM
Apa kaitan masih islam? Tiba-tiba libatkan agama...
Quote Temenung 24-3-2021 12:36 PM
Ac ni confirm masyuk gilerr.kat astro semedang muka dia kluar

Quote inspektoremos21 24-3-2021 12:41 PM
makneng replied at 24-3-2021 09:35 AM
Kosserlah... Mohon meninggal!

Hahahahahaha straight to the point betul ni haha
Quote manusia_hairan 24-3-2021 12:48 PM
Tu jela style lawak dia time mengacara. Lontaran suara pun boleh tahan bingit.
Quote kiah_mai_pulak 24-3-2021 12:51 PM
meninggal lahhh kau.   ckp lepas ke tak cakap lepas ke, x koserrrrr nk hadap lawakk bodoh kau tu

Lihat semua komen(67)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top