Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Kylie Jenner Dikecam Kutip Derma Untuk Biaya Kos Bedah Otak Jurusolek

24-3-2021 11:50 AM| Komen: 0

Selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Kylie Jenner tampil mempertahankan diri selepas dikecam kerana memulakan kutipan derma menerusi saluran Go Fund Me.

Derma tersebut dikutip bagi membiayai kos pembedahan otak jurusolek dan rakan baiknya, Samuel Rauda.

Kylie membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dalam satu hantaran InstaStorynya.


Kredit foto: IG Kylie

Dalam perkongsian tersebut, Kylie menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan kenapa dia hanya mendermakan USD5,000 (RM20,567) untuk tabung berkenaan.

“Penting untuk saya menjernihkan keadaan apabila ada yang mengatakan saya meminta peminat untuk menderma dan membiayai bil perubatan Samuel.

“Samuel bukan jurusolek saya dan kami tidak ada sebarang ikatan lagi. Namun, saya pernah bekerjasama dengannya beberapa tahun lalu dan saya rasa dia antara yang terbaik,” katanya.

Tambah Kylie, dia mendapat berita tentang kemalangan yang dialami Samuel melalui seorang jurusolek yang kini bekerja dengannya iaitu Ariel.

“Apabila melihat hantaran Ariel mengenai kemalangan membabitkan Sam dan Go Fund Me yang dibuat keluarganya, saya terus menghubungi Ariel untuk bertanya khabar.

“Selepas diberitahu tentang kemalangan tersebut, saya terus ke laman Go Fund Me dan ketika itu, mereka dah berjaya mengutip sebanyak USD6,000 (RM24,681), jadi saya tambah lgi USD5,000 (RM20,567) untuk mencukupkannya,” tulisnya.

Kylie tidak menyangka perkongsiannya tentang kutipan tersebut dalam media sosial mengundang salah faham netizen.

“Saya fikir, apabila saya kongsikan dalam media sosial, saya dapat membantu tetapi tidak tahu pula tindakan tersebut diputar belit.

“Namun, Ariel ada memberitahu tentang keluarga Samuel ada menghubunginya dan menghargai segala sumbangan, doa dan kasih sayang yang diberikan,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Kylie menjadi bualan hangat netizen selepas dia dikecam kerana memuat naik gambar Samuel dan menulis kapsyen yang memohon supaya peminat turut menghulurkan sumbangan buat jurusolek itu.

Rata-rata netizen berpendapat, Kylie tidak sepatutnya meminta derma daripada orang ramai kerana dia sendiri mampu untuk membayar jumlah tersebut dengan kekayaan yang dimiliki. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
1
1
Komen: 0
Komen

Previous : "Dunia Media Sosial Semakin Mengarut" - Irwansyah Berang Dikata Dah Meninggal

Next       : Baru Nak Suka Dapat Gaji Lebih, Sekali Melompat Bila Disuruh Jaga Buaya

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top